The Secrets She Keeps; tentang wanita dan rahsia-rahsia.



Psychological thriller salah satu genre kesukaan saya, sama ada filem, drama mahupun novel. Alasannya sebab saya  suka dengan ilmu psikologi; belajar tentang jiwa, perangai, tingkah laku dan hal-hal berkaitan manusia. Ia membuat kita lebih memahami diri sendiri, berempati dengan orang lain dan tak semudahnya judgemental. Pasti ada sebab dan alasan dalam setiap tindakan serta sikap seseorang yang kadang tak semua akan faham.




Novel ni memberi saya lebih dari sekadar cerita thriller. Tak hairanlah ramai pembaca yang memberi '5 stars' di Goodreads.


The Secret She Keeps.


Meghan (Meg) seorang surirumah juga penulis blog parenting dengan ribuan pengikut memiliki kehidupan yang hampir sempurna; suami kacak, dua orang anak comel, rumah indah dan rakan-rakan wanita  yang sofistikated. Sebaliknya Agatha  memiliki kehidupan yang biasa sahaja; bekerja separuh masa di pasar raya awam,  kekasih seorang tentera laut yang jarang pulang dan memiliki masa lalu yang mengharukan. Agatha sangat obses terhadap Meghan, dari gaya rambut, fesyen hinggalah kehidupannya yang sempurna. Satu-satunya persamaan mereka ialah kedua-dua mereka sedang hamil dan ia membawa mereka  menjadi sahabat pada suatu hari. Persahabatan tersebut ternyata mengubah hidup mereka kerana Agatha merancang untuk mengambil sesuatu daripada Meghan. 



Antara hal yang saya suka dalam novel ni;

  • Bahagian awal buku ni, pembaca seakan diajak untuk percaya bahawa Agatha memiliki niat  untuk merampas kehidupan sempurna Meghan dan copycat segala hal yang Meghan lakukan (seperti plot tipikal). Ternyata sebaliknya Agatha memiliki matlamat lain. Bab demi bab akan merungkai motif sebenar Agatha yang diselangselikan dengan flashback kehidupannya di masa lalu membuatkan pembaca akan faham alasan dan sebab dia mengambil tindakan tersebut.
  • Pertukaran sudut pandang antara Agatha dan Meghan di setiap bab buat pembaca lebih memahami emosi dan situasi yang dihadapi oleh kedua-dua mereka. Saya kagum bagaimana penulis novel ni menuliskan fikiran kedua-dua watak dan mengambarkan bagaimana perilaku wanita hamil dengan hormon keibuannya yang sedang bergejolak dengan cukup akurat, sedangkan penulisnya adalah lelaki. 
  • Hal yang paling menonjol dalam novel ni adalah bagaimana penulis membuka rahsia demi rahsia dan twist demi twist yang membuat pembaca shock berkali-kali. Memang agak 'lambat' di awal namun seperti menaiki rollercoaster, it's worth the wait. 
  • Saya suka bagaimana penulis tak mengambarkan watak Agatha dan Meghan sebagai watak jahat dan watak baik, masing-masing memiliki kelemahan, kesilapan dan rahsia yang disembunyikan. Satu-satunya watak jahat (yang saya sangat benci, seriously) dalam buku ni hanyalah Mr. Bowler; manusia munafik bertopengkan agama. hiks. 
  • Bagi yang terbiasa baca novel-novel cinta hingga terbuai dengan gambaran dunia pernikahan yang indah-indah, novel ni sesuai dijadikan  bacaan untuk kembali membawa kita berpijak di dunia nyata. Pelbagai masalah rumahtangga dan punca-punca perceraian diangkat dalam novel ni yang bagi saya ianya hal-hal yang realistik. 






  • Salah satu pengajaran yang saya belajar dari novel ni;  berkongsi kegembiraan di alam maya bukanlah sesuatu salah, namun ada sebahagian hal yang lebih baik dirahsiakan buat sementara  atau hanya dikongsi kepada keluarga terdekat sahaja. Salah satunya adalah pregnancy. Novel ni menyedarkan tentang sudut negatif apabila memiliki pengikut media sosial yang ramai buat mereka yang obses berkongsi segala hal di media sosial. Bagi wanita hamil misalnya, hal-hal tentang kelahiran seperti due date dan tempat melahirkan (hospital) adalah hal-hal peribadi yang seharusnya dirahsiakan demi keselamatan diri dan orang-orang tersayang.



Saya rekomen novel ni buat mereka yang meminati psychological thriller.  Berikut beberapa kutipan kata-kata menarik dari novel ni;









Comments

  1. Menarik. Saya bukan peminat thriller tapi baca sinopsis ni sangat mengundang untuk 'mula' membaca genre sebegini.

    Thank you for your subtle review:)

    ReplyDelete

Post a Comment