Kindle dan alasan-alasan membaca buku digital.



"Kindle itu seperti perpustakaan yang boleh dibawa ke mana-mana. Tak ada keramaian. Kita seperti menemukan ruang untuk menikmati kesendirian. Hanya bersama buku bacaan."



Bagi pembaca buku digital dan para pencinta buku yang sentiasa mengikuti trend bacaan semasa, Kindle bukanlah sesuatu yang baru. Ia adalah tablet bacaan (e-reader) dengan teknologi e-Ink yang sangat sederhana, fleksibel dan efisien keluaran Amazon. Selain Kindle, ada beberapa jenama tablet bacaan lain yang dijual di pasaran antaranya Rakuten Kobo, Boox dan Crema. Setelah menonton video-video reviu dan membaca banyak ulasan, saya memilih untuk membeli Kindle 10th Generation.



Amazon Kindle 10th Generation (2019)


Resolution (Pixels Per Inch): 167 
Dimensions (Inches): 6.3 x 4.5 x 0.3 
Weight (Ounces): 6.1 
Claimed Battery Life: 4 weeks 
Built-In Light: Yes 
Water Resistance: No 
Screen Size (Inches): 6



Waktu survey Kindle hari tu saya cari yang sesuai dengan bajet (less than RM500) dan mesti ada built-in light (boleh baca di tempat gelap). Berkenaan resolusi semua tu saya tak kisah sangat pun, jadi Kindle ni pilihan yang terbaik. Bagi yang nak beli Kindle dan ada bajet lebih sikit bolehlah beli versi Paperwhite, resolusi dia lebih baik (300 ppi) dan water proof. 


Alasan-alasan membaca buku digital dan membeli Kindle. 

"E-books, audiobooks, or physical books... Who says you have to commit to just one?" - Scribd.


Saya mula membaca buku digital sekitar 2017 menggunakan aplikasi e-reader yang boleh download secara percuma. Selepas terima tablet Lenovo untuk guru-guru awal 2018 dan tahu adanya aplikasi perpustakaan maya yang menawarkan buku-buku Indonesia (ipusnas),  ia membuat saya lebih giat membaca buku-buku digital. Bagi saya, membaca buku digital tak menggurangkan kecintaan saya kepada buku-buku fizikal sebaliknya menggunakan kedua-dua medium sebenarnya sangat berguna buat bibliofil.




Bayangkan anda seorang pencinta buku yang selalu membeli buku dan memiliki koleksi buku yang sangat banyak dan indah untuk dishow off di instagram, tapi duduk di rumah sewa atau kuaters kerajaan. Suatu hari atas sebab-sebab tertentu anda terpaksa berpindah rumah.



Tiba-tiba buku-buku tersebut menjadi satu lagi masalah dunia yang perlu diselesaikan, selain nak pindahkan dapur gas, mesin basuh, peti sejuk, oven, baju-baju dalam almari, bekas-bekas tupperware, etc. Kalau duduk di bandar, alhamdulillah, tapi duduk pula di pedalaman, wallahu a'lam. 

Lalu, anda pun ambil keputusan untuk mengasingkan buku-buku yang benar-benar diperlukan sahaja. Saat tulah anda sedar bahawa dalam lambakan buku-buku yang dimiliki, sebenarnya ada banyak buku yang :
  • dah habis baca, best, tapi tak akan dibaca lagi
  • dah baca separuh, tak best,  tak akan dibaca lagi
  • tak pernah dibaca langsung tapi dah terbeli 



Memilih bahan bacaan berbentuk digital sedikit sebanyak membantu para pencinta buku untuk mengelakkan masalah-masalah seumpama itu. Dan bagi saya sendiri secara peribadi, buku digital membolehkan saya untuk lebih teliti dalam membeli buku-buku berbentuk fizikal kerana ada sebahagian buku yang pada saya ia hanya untuk dibaca, tak semestinya perlu dimiliki di rak buku peribadi. Secara tak langsung ia membolehkan lebih banyak ruang untuk buku-buku fizikal yang tak diterbitkan dalam bentuk digital, buku-buku ilmu yang lebih berkualiti dan buku yang saya suka untuk jadikan koleksi.






Selain mudah dibawa ke mana-mana dan harganya yang lebih murah berbanding buku-buku fizikal (bahkan ada yang percuma), membaca buku digital juga meluaskan lagi pilihan bahan-bahan bacaan saya. Kalau sebelum ni saya banyak bergantung dengan kedai buku, online book seller, atau perpustakaan sahaja, kini dengan adanya bahan-bahan bacaan versi digital, saya boleh memperoleh bahan-bahan bacaan yang pelbagai termasuklah buku-buku digital  yang saya tak pernah jumpa dijual dalam bentuk fizikal di kedai-kedai buku lokal.


Dari beberapa alasan tersebut, maka tak salah kan sekiranya kita lebih terbuka dalam meraikan apa jua bentuk medium bacaan dan menggunakan ia sebaik-baiknya. Kerana matlamat akhir di setiap pembacaan adalah ilmu, manfaat mahupun pengajaran yang kita perolehi dari sesuatu pembacaan, bukan tentang  bagaimana kita membacanya. 


Comments

  1. Replies
    1. Yang pernah berpindah randah lebih memahami. The struggle is real. 😂

      Delete
    2. Iya 🤣🤣🤣

      Delete
  2. Anonymous19.4.20

    after i read this, yes harga dia more murah. sebelum ni saya baca dkt app anybooks but suddenly kena bayar. huaa idk nak baca dkt mana

    ReplyDelete
  3. Hi. Nak tanya. Dekat mana beli kindle? Screen dia boleh buat jadi dark mode tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dark mode yang background hitam tak boleh. Cuma cahaya dia boleh adjust ikut kesesuaian mata kita bila baca di tempat gelap. Kalau baca di waktu pagi atau tempat yang terang lampu dia tak penting sangat pun sebab macam baca buku fizikal juga. Saya beli kindle di Shopee sebab beli waktu PKP tahun lepas. Senang sebab banyak pilihan.

      Delete
    2. Tulisan dalam tu boleh tukar2 tak? Boleh tak nak link shopee tu?

      Delete
    3. Ya, jenis dan saiz font boleh tukar2. Awak boleh check shopee : X3838 DIGITAL. :)

      Delete

Post a Comment