Someday or One Day (2019)



Is it possible that "one day" the future will be the past and the past could also be the future?





Sinopsis:


"I miss you..." 

Di tahun 2019, Huang Yu Xuan (Alice Ko)  yang berusia 27 tahun setia mengirimkan mesej kepada Wang Quan Sheng (Greg Hsu) walaupun menyedari mesej tersebut takkan pernah mendapat balasan. 


Huang Yu Xuan dan Wang Quan Sheng ialah sepasang kekasih sejak universiti (2010) malangnya pada tahun 2017, Wang Quan Sheng terlibat dalam suatu insiden kapal terbang terhempas lalu meninggal dunia. Walaupun 2 tahun telah berlalu, Huang Yu Xuan belum mampu melupakan kekasihnya kerana Wang Quan Shen digambarkan sebagai kekasih yang hampir sempurna dan sangat setia.  

Huang Yu Xuan yang bekerja di sebuah syarikat software designer suatu hari mencuba satu aplikasi rekaan salah seorang rakan kerjanya, "Finding Your Lookalike" yang membolehkan sesiapa saja menggunakan aplikasi tersebut menemukan orang yang berwajah serupa. 

You had wanted to find another Wang Quansheng, but instead, you found another you. And the other you had taken the picture with Wang Quansheng.

Menggunakan info dan gambar Wang Quan Sheng, Huang Yu Xuan menemukan satu gambar yang serupa dengan kekasihnya, bersama seorang lelaki dan seorang wanita. Yang menghairankan, wanita dalam gambar tersebut serupa dengan wajahnya sendiri namun dia pasti itu bukan dirinya kerana gambar tersebut diambil pada tahun 1998, ketika dia baru berusia 6 tahun. 


Setelah tu, Huang Yu Xuan menerima satu kiriman parcel di mana ia berisi sebuah walkman dan sekeping kaset lagu lama, Last Dance nyanyian Wu Bai. Apabila dia memasang kaset dan mendengar lagu tersebut, dia tertidur lalu terjaga dan segalanya berubah ke tahun 1998 di mana dirinya bukan lagi Huang Yu Xuan, tetapi seorang gadis remaja bernama Chen Yun Ru. Lelaki dalam gambar yang serupa dengan kekasihnya pula ternyata seorang remaja bernama Li Zi Wei. 





Antara alasan drama ni cukup menarik untuk ditonton:

  •  Tema time travel yang unik dan kreatif
Rasanya dah banyak drama mahupun filem yang mengangkat tema time travel hinggakan plot dan jalan cerita pun semakin lama hampir sama dan tipikal. Namun, drama ni berjaya membawa kelainan pada tema time travel tu sendiri yang bagi saya ia cukup unik dan kreatif. 

  •  Unsur suspen yang mengasyikkan

Mengabungkan unsur misteri, cinta, komedi dan twist membuatkan jalan cerita ni menarik untuk ditonton. Setiap episod berakhir dengan plot dan kejutan yang tak dijangkakan membuatkan penonton terus-menerus mempersoalkan apa, siapa dan kenapa. Saya tak menyangka plot drama ternyata membawa saya kepada sebuah jalan cerita yang agak psychological and dark. Berbeza dengan drama-drama lain dengan sneak peek di hujung episod, drama ni dimulakan dengan sneak peek di awal episod dan menjawab terus persoalan penonton dari episod sebelumnya. 

  • Barisan pelakon yang mantap
Walaupun saya tak berapa familiar dengan pelakon-pelakon dalam drama ni namun lakonan mereka benar-benar awesome. Main lead drama ni berjaya menjiwai dua karakter yang berbeza dan membawakan emosi serta perasaan dengan sangat natural. 



Alice Ko (Huang Yu Xuan/Chen Yun Ru)  melakonkan dua karakter,  wanita  riang yang terbuka dan gadis introvert yang sangat tertutup. 


Greg Hsu (Wang Quan Sheng/Li Zi Wei) pastinya menjadi alasan buat para gadis menonton drama ni. Selain good looking, lakonan Greg Hsu dalam drama ni juga wajar mendapat pujian. Drama ni merupakan drama pertamanya memegang watak main lead. 



Sneak peek ep. 8 antara yang totally unexpected. Lepas tengok scene tu saya macam shock kejap, macam tak percaya Greg Hsu boleh membawa watak tu dengan sangat sempurna. 




  •  Isu dan mesej yang bermakna

Persahabatan, masalah keluarga, buli, mental health, insecurity dan beberapa isu lain yang diangkat dalam drama adalah hal yang sangat dekat dengan kehidupan. Ia antara alasan yang menjadikan drama ni tetap terasa realistik. 

 "Your fate is not decided by your personality, but by the attitude you choose to face your life." 

"Even though you may think your friend is using suicide as emotional blackmail against you, or the people around her, but the most important thing is she's upset. She needs some company."

  • Kisah persahabatan yang indah

Persahabatan Li Zi Wei dan Mo Jun Jie mengambarkan hubungan bromance yang deep.  Setiap kali hubungan persahabatan mereka diuji, mereka rela meruntuhkan keegoan masing-masing demi mempertahankan persahabatan mereka. 

  • Kisah cinta luar biasa merentas era. 

Saya tak ulas panjang point ni, nanti lebih banyak spoiler dan jadi tak best pula kan. :B

  • Soundtrack yang best. 
Rasanya this is the first drama yang saya tak skip intro song. :))



Lastly, saya suka dengan sinematografi yang digunakan dan editing style gambar-gambar dari beberapa scene drama ni, so beautiful, unique and nostalgic. 



Drama ni ditayangkan sekitar November 2019 dan tamat Februari lalu. Sangat hype di Taiwan tapi tak hype internationally sebab waktu tu drama Crash Landing On You lebih hype lagi. FYI, sehari sebelum episod akhir drama ni ditayangkan endingnya dah tersebar online. Oleh sebab tu, para krew dan pelakon buat last minute decision untuk filemkan satu extra scene sebagai penghargaan buat para penonton yang mengikuti drama ni. Bolehlah search di youtube lepas dah tengok all 13 episodes ok! ^^,v



Comments