Murakami dan koleksi T-shirt.


Sejak mula aktif mengikuti beberapa acara larian bermula tahun 2018,  saya ada beberapa koleksi t-shirt dari acara larian yang saya pernah  sertai. Salah satu yang  istimewa bagi saya secara peribadi ialah t-shirt  dalam acara ini. Ia pengalaman pertama berlari semasa berpuasa sebab acara tersebut berlangsung di bulan Ramadan. Mendaftarkan diri sebulan awal dengan rasa konfiden akan period  pada tarikh tersebut, ternyata tidak. ๐Ÿ˜… Namun alhamdulillah, larian tersebut berjaya juga saya habiskan tanpa sebarang drama mahupun insiden parah. ๐Ÿ˜„ Beberapa minit selepas tiba di finish point masuk waktu berbuka, itulah momen berbuka puasa paling manis+sederhana untuk dikenang, bersama air mineral dan matahari terbenam. 

Itu sedikit cerita saya tentang kenangan dari sehelai t-shirt sepertimana Murakami bercerita tentang koleksi t-shirtnya dalam buku Murakami T: The T-Shirt I love. 




Saya pernah tuliskan dalam ulasan buku Murakami sebelum ini, saya selalu teruja setiap kali Murakami meriliskan karya dan tulisan artikel yang bersifat peribadi, sama ada tentang keluarga mahupun hobi. Sebab tulisan Murakami tentang apa-apa saja selalu menarik untuk dibaca dan dia antara penulis yang jarang berkongsi tentang diri dan kehidupan peribadi di media sosial. Bahkan tak memiliki sebarang media sosial rasmi pun setahu saya. Dalam buku Ikigai ada menjelaskan mengapa sebahagian penulis terkenal memilih kehidupan yang jauh dari keramaian dan interaksi;




Murakami T: The T-Shirts I love
“I’m not particularly interested in collecting things, but there’s one sort of running motif in my life: despite my basic indifference, objects just seem to collect around me, of their own volition....T-shirts are one of those objects that just naturally pile up.” - pg.  10

Buku ini boleh saya katakan bacaan yang sesuai dijadikan bacaan di meja kopi (hanya) buat peminat setia Murakami sahaja. Bersama beberapa gambar koleksi t-shirt peribadinya, Murakami menuliskan esei pendek bercerita tentang t-shirt tersebut. Cukup ringkas dan sederhana namun ada beberapa hal yang menarik tentang buku ini;

  • Setiap bab disusun mengikut tema/ilustrasi yang ada pada setiap t-shirt. Dalam setiap bab tersebut tak hanya bercerita tentang sehelai t-shirt tetapi beberapa helai t-shirt yang memiliki tema/ilustrasi yang sama. Murakami menyatakan yang dia memiliki lebih kurang 200 helai t-shirt dan tak semua t-shirt dikongsikan dalam buku ini. 


Ada sesetengah orang tak kisah pun tentang ilustrasi pada baju, asal warnanya menarik. Tapi Murakami bagi saya seorang yang cukup teliti. Dalam bab Meaning Unknown misalnya, ada beberapa helai t-shirt yang dimilikinya hanya tertulis beberapa gabungan huruf pun dia akan google untuk tahu apa makna disebalik huruf-huruf tersebut.  

๐Ÿ˜‚

  • Membaca esei-esei ringkas Murakami dalam buku ini benar-benar menggambarkan sisi lain Murakami, sisi yang lebih santai dan esentrik, berbeza dari karya-karya fiksyennya yang cenderung gelap, aneh dan absurd. Seperti satu quote di belakang buku ini, "to reveal much about Murakami's multifaceted and wonderfully eccentric persona." Philip Gabriel selaku penterjemah juga harus dipuji kerana mampu menterjemahkan buku ini tanpa menghilangkan suara tulisan seorang Murakami. 
  • Dalam memilih pakaian mahupun fesyen, ada individu yang suka memilih sesuatu yang boleh menarik perhatian orang lain melihat diri mereka, dan ada juga yang suka memilih menjauhi sesuatu yang membuatkan mereka menjadi tumpuan. Murakami adalah individu yang kedua. This is something I can relate to so much. ๐Ÿ’ฏ
  • Dari kesemua t-shirt yang dimilikinya, t-shirt Tony Takitani antara t-shirt yang istimewa dari koleksinya. T-shirt termurah dibeli di kedai thrift shop dengan hanya berharga 1 dollar. T-shirt tersebut menginspirasikannya menuliskan salah satu cerpennya dan telah diadaptasi ke dalam filem pada tahun 2004 dengan tajuk yang sama.







Sebagai pembaca, saya memang suka mengenali penulis karya yang saya suka. Membaca karya seorang penulis belum cukup membuatkan kita mengenali personaliti diri mereka yang sebenar, lebih-lebih lagi karya fiksyen yang menawarkan dunia rekaan. 



Kita mungkin boleh mengenali serpihan kecil diri mereka namun untuk mengenali lebih mendalam tentang jiwa dan fikiran, dengarlah sesi temu bual atau bacalah artikel yang memuatkan temu bual bersama penulis. Dari cara mereka menjawab dan jawapan-jawapan yang diberikan, ia mampu memberikan sedikit gambaran what kind of person they really are. Murakami antara penulis yang saya sekian lama ikuti banyak sesi temu bual dirinya, terutama yang terbit dalam web artikel kesukaan saya, The New Yorker. Kalau pernah baca atau menonton temu bualnya di youtube, anda akan menyedari Murakami yang menuliskan buku dengan dunia absurd itu seorang yang cukup laid-back, cool, funny, humble dan mampu memberikan jawapan-jawapan berisi yang kadangkala  membuat kita sebagai pembaca/penonton/pendengar,  berfikir panjang tentangnya. 






p.s: Beberapa screenshot dalam entri ini diambil dari artikel temubual The Underground Worlds of Murakami. 

Comments