Surat Cinta Buat Tokosue.


Bookshops don’t just sell books, they gather people.


Tokosue terletak di Tingkat 2 Wisma Central, sebuah bangunan vintaj yang berdiri di antara bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur. Kedai kecil yang bukan sekadar tempat membeli buku, ia adalah rumah kepada buku-buku di luar arus perdana, zine indie, terbitan kecil dan suara-suara yang jarang diberi ruang di kedai komersial. Bermula sebagai projek atas talian ketika pandemik, ia kemudiannya menjadi sebuah ruang fizikal yang hangat, berani dan indah dalam ke'independenan'nya.

Seperti sebuah komuniti kecil, Tokosue menjadi sudut selamat bagi pembaca, penulis, artis dan sesiapa sahaja yang mencari bentuk-bentuk bacaan yang lain. Di sinilah budaya DIY publishing diraikan, tempat penulis self-published diberi peluang, dan setiap kunjungan terasa amat peribadi.





Ia juga antara booth kegemaran saya setiap kali Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB) berlangsung, kerana semangatnya dalam meraikan budaya alternatif. Namun, seperti banyak ruang indie lain, Tokosue turut berjuang untuk terus hidup. Selepas berbulan-bulan mencuba pelbagai usaha, termasuk kempen “Save a Bookstore” pada awal tahun 2025 untuk mendapatkan sokongan komuniti, Tokosue akhirnya terpaksa menutup pintunya bulan lalu.

Hari ini, ruang fizikalnya mungkin sudah tiada, tetapi semangat dan kenangan yang ditinggalkan akan terus hidup dalam jiwa-jiwa kreatif dan sesiapa sahaja yang pernah singgah dan menemui sebahagian diri mereka di sana.


Terima kasih, Tokosue. Kehadiranmu pernah, dan akan sentiasa, bermakna.






KLAB 2024, pertama kali jumpa Kak Sue. Selalu 'like' post di IG dan baca tulisan-tulisan dia dI FB jak. Sempat lagi dia pesan suruh singgah kedai fizikal pula lain kali.



Pertama kali (dan terakhir kali) singgah kedai fizikal Tokosue, cuti sekolah Deepavali, Oktober 2025. Beberapa minggu sebelum kedai tutup. Sempat bagi buah tangan dari Sabah untuk Kak Sue dan bersembang dengan bro di kaunter (yang rupanya orang Tawau).


Banyak poster rare di kedai, tapi yang ni comel. 😃



Rak zine dan buku-buku self-published. Sinilah saya jumpa buku Cerpen Jilid 2 karya Regina Ibrahim setelah sekian lama cari. Beli juga buku baru Regina, Situasi-Situasi.



Ada juga buku-buku terpakai yang dijual.  


All the best Kak Sue!



Comments