Falsafah Hidup, Prof. Dr. Hamka.
Saya masih ingat lagi satu petang yang sunyi di tahun 2015, betapa excitednya menuju pejabat kampus waktu tu semata-mata nak ambil bungkusan buku ni. Maklumlah, baru berjinak-jinak beli buku online dan buku ni buku pertama yang saya beli dari Jejak Tarbiah. Waktu tu tak ramai lagi yang tahu kewujudan komuniti Jejak Tarbiah ni sebab dorang baru nak ‘up’ dan buku-buku Hamka pula tak banyak pilihan yang di jual di kedai buku. Sehingga hari ni, dorang antara pembekal buku-buku Hamka dan buku-buku ilmiah yang quite popular di kalangan pembaca Malaysia.
Waktu tu berazam sangat nak kumpul dan baca semua buku-buku Hamka tak kira fiksyen dan non-fiksyen, yang asli dalam Bahasa Indonesia. Dan setakat ni semua koleksi buku Hamka yang saya ada dan pernah baca; Tenggelamnya KVDW, Tasawwuf Moden, Dari Lembah Cita-Cita, Falsafah Ketuhanan, Peribadi, Di Bawah Lindungan Ka’bah dan Merantau Ke Deli, semuanya dalam bahasa asli seperti mana ditulis oleh Pak Hamka (kecuali Tafsir Al-Azhar, versi BM). Saya suka sangat sebab susunan ayat dan kata-katanya lebih klasik.
Buku ni menjadi buku bacaan kesukaan saya di tahun akhir pengajian. Sebab entah kenapa, setiap hal yang dituliskan Pak Hamka di buku ni sangat dekat dengan jiwa dan perasaan saya waktu tu. Bukankah bahagian terbaik dari membaca adalah menemukan sesuatu yang telah lama kita ketahui, kita sedari, kita rasakan, tapi tak pernah berhasil kita jelaskan dan ungkapkan. Bila menemukan penulis yang mampu menuliskan hal-hal tu, membuatkan kita rasa bahawa kita tak sendirian.
Falsafah Hidup
Berdasarkan prakata, buku ni selesai dikarang pada tahun 1940 dan ia adalah karya yang didedikasikan khusus buat guru Pak Hamka sendiri, A. R. Sutan Mansur. Satu benda yang saya sangat puji dalam buku ni adalah bagaimana Pak Hamka menyebut setiap nama insan yang pernah memberikan ilmu dan menjadi pencetus idea buat beliau untuk menghasilkan karya ni. Inilah adab penuntut ilmu yang agak kurang dilakukan oleh penulis-penulis hari ni khususnya dalam menghasilkan karya yang berbentuk ilmiah. Setiap penghargaan yang dituliskan Pak Hamka menggambarkan betapa beliau sangat merendah diri kerana walau bagaimana hebat sebuah hasil penulisan, tiadalah wujud ilmu dan idea tersebut tanpa adanya guru dan insan-insan yang mengajarkannya.
Saya akui buku ni bukanlah satu bahan bacaan yang mudah sebab kandungannya agak berat. Setiap bab menyentuh pelbagaikan hal dan rahsia kehidupan serta tingkah laku manusia dalam pelbagai aspek. Sepertimana luasnya makna falsafah, seluas fikiran manusia sejak ia pandai berfikir, Pak Hamka juga mengakui sendiri bagaimana beliau yang masih muda ketika itu sudah berani menuliskan buku dengan memakai perkataan yang besar; “falsafah.” Namun inti utama yang ingin beliau sampaikan dalam buku ni adalah memahami makna falsafah seperti makna yang telah dipermudahkan oleh Socrates; “hikmat”/ hikmah.
Sebahagian besar tulisan Pak Hamka dalam buku ni mengupas tentang hikmah dan pedoman dalam menjalani kehidupan melalui pendekatan falsafah berdasarkan pada ketentuan dan isi yang ada di dalam Al-Quran dan Hadis. Disebabkan karya ni mengupas sebahagian besar permasalahan kehidupan berdasarkan Al-Quran dan Hadis, maka kebanyakan perbahasan yang termuat di dalamnya sangat relevan dengan perkembangan zaman sehingga hari ni. Kadang ada persoalan-persoalan hidup yang mudah tetapi dirungkai dengan sangat mendalam.
“Agama bukan falsafah, tetapi dengan mendalami falsafah akan dapat memahami agama.” – falsafah hidup.
Boleh dikatakan every single thing in this book, sangat quotable. Sampaikan ada beberapa bab tu, saya rasa macam nak highlight semuanya. Walaupun Pak Hamka seorang ulama, beliau turut mengkaji dan membaca berkaitan pemikiran-pemikiran ahli falsafah Barat; Voltaire, Karl Marx hinggalah Lenin. Hal ni banyak ditemukan di beberapa bab.
Bab 5, Sederhana, merupakan bab yang paling saya sukai sebab dalam bab ni terdapat banyak hal yang sangat mengena bahkan kadangkala menyindir keperibadian saya sendiri. Membacakan hal-hal yang dituliskan Pak Hamka dalam bab ni seumpama mendengar nasihat dari seorang ayah. Di era manusia hari ni berlumba-lumba untuk “lebih”, “lebih” dan “lebih” dalam segala aspek, Pak Hamka mengajarkan indahnya memupuk kesederhanaan dalam kehidupan. Kesederhanaan menjadi kunci kebahagiaan dan ketenangan. Cukup apa adanya. Tidak melebihi dari apa yang menjadi bahagian dari kemampuan yang kita miliki.
Secara keseluruhan, buku ni mampu menjadi panduan kepada pembaca tidak kira sama ada dalam mencari falsafah hidup atau dalam merenung kembali falsafah hidup yang sedang kita jalani hari ni, sudahkah berada di landasan yang benar? Memetik satu kata-kata di akhir buku ni, “Intinya yang sejati, yang lebih tinggi dari Syurga adalah satu, iaitu redha Allah.” Itulah seharusnya yang menjadi tujuan dalam hidup seorang hamba, mendapatkan redhaNya. Sedangkan Syurga hanyalah sebahagian kecil. Seandainya tujuan kita adalah Syurga, lantas bagaimana jika Syurga dan Neraka tak pernah ada?
____
Antara beberapa entry lain yang saya pernah kongsikan berkaitan buku ni;
Gembira membaca kembali reviu anda tentang Hamka. Saya mula ikut blog ni sebab anda menulis tentamg Hamka😊
ReplyDeleteTerima kasih. Semoga bermanfaat.
Deletedi mana karya ini dihasilkan?
ReplyDeleteTerbitan Pustaka Dini, Indonesia. Kalau penerbit Malaysia boleh cari terbitan PTS.
Deletehi assalamualaikum. maaf bertanya dekat mana saya boleh cari buku ini ya? saya sangat memerlukan buku ini untuk menyiapkan kertas kerja saya :(
ReplyDeletewalaikumsalam, boleh beli online melalui akaun instagram @jejaktarbiah
DeleteHai Kak Ary, baru terdorong nak membaca semula sejak beberapa hari ni. Nak mula dengan tulisan Hamka. Jejak Tarbiah sekarang dah banyak terbitkan buku. Cuma, terbitan semula JT tu masih kekalkan tulisan Hamka, atau depa dah olah ke bahasa Melayu biasa? Kat kedai mana ya boleh sy cari buku2 Hamka terbitan Pustaka Dini yang asal?
ReplyDeleteBuku-buku Hamka terbitan JT yang terbaru tu saya tak pasti pula sama ada dah diolah bahasa ke tidak, boleh cuba tanya ejen dropship dorang.
DeleteKalau buku-buku Hamka terbitan Pustaka Dini boleh cuba cari di Shopee, ada juga kedai-kedai lokal yang jual. Selain Pustaka Dini, Gema Insani pun antara penerbit yang terbitkan buku-buku Hamka di Indonesia.