"Hanya orang malam yang membicarakan terang."


Bismillah


“When you are unsure about the future, keep doing what is in front of you with all your heart and with love, and what is meant for you will find you.”

"Suatu hari nanti, jika ditakdirkan  memiliki  anak lelaki, saya mahu menamakannya Hamka. Biar jadi orang yang bijaksana, berfikiran, halus budi bicaranya, indah pekertinya sama persis Buya Hamka. Dan yang penting, biar dia tahu bahawa ibu dia suka sangat dengan buku-buku Hamka."

"Jauhnya kau berfikir, kan? Kalau saya, tak sempat pun nak fikir nama anak sebab nama bapa dia pun tak jumpa lagi. Hmmm."  

 -__-"





Manusia hidup dan mati silih berganti tetapi buku akan tetap wujud selama-lamanya. Maka, kata Henry E. Huntington, memiliki sebuah perpustakaan yang baik juga adalah satu cara yang paling tepat dan mudah untuk beroleh keabadian.  Walaupun hidup di era lambakan buku pada hari ini, agak sukar sebenarnya mahu  menemukan buku yang benar-benar bagus kerana kebanyakan buku yang dijual umpama makanan, sama seperti junk food. Memang sedap dimakan tapi hakikatnya tidak bernutrisi dan tidak menyihatkan. Bila mana kita membacanya, kita mungkin hanya merasai keenakannya sekejap, tapi tiada makna. Maka jika anda pencinta buku, tariklah pembaca baru ke arah buku-buku yang bagus iaitu dengan cara menyebarkan kewujudannya kepada orang lain. 

Dan untuk buku yang satu ini, sengaja saya beli sebagai hadiah buat diri sendiri yang lama dah tak beli buku sebab berjimat sangat untuk tahun akhir  dan  sebagai pujuk diri sendiri konon sebab tak balik Raya. Kah! Hmmm

Buku yang menghimpunkan artikel anak muda dari komuniti Jejak Tarbiah (aahhhh, dah lama like page tu kat FB, suka sangat! ;D) di mana setiap artikel dituliskan oleh golongan muda yang merupakan para pembaca buku-buku karya  Hamka dan turut diselitkan pengalaman-pengalaman mereka yang mengikuti kembara menjejaki bumi Indonesia. Jika ditanyakan apa yang istimewa sangat dengan  karya-karya Hamka, jawapannya seperti yang disebutkan dalam buku tersebut; karya Hamka seringkali memberikan `harapan.` Dalam setiap penulisan beliau, sangat meraikan perbezaan dan kepelbagaian dengan hujah yang kemas, tepat dan menyentuh. Sesuatu yang sukar ditemukan dalam karya-karya hari ini. Dan kepada orang muda, beliau mengajarkan untuk selalu maju ke hadapan dengan yakin dan berani. Tetap tunduk merendah diri di bawah langit walaupun kaki melangkah jauh mengelilingi dunia. 



“Jangan takut jatuh, karena yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, karena yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, karena dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.” 
- Hamka.


Orang yang paling banyak belajar bukanlah mereka yang selalu betul setiap masa tetapi mereka yang paling banyak melakukan kesilapan. Jadi, make as many mistakes as you can. That way, someday, when people ask what you want to be, you won`t have to guess. You`ll know. Kerana kesalahan dan kesilapan seringkali mendewasakan dan mematangkan akal fikiran kita hinggakan bila mana kita tak tahu apa yang kita nak sekalipun, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita tak nak dan itu pun sudah lebih dari cukup, sebenarnya.





---
May each day be the day you were reborn in silence and faith. Ameen. 

6 comments:

  1. wah, bukunya menarik! Kat mana beli eh? susah nak jumpa sekarang buku macacam ni..

    Oh ya, hi!

    blogwalking dan jumpa blog ni. Nice blog anyway^^

    Keep writing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada akaun IG tak? Kalau ada follow jejaktarbiah. Kat sana ada bagi info pembelian. :)

      Delete
    2. oh ok. jazakillah^^

      Delete
    3. Ary, kalau takde IG ada cara lain tak nak beli buku ne? memang dah lama cari buku ne...

      Delete
    4. Akak whassap no ni : 013-3878772. Nanti tanya la nak order buku ni. :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete