tentang mereka dan buku-buku (ii)
tentang mereka dan buku-buku (i)
- Cikgu M - Kg. Murni, N'bawan (2020)
Sebelum pandemik melanda tahun 2020, sekolah saya sempat terlibat dengan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) yang berlangsung bulan Febuari. Setiap tahun saya terlibat dengan program ini untuk menguruskan dan membawa murid ke kompleks sukan bersama beberapa guru lain. Tapi tahun 2020 lalu ada sesuatu yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya sebab buat pertama kalinya saya berkunjung ke rumah Cikgu M.
Di sekolah saya waktu tu ada 11 orang guru. Hanya saya dan Cikgu M yang bujang jadi kami selalu dihantar untuk bertugas hari MSSD, hampir setiap tahun. Cikgu M seorang guru lelaki, berasal dari Perak, umur dia dah almost 40 dan dia dah mengajar di N'bawan selama 9 tahun sampaikan dah mahir berbahasa Murut.
Dari saya mula posting di sekolah saya bekerja sekarang, Cikgu M ni antara guru yang saya sangat respek sebab selain pandai mengajar, kerja dia selalu kemas dan teratur. Setiap kali PPD datang memantau, fail-fail dia selalu dapat pujian sampaikan tuan/puan PPD pun tak banyak komen sangat. Sebab tu dia selalu jadi benchmark guru-guru lain dari bab fail-fail pengurusan sampailah surat-surat rasmi. Saya ingat lagi, ada beberapa kali saya ditugaskan untuk tulis surat rasmi dan saya selalu minta dia semak semula kalau ada kesilapan. Rasanya surat saya tak pernah perfect, sentiasa ada yang dikomen dan perlu diperbaiki. π
Waktu hari ketiga MSSD tu, ada beberapa murid saya terpilih untuk acara akhir lompat jauh. Pemilihan habis awal jam 11, acara akhir pula mula jam 4. Biasanya tahun-tahun sebelum ni kalau ada gap lama macam tu saya akan bawa murid ke perpustakaan daerah sementara menunggu jam 4 sebab nak balik sekolah semula agak jauh juga, jalan pula tak elok sangat. Tapi hari tu tiba-tiba Cikgu M kata, "Ary, ko bawa budak stay rumah aku je, kesian ko nak tunggu lama dengan budak lagi. Aku pun nak keluar jap tengahari nanti."
Banyak kali saya tolak mula-mula sebab segan juga sebenarnya. Tapi bila fikir ada murid-murid sekali dan mungkin boleh bagi dorang rehat dulu sebelum acara, saya pun ok jak lah. Difikiran saya waktu tu, biasanya bila lelaki+bujang konfiden jemput pergi rumah dia ni mesti sebab rumah dia BERSIH. Dan tekaan saya memang betul, rumah Cikgu M sangat bersih, kemas dan teratur. Seriyes.
Di ruang tamu rumah dia ada TV dan dia bagi murid-murid tengok kartun Frozen II. Tapi saya tak berminat nak tengok kartun tu, saya lagi berminat nak tengok buku-buku tersusun yang ada di atas satu meja kayu. Sebelum dia keluar tengahari tu saya ada minta kebenaran nak tengok buku-buku dia, ya lah, takut memandai-mandai pula kan. Dan dia ok jak.
credit |
Ada beberapa buku tentang profesion (sebab Cikgu M pernah sambung Master sebelum ni) dan beberapa novel. Tiba-tiba ada sesuatu sangat menarik perhatian saya waktu tu and guess what???
CIKGU M BACA NOVEL CECELIA AHERN!
I was like......π³
Cikgu M lelaki pertama yang saya kenal baca novel Ahern. Selalunya perempuan yang suka baca novel-novel Ahern ni tau ka. π Saya sendiri pun tak pernah layan novel-novel dia sebab saya kurang minat genre adult romance terutama novel English. Lepas tu saya terus google novel ni tentang apa. Bila baca macam menarik juga sinopsis dia dan saya rasa Cikgu M baca mungkin sebab cerita ni bukan tentang romance sangat.
Sampai hari ni saya masih ingat kenangan berkunjung ke rumah Cikgu M tu, rasa tak sangka sangat. Dan ternyata hari tu jugalah hari terakhir berkunjung ke rumah Cikgu M sebab Cikgu M dah pindah hujung tahun 2020 lalu. EGtukar dia berjaya dan dia dah balik ke negeri asal (Perak). Memang satu kehilangan buat sekolah sebab dia seorang guru yang bagus, penuh dedikasi dan komited. Tapi dia selalu juga cerita dekat kami yang mak dia dah tua dan dia dua beradik saja. Dah tiba masa nak duduk dekat dengan mak katanya.
Atas tunjuk ajar Cikgu M lah saya pun mula teliti dan dah mahir buat surat hari ni. Mungkin kalau dia tak pernah komen dulu, sampai sekarang saya tak tahu di mana kesilapan saya. Saya selalu terinspirasi dengan cara dia buat kerja, tak suka bertangguh. Terima kasih Cikgu M!
"Coworker relationship are so bittersweet. You spend months telling each other little stories about each other, and you don't even realize how close you've gotten until one of you leaves to move on in life, and you're thinking when you're ever really gonna see them again."
Orang terakhir yang saya nak kongsikan dalam entri ini (sebab rasanya macam tak lengkap kalau tak kongsikan tentang dia) semestinya my bestfriend, Ichi.
- Sabahasanah (Ichi), Kota Kinabalu (2017)
Kalau follow instagram saya, memang tak banyak gambar kawan-kawan yang saya pernah kongsikan sebab saya memang tak ramai kawan pun sebenarnya, terutamanya di KK. Tapi kawan saya ramai di daerah dan negeri lain sebab sejak Tingkatan 4 saya dah terbiasa hidup nomad.
Bila masuk mrsm waktu Tingkatan 4, saya mengalami kejutan budaya dengan cara belajar di sana dan saya dah terbiasa dengan sekolah perempuan. Masuk sekolah campur saya jadi agak kekok sikit dengan suasananya. Jadi kebanyakkan waktu saya hanyalah gadis pendiam yang duduk di sideline, cuba untuk menghilang diri dari dipandang dan memandang, menjadi orang tak penting.
Hanya teman-teman sebilik yang tahu my true colour; 'gila-gila' juga sebenarnya. Teman sebilik ada empat orang dan disebabkan bilik kami Dorm 17, kami menggelarkan diri dengan Halogen 17, sempena periodic table Kimia yang menjadi kenangan buruk pernah menyusahkan hidup saya. Ichi salah seorang teman sebilik. Selepas SPM dia masuk kolej di KK dan sehingga hari ni pun bekerja di KK. Tiga teman saya yang lain ada yang belajar di negeri dan negara lain, bila dah kerja pun duduk jauh. Hanya berhubung di media sosial saja.
Sepanjang Ichi bekerja di KK hanya sekali saya pernah pergi ke rumah dia, tahun 2017 sebab nak ambil barang apa entah. Itulah pertama kali tengok rak buku dia, siap post di instagram. π
facts! |
Kalau tengok rak buku Ichi boleh agak dia kerja apa kan. π |
Berkawan dengan Ichi seronok sangat sebab dia tak sama bidang dengan saya. She's a nurse. Khusus di dewan bedah. Suka dengar dia cerita tentang dunia pekerjaan dia. Dari dialah saya tahu rupanya realiti dalam dewan bedah taklah se'Grey's Anatomy' dan secemas filem-filem kedoktoran di televisi. π
Saya ingat lagi, dia pernah kata doktor di dewan bedah tu ada macam-macam perangai. Ada sorang doktor tu suka bedah orang sambil dengar lagu-lagu evergreen. π
Ichi kahwin tahun 2019 dengan kenalan zaman sekolah. Video kahwin dia antara video favourite yang saya pernah buat. Video tu biasa-biasa saja, saya pun amatur. Memang sengaja tak edit dan guna sebarang filter. Mahu mengenang kenangan hari itu dalam versi raw dengan suasana sebenar. Bulan Oktober lalu Ichi dah dua tahun kahwin sampai hari ni masih tabah berPJJ sebab suami dia kerja di Johor. Semoga Ichi dan suami selalu berbahagia!
Gambar latest bersama Ichi Disember lalu (2021), dua yang terbaik dari gambar calon-calon di'delete.' Gambar kami (saya terutamanya) selalu jelek. π© |
Sengaja menuliskan (dua) entri ini untuk mengenang orang-orang dari masa lalu juga mengingat kembali diri saya di masa lalu. Pak Cik Adawiyah, Tok Ma, Cikgu M dan Ichi bukan orang yang terkenal di alam maya tapi saya mengenali mereka di dunia nyata dan mereka orang-orang istimewa yang memiliki hubungan dengan buku. Ada sebahagian orang-orang yang saya kenali entah bila dapat berjumpa lagi. Sebab tu tak pernah rasa menyampah dengan teman-teman berkongsi gambar-gambar kehidupan di media sosial. Mungkin di sana sajalah tempat untuk tetap saling berhubung dan mengetahui update kehidupan terkini mereka.
Terima kasih untuk yang pernah hadir. Teringat kata-kata Dr. Fina yang saya pernah tuliskan di salah satu entri sebelum ini, "kita menjadi seperti diri kita sekarang ini bukan kerana diri kita sendiri, tapi kerana semua orang yang pernah kita temui, lihat dan dengar."
Jadi bila mau ajak saya ke rumah kamu pula?
π¬
Claire's Knee (1970) |
OK! π
Mungkin itu cara doktor nak bagi pesakit tenang juga kot. ^_^
ReplyDeleteSo cuteee ππ€£. Thanks for reminding me how my library looks like back then lol. Messy sangat π₯²
ReplyDeleteRak buku zaman bujang. :B
Delete