little things.

Kids, will always be kids.

4:01 PM








"Ummi akan bagi setiap seorang sekeping kertas. Kamu tuliskan nama panggilan dan idola kamu ok"




"Ummi, idola tu apa ummi?"




"Idola tu orang yang kamu nak jadikan contoh dalam hidup kamu. Jadi, siapa idola kamu?"




"Nabi Muhammad!"




"Sultan Muhamad Al-Fateh!" 




"Nik Aziz!"




"Ayah saya ummi!"












"YUSUF TAIYOOBB!"




-_-" 

captures

There are no strangers here, only friends you haven`t yet met.

5:00 AM









i.
 "Cikgu, sebelum saya terlupa baik saya habaq awal-awal. Kat sini, depa tak panggil cikgu perempuan cikgu, ustazah. Depa panggil `ummi`. Jadi satgi kalau depa panggil cikgu-cikgu ni ummi jangan terkejut pulak noh" - gb.




ii.
"Cikgu, kat sini depa tak guna `hang`, `hangpa`. Sebab bagi depa benda tu kasaq. Jadi cikgu guna `saya` atau `kamu` kalau tak pun `ana`, `enti`, `anta`." - pk1










Practicum is not only about your teaching. It`s about how you carry yourself with the school environment.

rants.

Only the wearer knows where the shoe pinches.

10:45 AM



"Each has his past shut in him like the leaves of a book known to him by heart and his friends can only read the title" - Virginia Woolf.



Everyone is fighting. Fighting for life, love, anything. We don`t have the right to make any judgements cause we have no idea what their lives are really like or what goes on in their head and heart. Only the wearer knows where the shoe pinches. So be good to others.



And remember, open your mouth only if what you are going to say is more beautiful than silence.

captures

Leaving the people and places you love, is a reminder of the impermanence of the life. And the permanence of the next.

9:52 AM









"Aku tertanya-tanya sebenarnya. Kenapalah kau delete tumblr kau."


"Saja ja. Escape."



"Kalau  escape sekalipun, at least bagi la `goodbye note`. Macam takda adab ja, keluar rumah tak bagitahu"



"Budak escape sekolah tak perlu ucap selamat tinggal. Dorang kenalah lari senyap-senyap. Satgi kena penampaq oleh guru besaq"


"-__-"






---

Tumblr is a nice place with lots of nice people. But maybe, it is not a place for me.

thoughts.

"Woman is a school. If you teach her,you teach an entire generation"

3:23 PM




Walaupun sebuah sekolah mampu menawarkan sistem pendidikan yang terbaik, ia tetap pendidikan kedua bagi kanak-kanak. Sekolah pertama mereka bermula di rumah dan ibu bapalah guru pertama mereka.




Dalam satu kuliah yang membicarakan berkaitan  fungsi keluarga sebagai asas pembinaan ummah,  saya sangat tertarik  apabila penceramah memberikan beberapa konsep rumahtangga yang wujud dalam kehidupan hari ini.

Ada rumah yang berfungsi seperti sebuah kilang di mana seisi rumah tersebut berfungsi seperti robot. Tiada bicara. Semuanya hanya menyibukkan diri dengan hal masing-masing. Ada rumah yang berfungsi seperti RNR. Hanya menjadi tempat persinggahan. Kurangnya kebersamaan. Suami isteri yang hanya berfikir tentang pekerjaan dan dunia mereka sendiri. Ada juga rumah yang berfungsi seperti sebuah hospital. Di mana ahlinya menjadikan rumah hanyalah sebagai tempat mendapatkan rawatan semata-mata. Ketika `sakit` barulah ia diperlukan.


Maka bagaimanakah konsep `rumah` yang terbaik?


Rumah yang terbaik adalah  rumah yang berfungsi seperti sebuah sekolah dan masjid. Rumah yang berfungsi sebagai sekolah, di mana adanya proses mengajar dan belajar. Ahlinya sentiasa berkongsi dan bertukar ilmu. Ahlinya  menjalani kehidupan dengan ilmu pengetahuan. Yang mencintai ilmu baik ilmu dunia mahupun akhirat. Ilmulah yang menjadi pelindung  menjadikan ahlinya  bijak dalam menjalani kehidupan.


Dan semestinya rumah yang terbaik adalah rumah yang berfungsi seperti sebuah masjid. Tempat beribadah. Tempat kebersamaan. Tempat mendekatkan diri kepada Pencipta. Tempat ahlinya membina rohani dan jiwa. Tempat ahlinya saling mencintai dan dicintai dan sama-sama mengejar cinta Hakiki.


Maka, selamat membina sebuah sekolah dan masjid. Walaupun bukan sekarang, untuk hari-hari kemudian.





---
Keluarga bahagia adalah yang mengimpikan syurga sebelum syurga.

arts

"Itulah intisari kehidupan seniman" - Hamka.

12:40 PM











Dalam buku Falsafah Ketuhanan yang dinukilkan oleh Prof. Dr. Hamka, beliau ada menyebut berkaitan penyelidikan ahli Ilmu Jiwa. Menurut mereka, jiwa manusia itu mempunyai tiga sudut yang penting di dalam memperhubungkan diri dengan alam. Pertama perasaan, kedua fikiran dan ketiga kemahuan. 


Katanya, apabila perasaan kita yang lebih terkemuka dari ketiga sudut itu, maka kita akan menjadi seorang seniman. Dan apabila fikiran yang lebih terutama, nescaya kita menjadi seorang ahli falsafah. Dan jika kemahuan (iradat) yang lebih terkemuka, inilah alat bahawa orangnya akan menjadi seorang pahlawan atau seorang pemimpin yang terkemuka dalam bangsanya, atau seorang ahli agama yang membawa fahaman pembaharuan. 


Maka, apabila kita cenderung ke dalam seni dan keindahan (estetika), cubalah merasai Adanya Allah di dalam keindahan alam. Fikirkanlah, siapakah dan apakah kekuatan atau tenaga yang menyebarkan keindahan ini, sehingga nampak segala sesuatu dengan tersusun dan teratur?


Suatu keindahan yang diperolehi dari alam itu tiada penghujungnya. Dapat mengenal dan mengecapi keindahan itu membuatkan kita bersyukur. Terasa bahawa diri kita sendiri adalah sebahagian daripada Alam. Bertambah terang pelita hati, bertambah terang pulalah mata kita melihat alam. Dan tidak ada ucapan lain yang sekaligus dapat mencetuskan apa yang terasa dalam hati kita, selain satu kalimat sahaja; `Allah`.



Itulah intisari kehidupan seniman. -ms. 25; Falsafah Ketuhanan.












---
Masih banyak yang perlu diperbaiki. Saya bukan budak seni :)

" Kecantikan disisi Allah adalah hati.."

11:59 PM



Ketika Nabi Yusuf a.s. diperintah Allah agar berkahwin dengan Zulaikha. Lalu baginda berkata:

" bagaimana aku berkahwin dengannya usianya yang lanjut rupa dan tubuhnya bagaikan mayat yang berjalan"


Maka Allah berfirman:


" Kecantikan disisi Allah adalah hati.."

lalu keindahan hati Zulaikha dizahirkan Allah
sehingga bersinar kecantikkannya
maka tersilau Nabi Yusuf a.s. dengan keindahan itu
lalu dia menjadi pemuja Zulaikha
ditarik bajunya sehingga koyak ketika Zulaikha sedang asyik dengan TuhanNya...


Maka Baginda menyedari
bahwa diri Zulaikha tidak lagi memandang akan keindahan dirinya
tetapi memandang hanya pada Dzat Ahadiah
Raja bagi segala keindahan…


Karamah yang berlaku pada Zulaikha
dizahirkan Allah ketika di alam ini
itulah hakikatnya di akhirat nanti
keindahan seseorang berubah berdasarkan keindahan hati
segala keindahan tubuh akan hilang
yang akan zahir adalah keindahan jiwa
yang bertali makrifat dengan Allah…



Indahkan jiwamu wahai para pencinta
kerana Allah cintai keindahan
namun Allah tiada melihat keindahan tubuhmu
tetapi mencintai keindahan jiwamu…

- SA; 090614