captures

I know you`re real and still need to heal.

1:46 AM


Bismillah

"...and I know you`re not a sunny clear blue skies kind of people."



Jika kita berkawan kerana kelebihan yang dimiliki, maka suatu saat nanti kita pasti akan kecewa apabila menyedari kekurangan masing-masing. Jika kita berkawan kerana kebaikan yang dimiliki, maka akan tiba suatu saat kita akan kecewa apabila menyedari keburukan masing-masing. Jika kita berkawan kerana memiliki kesamaan dalam pemikiran, maka suatu hari nanti kita akan kecewa apabila kita saling berbeza fikiran. Jika kita berkawan kerana kita senang dengan sikap dan budi yang dimiliki, maka nanti mungkin kita akan kecewa apabila menyedari sikap yang tidak menyenangkan.


Namun jika kita berkawan kerana Allah, akan timbul kesedaran bahawa kau dan aku hanyalah manusia biasa. Kadang benar. Kadang salah. Saling memiliki kelebihan dan juga kekurangan. Kerana seperti itulah manusia, tiada yang sempurna. Dan jika mahu mencari yang sempurna, maka yang kita temukan hanyalah kekecewaan kerana hakikatnya kita bukan malaikat tanpa cela.


Asalkan kita tidak saling berbuat zalim yang merugikan, mengkhianati amanah, menfitnah atau melakukan perbuatan keji lainnya, kau dan aku tetap sahabat yang layak untuk dimaafkan atas segala kekurangan yang dimiliki.



---
Jika semua bermula kerana Allah, maka jangan pernah mengakhirinya kerana selain Allah. 

thoughts.

"If you love reading, we are already a lover."

12:15 AM


Bismillah




Kita adalah apa yang kita baca. Setiap buku yang kita baca hakikatnya akan membentuk pemikiran kita dan sedikit sebanyak membina peribadi diri kita sendiri. Saya sering mengandaikan membeli buku itu umpama memilih sahabat. Dan saya jenis orang yang suka berkawan dengan semua orang. Maka dalam memilih bahan bacaan, saya tidak me`limit`kan untuk satu  genre semata-mata. Baik sastera, ilmiah, agama, fakta mahupun biografi. Setiap satu ada ilmu yang disampaikan dan dipelajari walaupun dengan gaya penulisan dan bahasa yang berbeza.

Kepelbagaian bahan bacaan sebenarnya mampu membentuk pemikiran kita agar lebih `terbuka`. Andai kita hanya memilih satu genre kesukaan kita sahaja, maka tahap pemikiran kita hanya setakat itu sahaja. Begitu juga dalam bersahabat. Untuk menjadi ahli masyarakat, kita perlu belajar untuk berkawan dengan semua orang tanpa perlu membuang identiti dan peribadi diri sendiri. Tanpa perlu mengambil kira perbezaan fikrah mahupun agama. Jangan terlalu terikat dengan `bentuk` kita semata-mata. Berkawanlah sekadar untuk mengenal, berkongsi pandangan serta meneladani segala yang baik pada diri mereka. Dan andai kita benar-benar mengenal dan memahami, orang-orang yang dipandang buruk itu juga tetap ada kebaikannya yang kita boleh pelajari dan jadikan teladan buat diri sendiri. Kerana mereka juga hakikatnya manusia biasa yang fitrahnya inginkan Tuhan dan kedamaian. Cuma mungkin, tersilap dan keliru  dalam memilih jalan hidup yang benar.

Salah seorang senior saya pernah berpesan bahawa hidup jangan terlalu terikat dengan biah semata-mata. Kerana tiada siapa yang dapat menjanjikan kita akan selama-lamanya berada dalam lingkungan biah solehah (lebih-lebih lagi dalam bidang perguruan). Mungkin satu hari nanti kita akan diletakkan di suatu tempat yang mana komuniti Islam sangat sedikit. Andai jiwa kita tidak kuat, kita mungkin tidak mampu untuk bertahan. Belajar untuk lebih bersikap `terbuka`. Santuni orang-orang yang berbeza dengan diri kita. Agar nanti, andai dicampak di mana-mana kita boleh `masuk` dengan semua orang dan menjadi ahli masyarakat. Yang perlu diutamakan adalah memupuk dan memperkuatkan hubungan rohani dengan meletakkan Tuhan ke dalam hati kita. Kerana hati mereka yang memiliki Tuhan, andai dicampak ke laut akan menjadi pulau, andai dibaling ke langit akan menjadi bintang.



"We may not encounter a person different from us in our daily busy lives, but we can learn about them between the pages of a book and in that instance any other-izing or dehumanizing of a race or a faith that media and adults may try to do- vanishes.Yes, books are that powerful."

- Aisha Saeed.


Kadangkala kebenaran hidup itu tidak semestinya kita perlu pelajari melalui karya ilmiah yang berbentuk fakta. Nilai dan pembelajaran juga tidak semestinya datang dari hal-hal yang deep, bukan juga dari hal-hal yang buat jiwa sentap, tapi cukup dari hal-hal  sederhana yang hakikatnya tersimpan makna dan pembelajaran yang luar biasa. Asalkan kita adalah orang-orang yang mencari dan berfikir, bukan sekadar membaca.


"No matter what books you read, as long as you love reading, we are already a lover. Have a nice day and, keep reading!" :)



---
Tetaplah menjadi perempuan `tertutup` yang sangat terbuka dalam pemikiran, pergaulan dan pekerjaannya. Mudah didekati tetapi sangat menjaga diri.

tulisan

Everyone is on their own personal journey.

3:48 AM


Bismillah

Kadangkala Allah memang sengaja menghadirkan orang-orang yang baik disekeliling kita. Mungkin kerana kita masih belum cukup baik lagi. Kadangkala Allah juga sengaja menjauhkan kita daripada orang-orang yang baik. Mungkin kerana Dia mahu melihat sama ada kita menjadi baik kerana Allah atau manusia. Dan kadangkala memang sengaja Allah memberikan kepedihan dan kekecewaan itu dari atau bersebabkan orang-orang yang kita cintai dan harapkan. Agar ketergantungan kita kepada makhluk itu luntur dan kembali meletakkan sepenuh harapan dan pengabdian hanya kepada Allah semata-mata.


Zaujah Sidi Rohimuddin, Ummu Afraa Ahmadi pernah dipuji kerana bersuamikan seorang ulama. Lalu Ummu berkata, "Berjalan menuju Allah itu hakikatnya nafsi-nafsi (sendiri-sendiri). Dan ia harus datang dari sudut hati yang paling dalam. Jika ada peneman, mereka menjadi pelengkap."


---
Setiap bahagian dari kehidupan kita yang Allah uji, di situlah hakikatnya sisi yang Allah ingin sempurnakan untuk kita. InsyaAllah. 

captures

"Do me a favor; smile."

3:37 AM



I asked her what I was good at, and she said "life".

Love is like a book. It brings laughs and tears. But, even if it makes you cry, you will hold on to it. Sometimes, you fell in love easily with the cover, but to open and read the contents, needs courage and determination. 

Love is a lot like a book; than you`re the library and I`m a librarian.








ii.


or....your future family, perhaps ;)

In this life, people walk in and out. But then, there are those that remain there because they are not just your friend, they are your  family.









iii.


Only when we realise that nothing lasts forever, we will do things differently.
Berilah yang sehabis baik, seikhlas mungkin untuk orang-orang yang kita sayang  pada setiap masa yang Allah beri peluang. Kerana hidup ini bukan selama-lamanya. Setiap saat kita saling berbicara, bertentangan mata, bergelak ketawa atau saling duduk bersama berkemungkinan ia saat terakhir kita dapat melakukannya bersama-sama mereka. 









iv.

"People like you are rare."
Relationship is like a telephone. They work in both ways. In order to make it work, both need to pick  up the phone and say "hi". But sometimes people don`t  want to pick up the phone. It`s not that they don`t love you back. They just don`t want you to hurt yourself more. 








v.


And just like everyone else, I myself am a little insane.

“Things arise and she lets them come; things disappear and she lets them go. She has but doesn’t possess, acts but doesn’t expect.”






---
Why we need to be so serious if  "...the life of this world is nothing but play and amusement. [6:32]"? So what if this life isn`t perfect? It`s not jannah. 

captures

Luqman 31:16 -19

7:41 AM





Luqman menasihati anaknya dengan berkata:


"Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. 


Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.


Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.


Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".




---
"Menjadi perempuan berarti memiliki potensi menjadi ibu, meski tidak semua perempuan memiliki kesempatan untuk menjadi ibu. Menjadi laki-laki berarti harus siap berbakti kepada perempuan, ialah ibu. Siapapun perempuan yang nanti hadir dalam hidupnya, bakti utamanya tetap kepada ibu."

excerpt

"That`s the state I want to be in."

4:18 AM




The older you get, the less thing matter and what matters the most are not the things.


"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya). Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?" 
[Al-Balad 90:4-5]


Hanya apabila wujud rasa `miliki`, kita akan merasai sakitnya kehilangan. Maka buangkan rasa itu. Cukup kita sedar bahawa diri kita yang `dimiliki`, oleh Yang Maha Pemilik.




"If you can just let go. If you are ready to die in peace without being afraid of people forgetting you. If you manage to accept the thought of the world continues its journey without you leaving anything worth mentioning; your legacy, your achievements. Because you've done your story the best you could and whether it is meaningful or not is not in your outmost priority. You found peace within you and saying goodbye isn't something you are afraid of. When the time comes, you could see everything you leave behind and just smile. That's the state I want to be in." - azreenchan.


"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)."
[Al -Fajr 89:27-28] 


---
Life can be perfectly satisfying without great achievements. Only if  we realise that Allah is able to give us the whole ocean, while all the things we wanted, all those achievements, is only drops.

thoughts.

In real life.

10:53 AM



I wonder why some people fear of cockroaches or spiders but love making enemies. I don`t know why we hate to be called stupid even when we know that knowing we`re stupid is the first step to be smart.

I think that`s why I don't have ask.fm account;  there would be so many i-don't-know answers. And I guess, putting myself into  a social media group just make my life become twice as complicated. So, lets live more in irl instead of url, heh. 


:)




...but, 



you know why they put `ask` before `assume` and `judge` in the dictionary?




I know the answer.




It`s because the alphabet lah....haha




___
You don't need to know everything to be beautiful. All you need, is being real. 

captures

“I live in my own little world. But its ok, they know me here.”

2:13 AM


Bismillah





Lintang hanya dapat belajar setelah agak larut malam kerana rumahnya sempit, sukar menemui tempat kosong, dan kerana harus berebut lampu minyak. Namun, sekali dia memegang buku, terbanglah dia meninggalkan pondok condong berdinding kulit itu. Belajar adalah hiburan yang membuatnya lupa pada pada seluruh penat dan kesulitan hidup. Buku baginya adalah ubat dan sumur kehidupan yang airnya selalu memberi kekuatan baru agar dia mampu mengayuh basikal menentang angin setiap hari. Jika berhadapan dengan buku dia akan menghisap setiap kalimat ilmu yang dibacanya. Dia tergoda dengan sayap-sayap kata yang diucapkan oleh para cendekia. Dia melirik maksud tersembunyi daripada sebuah rumus, sesuatu yang mungkin tidak jelas bagi orang lain.

Seperti juga kebodohan yang sering tidak disedari, beberapa orang juga tidak menyedari dirinya telah terpilih, telah ditakdirkan Tuhan untuk ditunangkan dengan ilmu.

(Laskar Pelangi: Andrea Hirata)




Mungkin, salah satu kepuasan dalam dunia ini adalah belajar dan menuntut ilmu yang akhirnya  bukan semata-mata mengajarkan kita menjadi orang yang berpengetahuan, tapi membawa kita menyedari akan satu hakikat bahawa semakin banyak kita tahu, ternyata  banyak lagi yang kita tak tahu. Dengan dibukakan kefahaman demi kefahaman tentang hal-hal yang tidak diketahui sebelumnya, kita akan lebih memahami akan hakikat kehidupan, yang pada akhirnya akan semakin mendekatkan kita kepada Sang Pencipta, Allah s.w.t.








Always feed your mind. 
If you can`t change yourself, at least your knowledge should be expanding.
 That will change everything. Biiznillah.






Pembelajaran hanya berlaku apabila wujudnya perubahan. Dan matlamat akhir pendidikan, adalah menjangkakan perubahan tingkah laku dari yang dididik. Walaupun dipertemukan dengan banyak guru yang baik, saya tidak pernah jumpa  guru yang lebih baik untuk mengubah tingkah laku, melainkan dari diri sendiri.

notes

Sebuah bicara tentang kehidupan.

1:06 AM


Bismillah


Dalam kehidupan ini, kita takkan dapat apa saja yang kita inginkan. Namun, kena berusaha mendapatkan apa yang kita inginkan. Terkadang, bukan  kehidupan ini tidak adil pada kita, tapi kerana kita yang tidak adil pada diri sendiri. Keadilan Allah Yang Maha Adil wajib diyakini tanpa syak dan ragu. 


Ramai yang hidupnya bagaikan hanyut oleh arus sungai tanpa mahu berenang ke tepi untuk tidak terus dihanyutkan. Mereka tidak memiliki keberanian untuk berenang kerana telah diikat oleh adat, budaya dan sistem yang telah ditetapkan. Ramai yang memberontak dalam kehidupannya namun mereka tidak berdaya dan terus hidup dalam pemberontakan.


Pendidikan, ibu bapa, keluarga, sahabat, guru dan suasana banyak membentuk pemikiran kita. Jika ia dalam lingkungan yang lemah, maka kita menjadi orang yang lemah. Jika ia kuat, maka kita menjadi kuat. Ramai anak-anak tidak bersetuju dengan pemikiran dan kehendak ibu bapa mereka namun mereka tidak berdaya untuk berkata "tidak", lalu mengatakan ia adalah takdir yang ditentukan. 


Manusia suka menutup kelemahan mereka dengan takdir sedangkan hakikatnya takdir yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w telah membawa bangsa Badwi padang pasir menjadi pemimpin dunia. Takdir yang diimani oleh para sahabat r.a telah membawa mereka menguasai separuh dunia.


Allah telah memberi segala pada kita atas sifatNya Yang Amat Penyayang. Bagaikan sang ayah atau ibu yang menyediakan segala keperluan untuk anak kesayangannya demi kebaikan kehidupan. Bagaimana mungkin Allah membiarkan sang hamba berlayar di alam ini tanpa menyediakan segala keperluan yang cukup sebagai bekalan. Hanya tinggal kita, bagaimana mahu kemudikannya. Sampan tersedia dan pengayuh ditangan kita, hanya perlu kita berkayuh sahaja. Namun amat malang sekali, ramai yang tak pandai berkayuh dan akhirnya hanyut oleh arus.


Sifat tidak puas hati, jika dihalakan pada Allah adalah biadap. Namun, jika ia dihalakan pada diri kita sendiri, amat bagus kerana kita rasa bersalah dengan nikmat yang Allah telah bekalkan, kita tidak manfaatkan dengan sebaiknya. Ia membawa dorongan untuk kita lebih maju kehadapan.


Hati ibarat diri, akal ibarat pengayuh, anggota ibarat perahu, kehidupan ibarat sungai.


Jika kita berkayuh dengan baik, kita akan dapat sampai destinasi dan tidak akan dibawa arus. Namun, jika kita tidak mahu berkayuh atau tidak pandai berkayuh, maka kita memilih takdir untuk menjadi sampan, kita akan dibawa arus dan mungkin tenggelam. Adakah Allah tidak adil kepada kita atau kita sendiri yang tidak adil pada diri kita sendiri.


Apakah bezanya orang yang berjaya, gagal atau lemah, orang kaya atau miskin, adakah akal mereka berbeza? Jawapannya bukan akal yang berbeza kerana Allah itu Maha Adil. Namun yang membezakan mereka adalah cara berfikir.  Untuk menjadi orang yang paling bahagia, ubahlah cara berfikir. Andai banyak berfikir untuk menilai kelemahan diri orang lain, kita takkan mampu untuk melihat dan menilai kelemahan diri sendiri dan memajukan diri. Andai banyak berfikir tentang masalah tanpa berfikir bagaimana mahu keluar dari masalah tersebut, maka kita akan terus hidup dalam neraka masalah. Kita boleh mengubah penderitaan kita dengan melihat bahawa dengan masalah yang kita hadapi, Allah mahu memberi ilmu dan peluang untuk kita menjadi lebih berjaya. 


Banyak kesilapan yang berlaku bukan kerana takdir Allah, tetapi takdir yang diciptakan oleh manusia sendiri akibat salah menggunakan nikmat yang diberi. 


"Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur." (As-Saba;13), itu adalah kalam Allah yang ditujukan buat diri kita, bukan pada gunung, malaikat atau makhluknya yang lain. Bersyukur adalah dengan kita menggunakan segala bekalan yang disediakan dengan sebaik mungkin.


Allah tidak pernah menzalimi kita dalam kehidupan ini. Bahkan dihantarkan para Rasul-RasulNya untuk mengajarkan manusia tentang kehidupan yang benar, berjaya dan bahagia. Belajar bersyukur dengan apa yang dianugerahkan Allah dengan meletakkan diri kita sebaik mungkin. Manusia yang paling baik adalah mereka yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada manusia sama ada melalui pemikiran, pendidikan, ilmu, harta, tenaga dan lainnya.


Hati diciptakan untuk berzikir dan bermuraqabah pada Allah kerana ia diciptakan untuk merasai dan syuhud pada Allah. Akal perlu berfikir kerana ia memang diciptakan untuk berfikir. Mata, telinga dan mulut perlu berperanan sebagai pintu untuk mendapatkan ilmu.



Dengan tauhid dan kasih sayang yang benar, kita akan mendapat kebahagiaan di dunia ini. Belajar mengubah kehidupan dengan sebuah senyuman.



---
Antara kompilasi kalam guru saya beberapa tahun yang lalu, semoga mendapat manfaat.

captures

Cukuplah dengan kata-kata sederhana ini.

12:52 AM


Bismillah

"Things can always go wrong, but if you look at the sky, it seems so small"
3月9日


Ada satu kata pujangga mengatakan bahawa; orang-orang yang dilukai akan melukai orang lain, orang-orang yang dimaafkan akan memaafkan orang lain. Untuk itu, selalulah memilih untuk memaafkan, dengan harapan satu hari nanti mereka juga akan memaafkan orang lain. Memilih cara kebaikan bukan bermaksud kita tidak mengekspresikan kemarahan kita, namun kebaikan mengajarkan bagaimana kita memilih mengekspresikan kemarahan tersebut. Teruskanlah setiap kebaikan orang lain beri pada diri kita dengan kembali memberikan pada orang lain yang memerlukan. Jangan biarkan ia berakhir pada diri kita sendiri. Ketahuilah bahawa setiap rasa sakit yang timbul kerana kejadian yang menyakitkan itu hanya bersifat sementara. Namun, pemahaman dan penerimaan tulus dari kejadian yang menyakitkan itulah yang abadi. 




I searched the world looking for a place where there will be no more tears, no more pain and no more fears, only to realize that the place is not `here`. I searched the world looking for a great love story, only to realize that His love is always the greatest.


captures

I`m home.

9:49 PM








Sun - Jonsi


My mom once told me, " You`re already home when you feel loved."
It makes me believe that as long as I’m with You, I’m home.






"Home is wherever make us close to the Creator."






---

It`s interesting how you can live in the same place all your life and still have new places to discover and see. I hope you still find things that surprise you, even in a city you already know so well.

thoughts.

"Thank you, for being `you`."

2:31 AM



Bismillah


Tuhan selalu punya banyak cara untuk menyampaikan kalimatNya. Dan Dia juga ada banyak cara untuk mengubah jalan hidup kita. Mungkin, salah satunya dengan menghadirkan orang lain dalam hidup kita. Orang lain yang mampu mengajarkan kita sesuatu dengan hanya melihat pada dirinya. Yang mampu membuatkan kita mengubah diri kita menjadi lebih baik. Perubahan yang lebih mendewasakan. Dan pada akhirnya, kita menyedari perubahan itu adalah untuk diri kita sendiri, bukan untuk orang lain.


"Kita sebenarnya banyak belajar dari diam dan sederhananya tingkah laku orang lain walaupun sedikit. Mereka mungkin 'kurang' pada pandangan kita, tapi mungkin 'lebih' dan 'hebat' sekali pada pandangan Allah."


Buat jiwa-jiwa yang amalnya sentiasa fasih berbicara, namun bisu bila menceritakan tentang kesolehah/solehannya, kalianlah yang lebih layak menjadi inspirasi. Keep inspiring!


"sentiasa ada sesuatu yang engkau punya dan aku tidak punya. dengan itu, kita mampu untuk saling mengajar dan diajar, mendidik dan dididik."


---
“You’re the only person I’ve ever met who seems to have the faintest conception of what I mean when I say a thing.” ;)

captures

"Just wear your sport shoes, and run."

12:58 AM



"I know I am no longer the child who once dreamed of crossing the rainbow."



You're packing up your sleeping bag,
Your lantern and your tent,
And you're off to find the life you lost,
But you're not sure where it went.

And I hope those mountains teach you,
How to stand both tall and proud,
That you see your life much clearer,
With your head above the cloud.

I hope you swim through rivers,
With their currents swift and fast,
That they show you must be careful,
When you wash away your past.

I hope that you're humbled,
By the vastness of the sea,
That the eagles high above you,
Make you feel like you are free.

I hope when night has fallen,
And your fire's just a spark,
That the stars shine to remind you,
That there's beauty in the dark.

But most of all I'm hoping,
That you're learning while you roam,
That no matter the distance,
You can always come back home.

-fen; sociallydifferent.




---
I don`t know what the future may hold, but I know Who holds the future. Let`s just keep going forever.

captures

"Tidak kira nikmat atau musibah, asal ia dari Allah, kami akan selalu bersangka baik denganNya."

1:35 PM


Bismillah


Langit pagi; SK. Alma.


Apabila seseorang ragu akan keagungan Allah namun lebih yakin pada kemampuan dirinya dan pertolongan makhluk, maka jangan salahkan takdir atau sesiapa pun kalau dalam hidupnya tiada ketenangan dan banyak menemui kekecewaan. Barangsiapa yang ingin hidupnya selalu dilindungi, dibela, dimudahkan urusannya oleh Allah, dikabulkan doa-doanya, tetapi tidak pernah bersungguh-sungguh untuk meningkatkan keyakinan dan cinta kepada Allah, maka keinginannya hanya akan menjadi sebuah angan-angan. 

Allah sebenarnya sudah cukup untuk menjadi penolong yang menjamin segala urusan. Tidak ada satu pun penghalang jaminan Allah, kecuali su'udzan (buruk sangka) dari makhluk itu sendiri.


excerpt

Every single person, has a story to tell.

12:27 AM


Bismillah






Tulisan umpama kalimat-kalimat bersayap. Ia mampu tembus ke dalam hatimu yang terdalam walau hanya dibaca dalam diam. Sebuah karya seni adalah percakapan antara manusia dalam diam. Kita tidak perlu memahami maknanya, tetapi dalam diam itu ada lagu yang dinyanyikan dan ada dawai yang digetarkan jauh di sudut hati masing-masing. Dibalik tulisan dan karya seni, sentiasa ada rasa dan rahsia yang tersembunyi. Yang membaca dan melihat tidak akan pernah mengetahui rahsia itu kecuali mereka menjadi rahsia itu sendiri. 


“Every single ordinary person has an extraordinary story. We might all think that we are unremarkable, that our lives are boring, just because we aren’t doing ground-breaking things or making headlines or winning awards. But the truth is we all do something that is fascinating, that is brave, that is something we should be proud of. Every day people do things that are not celebrated. That is what we should be writing about. The unsung heroes, the people that don’t believe they are heroes at all because they are just doing what they believe they have to do in their lives.“ 
- One Hundred Names; Cecelia Ahern.


Walau berada di bawah langit sama, melihat langit yang sama, tiada yang lebih indah daripada sebuah pertemuan. Marilah, duduk bersama saling `membuka` diri, membicarakan masa depan dengan saling memandang. Walau mungkin, itu sukar bagi kita yang sering berselindung dibalik kata, kan?



---
I write because You, exist.