thoughts.

Bahagia itu cukup sederhana.

11:47 PM


Bismillah


tumblr: arintyas


Adakalanya kita teringin sekali hidup kaya, kita lupa bahawa hidup ini adalah sebuah kekayaan. Adakalanya kita takut sekali untuk memberi, kita lupa bahawa semua yang kita miliki juga adalah sebuah pemberian. Adakalanya kita ingin sekali menjadi yang terkuat, kita lupa bahawa dalam kelemahan, Allah sentiasa memberikan kita kekuatan. Adakalanya kita takut sekali dengan kerugian, kita lupa bahawa hidup ini adalah sebuah keberuntungan.


Hidup ini sebenarnya sangat indah jika kita mensyukuri apa yang sudah ada. Yang terindah bukanlah yang terbaik. Yang sempurna juga tidak menjanjikan kebahagiaan. Tapi ketika kita mahu dan menerima setiap kelebihan dan kekurangan, ternyata itulah kebahagiaan.


"There is great freedom in the simplicity of living. It is those who have enough, but not too much who are happiest. If someone bases his happiness or unhappiness on major events like a great new job, huge amounts of money, a flawless happy marriage or a trip to Paris, that person isn`t going to be happy much of the time. If, on the other hand, happiness depends on a good breakfast, flowers in the yard, a drink or a nap, then we are more likely to live with quite a bit of happiness."



Bahagia yang dicari sebenarnya bukan bersifat luaran, bahkan ia tidak dijual di mana-mana kedai. Kuncinya ada dalam diri sendiri; sebuah ketenangan yang hanya diperolehi dengan jiwa seorang hamba yang mengingati Tuhan. 

books

Love lesson (ii).

4:03 AM



Setiap insan diciptakan memiliki perasaan. Bahkan seorang ulama juga mengarangkan novel cinta. Seseorang yang memahami bahawa cinta hakiki itu sifatnya Rabbaniy, sesuai dengan sifat al-Rahman dan al-Rahim, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, merekalah yang mampu menghasilkan buku roman yang cukup `berisi`.


i.

Cinta tidak akan menjadi sebuah keindahan bila diikuti dengan laku yang tidak santun. Belajar meletakkan perasaan di tempat yang benar dan memperlakukan cinta kepada orang lain secara terhormat. Namun, sebaik-baiknya cinta, adalah cinta kita terhadap Tuhan yang ertinya, ketika kita mencintai seseorang, cintailah mereka kerana Allah, kerana dijamin cinta itu akan membawa berkah. 



ii.

Kita tidak akan dapat membuat orang yang membenci kita untuk mencintai diri kita dan kita juga tidak dapat membuat orang yang mencintai kita untuk membenci diri kita. Namun, Rasulullah mengajarkan tetaplah memberi cinta walau pada orang-orang yang membenci. Alangkah indahnya cinta yang diajarkan Nabi; yakni cinta yang `tak nampak diri` (bukan untuk dirinya). Hanya semata-mata kerana kecintaannya pada umatnya.

"Allah itu ar-Rahman, Allah itu ar-Raheem, Allah itu al-Wadud, Allah itu ar-Rauuf, mana mungkin agama ini tidak menawarkan cinta? Sedangkan Rasulullah juga diutuskan sebagai rahmatan lil 'alameen."




---
"The last point that should came from education is that; educating is about love. It`s like how you learn to love your parents, how to love your family and your kids, but also you have to learn to love the society..." - Tariq Ramadhan.

books

"And inside us there is a talk, that doesn’t need an ear to hear it, but a heart to feel it." - Nizar Qabbani.

2:14 AM

Bismillah


Manusia mungkin boleh `meminjamkan` mata dan telinga, tapi untuk mendapatkan seorang pembaca dan pendengar  yang tidak mudah untuk menghukum, bersangka-sangka, dan memahami itu agak sukar sebenarnya.

Tak, itu bukan salah mereka. Cuma kadangkala kita kena  bersederhana dengan kata-kata dalam mengeluarkan perasaan. Sesetengah perkara kita tak perlu khabarkan pada orang lain, tapi cukuplah bercakap-cakap dengan Allah.



Falsafah hidup; ms. 232


Bercakap-cakap dengan Tuhan itu lebih indah sebenarnya. Tanpa perlu menyusun kata-kata pun, Dia sudah cukup memahami. Bahkan lebih memahami.

Allah.



---
Kesayangan jiwa, cukuplah menjadi yang sederhana dan menyederhanakan.

captures

"You are worth my time."

2:57 AM


Bismillah


Kadangkala ada baiknya juga Allah tunjukkan kita sisi kekurangan yang ada pada diri sahabat kita. Supaya kita tahu adakah kita menerima mereka kerana sisi kelebihan dan kebaikan mereka sahaja atau kita menerima mereka dengan setiap kelebihan, kebaikan dan kekurangan mereka. Dan yang pastinya, kita sendiri pun ada sisi kekurangan kita juga.

"Love says: I’ve seen the ugly parts of you, and I’m staying"



Friends are not for sale.The best people in life are free.


The things that go wrong often make the best memories. One day, we will look back at all the things that happened in our life and we will just, laugh.





---
Anda akan rasa cuti sekolah cepat berlalu kalau anda belum buat kerja sekolah. Kalau buat awal-awal mesti rasa macam cuti setahun. LOL.

Teacher Ary pesan, sila belajar rajin-rajin ok! :)

books

"Sometimes people think you are an inspiration but somehow it recycles - that we actually inspire each others." - Diana Nuzuin.

6:12 PM


Bismillah



Ada banyak hal dalam hidup ini yang kalau Allah nak bagi, dengan mudah Allah akan bagi. Tapi, hal-hal indah memang selalunya tidak datang dari hal-hal yang mudah. Apatah lagi dalam menentukan tujuan hidup, hendaklah pandai memilih mana yang sesuai buat diri, bukan yang disukai sahaja. Hamka pernah menuliskan, perlunya ada pengetahuan akan perkara yang mesti diketahui. Perlu bijak meletakkan akal dengan mengimbangkan fikiran, kemahuan dan perasaan (al-fikr,  al-iradah, al-wijdaan). 

Dalam buku Falsafah Hidup, Hamka banyak sekali menyentuh berkaitan orang-orang yang berakal. Salah satu darinya berkaitan bagaimana orang-orang yang berakal itu bijak sekali dalam membuat pilihan. Mereka seringkali memandang besar segala kesalahan  walaupun kadangkala ia hanyalah kecil di mata orang lain.  Silap kita kadangkala apabila memandang kecil suatu kesalahan, maka yang kedua, ketiga dan seterusnya, kita sudah tidak lagi merasakan bahawa kesalahan itu besar, atau tidak dapat membezakan lagi mana yang kecil dan mana yang besar. 

Memang dari perkara-perkara kecil jugalah biasanya timbul bahaya yang besar. Lihat saja bagaimana tiap tahun, orang yang mati dibunuh nyamuk lebih banyak daripada orang yang mati dibunuh singa. Penyakit yang berbahaya selalunya datang dari serangga kecil. Bahkan banjir besar juga datang dari setitik demi setitik air hujan.

Kata Hamka lagi, orang yang berakal itu sedar bahawa di antara akal dan nafsu, atau di antara fikiran dan hawa tidak akan ada persetujuan. Andai diturutkan kehendak nafsu, manis pangkal dan hambar hujungnya. Andai diturut kehendak akal, pahit pangkal tetapi manis hujungnya. Sebab itu orang-orang yang berakal lebih suka berpahit-pahit dahulu, bermanis-manis kemudian. Jika dihadapkan dengan suatu pekerjaan yang ragu-ragu atau jalan bersimpang yang belum dapat ditentukan, mereka seringkali menanyakan hati, mana yang lebih sesuai. Dan nafsunya itulah yang dijauhi. Namun, orang-orang yang berakal itu bukanlah mereka yang suci daripada dosa. Kerana kata Hamka, "bagaimana akan suci bersih gelanggang pertempuran hawa nafsu dan akal? Yang terdapat di sana ialah perjuangan."









Kadangkala tulisan-tulisan Buya Hamka sangat memberi sindiran halus buat sesiapa saja yang membaca. Umpama seorang ayah memberi nasihat buat anak-anaknya. Bagaimana tak terasa, kalau semua ciri-ciri orang yang berakal yang dinyatakan rasanya tak mampu lagi diri sendiri nak capai. Perempuan khususnya, selalu saja meletakkan emosi dan perasaan dalam membuat keputusan, baru berfikir. Hmmm, ingatkanlah saya bila saya terlupa >_<

"..but once I realized the problem was not you, but within me, I found inner peace. and was able to harness the flow of the universe." 
- Master Shifoo, Kungfu Panda II

Kalaulah ada benda yang kita nak ubah sebenarnya bukan orang lain, tapi perlu dan mesti bermula dengan diri sendiri kerana kita tidak akan pernah dapat mengubah orang lain. Bilamana kita berubah, orang lain akan turut sama sedikit demi sedikit berubah. Konsep `mengajar orang lain` hanya sesuai dibuat di dalam bilik darjah di sekolah. Dalam kehidupan seharian, bahkan dalam mendidik anak-anak, konsep `mengajak`, dan `kita buat sama-sama` adalah lebih baik. Kerana, seringkali orang lain akan lebih terinspirasi dan mencontohi apa yang  `dibuat` dan `dilihat` berbanding apa yang `dicakap`.

Dalam memperbaiki diri sendiri, sememangnya tidak akan ada titik pengakhirannya. Kita akan tetap menjadi orang yang belajar dan diajar baik melalui alam, manusia, dan persekitaran. Teruskanlah belajar. Practice makes permanent!


"Jangan buat orang rasa jahat dengan kebaikan kita. Jangan buat orang rasa kurang dengan kelebihan kita. Jangan buat orang rasa duka dengan gembiranya kita. Banyakkan mengajak, kurangkan mengajar. Biasakan menggalak, jauhi menyalah. Pilih cara positif, tinggal cara negatif." 
- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

arts

A letter to many people.

10:33 AM



"If flowers can teach themselves how to bloom after winter passes, so can you."



"I want to pick all the dead flowers growing in your heart
to take all the sadness away and plant lovely lilacs and roses
covering every inch of your soul to give you all the happiness
that someone as lovely as you deserves."


Not everything happens for a reason, but look for one anyway. If the world becomes too much, just close your eyes. The dead do not cry. Ignorant people may have something to teach you. It`s alright to fail. It`s noble to try. Reading is always the better option. Revenge is only sweet if you are. Telling someone how you feel will be the most important thing you do today. You have more choices than you`re aware of. People love you. People hate you. People don`t need a reason. You don`t need permission. When presented with self-doubt, find your favourite book. Everything is going to be fine. InsyaAllah.

:)

thoughts.

Unnoticed people are beautiful to those who notice them.

11:05 AM


Bismillah


"She was beautiful, in the quiet way that lonely."


I always admire people who draws silent attention. They doesn`t need to make a spectacle of themself to the world. But people will notice them without realizing. 


"You know when, sometimes you meet someone so beautiful, and then you actually talk to them and five minutes later, they’re as dull as a brick? Then there’s other people, and you meet them and you think, ‘Not bad; they’re okay.’ And then you get to know them, and their face sort of becomes them, like their personality is written all over it. And they just turn into something so beautiful."
- Doctor Who, Season 6, ep.10 

I guess, I will miss out a wonderful things if I judge people on appearance alone. Cause there`s so many people are shut up tight inside themselves like boxes, yet they would open up, unfolding quite wonderfully, if only we were interested in them. 




---
"when a sister believes that Allah loves her, she's different." - mufti menk

books

Kokoro.

8:37 PM

Bismillah



"Loneliness is the price we have to pay for being born in this modern age, so full of freedom, independence, and our own egoistical selves."


Membaca Kalbu umpama menyelusuri sendiri jiwa sunyi seorang Soseki Natsume. Karya beliau yang satu ini jelas menunjukkan kematangan dan `dalam` bentuk penulisannya, berbeza sekali dengan cerita Botchan yang lebih santai dan penuh dengan unsur kecindan. Namun, kedua-duanya sememangnya membawa mesej yang berguna buat pembaca.

Diterjemahkan daripada karya asal, Kokoro, yang menurut Thaiyibah Sulaiman dalam prakata buku tersebut;  "merupakan satu perkataan yang agak sukar untuk diterjemahkan. Dilihat dari sudut maksud tulisannya, kokoro itu bermakna `hati`, `pemikiran`, `perasaan`, `kalbu`, `niat` dan beberapa lagi makna yang lebih luas. Namun, `Kalbu` dirasakan paling hampir dengan maksud perkataan tersebut kerana ia membawa maksud yang lebih dalam daripada `hati` atau `perasaan`."

Persamaan kebanyakan karya-karya penulis Jepun seperti Haruki Murakami sendiri banyak menyentuh dan memberi gambaran realiti kepada pembaca bahawa arus  pemodenan tidak akan dapat mengisi kekosongan jiwa. Bahkan, ia sedikit demi sedikit melunturkan nilai kasih sayang, adab, budaya dan sopan santun sesebuah masyarakat sepertimana yang berlaku kepada negara Jepun hari ini. Dan dalam karya ini, penulis menggambarkan kesunyian watak utama, Sensei dalam mengharungi zaman pemodenan yang dianggapnya penuh dengan kebebasan, kemerdekaan dan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri.



(i)

Apa agaknya perasaan kita  tatkala menemukan orang asing yang cukup membuatkan kita tertarik untuk lebih mengenal diri mereka walaupun ianya hanya bermula dengan komunikasi singkat? Bagaimana agaknya kita tertarik dengan orang asing yang hakikatnya tidak berminat sekali untuk diajak berbicara, seorang yang berahsia dan tidak suka untuk berkawan rapat dengan orang lain apatah lagi diajak untuk bercerita perihal diri mereka? Mungkin kerana keindahan pemikiran yang jauh berbeza dengan pemikiran orang-orang kebanyakan membuatkan mereka sangat sesuai diajak berbicara. Dan mungkin, apabila wujud hubungan kejiwaan, itulah yang membuatkan kita lebih tertarik dengan mereka.  Ya, mungkin itulah sebabnya.

"...Sensei yang aku dampingi bukan disebabkan hiburan, mampu memberikan aku kepuasan intelektual sebagai seorang rakan. Mungkin aku tidak sepatutnya menggunakan perkataan `intelektual` kerana kedengaran seperti sesuatu yang dingin atau tidak dipengaruhi perasaan. Aku sepatutnya menyebut `kejiwaan` dan bukan `intelektual`."
- Aku; Aku dan Sensei - ms. 69 



(ii)

Apa agaknya perasaan kita tatkala kita hidup di zaman moden di mana segulung ijazah belum menentukan kita mampu mempunyai pekerjaan? Oh, rasanya yang satu ini kita faham benar rasanya bagaimana, kerana bukankah ini yang dialami oleh kebanyakan mahasiswa mahasiswi hari ini. Namun, apa agaknya pula perasaan kita apabila ibu bapa merasakan anak-anak semakin jauh apabila semakin tinggi pendidikan mereka? Mungkin itulah yang membuatkan seorang ayah menyuarakan;

"Kau tahu, ada baiknya dan tidak baiknya mempunyai anak yang terpelajar. Kita bersusah payah memberikan mereka pelajaran dan apabila mereka berjaya, mereka akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Malah kita boleh mengatakan bahawa pelajaran adalah satu cara untuk memisahkan anak daripada kedua-dua orang tuanya."
- Ayah; Aku dan orang tuaku - ms. 133 



(iii)

Apa agaknya perasaan kita tatkala orang yang kita sayangi, hormati dan percaya, ternyata merekalah pelakon terhebat yang hanya berbaik-baik dengan diri kita bukan kerana cinta tetapi kerana mahukan harta pusaka peninggalan orang tua? Ternyata, sekali kita dikhianati seseorang, kemungkinan ia membuatkan kita semakin sukar untuk mempercayai orang lain, kan?

"Aku tidak tahu sama ada kau benar-benar jujur. Disebabkan apa yang telah terjadi pada diriku, aku memandang setiap orang dengan sangsi. Sebenarnya, aku juga meraguimu. Ini mungkin kerana kau terlalu lurus. Sebelum aku mati aku mahu mempunyai seorang sahabat yang benar-benar boleh dipercayai. Aku tidak tahu sama ada kau orangnya. Adakah kau benar-benar jujur?"
- Sensei; Aku dan Sensei - ms. 95 



(iv)

Apakah agaknya perasaan kita tatkala pertama kali mengenal cinta? Dan apa sebenarnya yang membuatkan kita tertarik pada seseorang? Pasti, setiap orang ada jawapannya tersendiri, kan?


Sensei; Sensei dan Wasiatnya - ms. 216



(v)

Apa pula perasaan kita (lelaki) tatkala sahabat yang kita sayangi juga memiliki perasaan yang sama terhadap gadis yang kita cintai? Apakah pula perasaan kita sebagai seorang sahabat apabila sahabat yang kita percayai, yang mendengar luahan hati kita berkenaan gadis yang kita cintai, ternyata orang yang sama telah mengkhianati kita apabila dia terlebih dahulu bertemu orang tuanya dan melamar gadis yang kita cintai itu? Apakah kita, lelaki yang berjaya merampas kekasih sahabat layak untuk merasakan kejayaan atas pengkhianatan terhadap cinta sahabat sendiri?
"Melalui kepintaran aku telah menang. Tetapi sebagai seorang lelaki, aku telah kalah."
 - Sensei; Sensei dan Wasiatnya - ms.322




Mungkin, Sensei tidak akan dihantui dengan perasaan bersalah seumur hidupnya, seandainya dia jujur dalam menyatakan perasaan dan jujur dalam persahabatan. Namun, kadangkala sememangnya sukar untuk menyatakan kejujuran, kan? Apatah lagi jika ia melibatkan perasaan orang-orang yang kita sayangi. Tapi, kata Paulo Coelho; 'telling the truth and making someone cry is better than telling a lie and making someone smile.'



----
p.s: Ternyata cerita yang menarik tak semestinya kena guna bahasa yang cool dan terkini. ;)

sharing-is-caring

"He is a famous person, but he was a lonely person."

8:36 PM

*Originally written by Ayaka Ohara


Natsume Soseki is one of the famous people who lived in Meiji period. He was a novelist, critic and a scholar of English literature. He made a lot of works which connect to loneliness, for he had a lonely childhood.“Loneliness” is the key of Soseki’s works. The loneliness came from his childhood experiences, inferiority in himself and opposition to modernization.

There is a nice sentence which Soseki translated which is favored among fashionable or intelligent people. When he was a teacher, one day in his class, he translated “I love you” into “Tsuki ga Kirei desune” which normally means “The moon is beautiful” after he heard a student translate “I love you” literally into “Ware Kimi wo Aisu”. He said it was enough to communicate your feeling because he was a person in Meiji period when feeling (Jou) was common rather than love (Ai). That is why he thought the direct sentence “Ware Kimi wo Aisu” was not practical and did not meet Japanese sensibility, so he regarded it as better to communicate with Japanese lyrical way which connects with former sentence. It is very natural that he translated this way because he was very smart and he did not like unfashionable things. The reason why he translated into such a nice sentence is that his experiences were different from others, which gave him unique ideas. The sentence “Tsuki ga Kirei desune” (The moon is beautiful) is often used to communicate love by today’s people. They favor the sentence because it is like a kind of secret sign and they think it is more tasteful than using “Ai shiteru” directly.

Natsume Soseki was a representative person in Meiji period. Nobody doubts he was an educated and intelligent person in modern Japan. He is a famous person, but he was a lonely person. He influenced society with his study and sensibility. He contributed to society for giving new idea. However he was negative about modernization and himself. The negative thought made his works interesting. All his experiences helped him to get unique idea and good sense. Even his lonely childhood was not unnecessary.








The moon is beautiful, isn`t it?

rants.

"Ketidaktahuan itu indah."

1:48 AM

Bismillah


Mungkin hidup ini akan lebih mudah andai kita tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Tahu tentang bagaimana kehidupan kita nanti, tahu tentang apa yang bakal terjadi suatu hari nanti, tahu berapa banyak rezeki yang kita perolehi, tahu dengan siapa kita membina kehidupan nanti, tahu tentang apa-apa saja. Maka kita tidak perlulah hidup dalam ketidakpastian dan ketidaktahuan seperti diri kita sekarang. Yang pasti, kita hanya perlu melewati setiap perjalanan kehidupan untuk sampai kepada setiap perkara yang telah kita ketahui itu. 

Namun, hidup tidak akan semudah itu, kan? Seandainya kita tahu akan setiap perkara di masa hadapan, maka tiadalah orang-orang yang berusaha, tiadalah orang-orang belajar dan mengambil pelajaran dan semestinya tiadalah perjuangan dalam hidup ini. Kata Salim A. Fillah, ketidaktahuan itulah yang membuat hidup kita lebih indah. Ia membuatkan kita sentiasa berdoa yang terbaik, berniat yang terbaik, berupaya yang  terbaik, bertawakkal yang terbaik, bersyukur dan sabar yang terbaik.

Maka, teruskanlah melangkah dengan ketidaktahuan ini. Teruslah melakukan setiap perkara dengan usaha dan tawakal yang terbaik. Kerana satu hal yang pasti, setiap langkah kaki kita adalah dalam aturan Allah, dan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Dia tidak akan pernah membawa langkah kita kepada sesuatu sia-sia. Yang indah adalah rezeki dariNya, dan yang buruk itu hanyalah pelajaran dariNya. 

Dan yakinlah, bahawa setiap orang yang mempunyai tujuan yang sama, Allah pasti akan mempertemukan mereka pada jalan sama. Dan Dia juga akan mempertemukan kita dengan orang-orang yang memiliki niat yang sama. Asal kita sentiasa memperbaiki niat. Kerana niat yang baik akan mempertemukan kita dengan orang berniat baik juga.




---
Jika Engkau menguji kami dengan banyaknya pilihan, maka jadikan nurani kami mampu mendengar petunjuk-Mu bahwa hanya ada satu yang layak dituju, bukan dipilih, Jika Engkau menguji kami dengan waktu, maka jadikan kesabaran kami memiliki batas yang lebih panjang dari waktu yang Engkau berikan. 

Allahumma ameen.

books

Love lesson.

12:38 AM




twmorrie; pg.52




i.



"I hope I didn`t remind you of anyone."

"You never remind me of anyone. You just remind me of love."


"What does love look like?"


"Like everything I`ve ever lost come back to me."








ii.



"I always afraid of love. Because I always afraid of attachment."

"You know, most people are just like you. They always confuse between `attachment` and `love` which  actually are two different thing."


"What do you mean by that?"


"Attachment is about fear and dependency, and has more to do with love of self than love of another. Love without attachment is the purest love because it isn`t about what others can give you because you`re empty. It is about what you can give others because you`re already full."








iii.

"Everyone says that love hurts, but that`s not true. Loneliness hurts. Rejection hurts. Losing someone hurts. Everyone confuse these things with love but reality, love is the only thing in this world that covers up all the pain and make us feel wonderful again."








iv.

"Love is the art of removing `y` from yours; the art of creating ours."






twmorrie; pg 40




Some people may not always tell you how they feel about you cause sometimes words are not enough to explain about it. Maybe if they love you less, it`ll be easier to talk about it. 

sharing-is-caring

Bulan purnama dan kita; Tere liye.

1:46 AM


Sebenarnya bulan tidak memiliki cahaya. Tapi kenapa agaknya ia tetap bersinar indah?
Ternyata ia memantulkan cahaya dari benda lain.

Jadi, jangan cemas jika kita berasa tidak memiliki cahaya sendiri. Jangan pernah berasa rendah diri. Pantulkan saja cahaya dari orang lain, maka kita akan ikut bersinar indah.

Seperti memiliki teman-teman yang baik dan saling menasihati. Pantulkan saja nasihatnya, walau hanya dengan copy atau share. Seperti memiliki teman-teman yang pandai dan rajin. Pantulkan saja  kepandaian dan kerajinannya. Kelak, kita sendiri akan memiliki cahaya tersebut.




Dan, kenapa pula agaknya purnama itu boleh kelihatan elok? 
Ternyata ia memantulkan cahaya matahari di malam yang justeru gelap.


Selalu begitu.

:)

captures

Keramaian belum tentu mampu menghilangkan kesunyian.

1:23 AM

Bismillah



musafir; studio.

Langit ciptaan Tuhan memang indah, kan? Cuma orang-orang di bawahnya sahaja yang kelihatan sedih dan berseorangan. Dan di tengah ibu kota yang haru biru, dengan kenderaan dan pembangunan, masih tetap ada yang merasakan kesunyian. 

Mungkin kita antara orang-orang yang mencintai kesunyian. Mungkin kita sendiri memilih untuk bersendiri. Atau mungkin, Allah memang sengaja meletakkan kita dalam kesunyian, kerana Dia hanya mahu kita berdua-duan denganNya. Yang saya tahu, sekuat-kuat manapun hati seorang insan, mana mungkin mereka bertahan hidup dalam berseorangan (di dunia). kan? 



 Ada pepatah Arab menyatakan, 

"قرب الوساد، طول السواد".
"cinta selalu hadir kerana dekatnya fizik, dan panjangnya interaksi."


Mungkin dengan kesunyian ini, kita akan lebih memanjangnya bualan denganNya, lebih menumbuhkan cinta kepadaNya. Dan saya percaya, seperti yang pernah dikatakan oleh Kak Umairah; yang mencintai kita, akan suka mendengarkan kita. Bukankah Dia as-Sami' (Maha Mendengar) dan al-Wadud (Maha Mencintai)?








Kesayangan jiwa, selamat menikmati kesunyian.
Berdua-duaan denganNya.