books

Dan buku Murakami pun dihipsterkan.

6:41 AM

Bismillah



"Everyone has their own color. Did you know that?"
"No, I didn't."
"Each individual has their own unique color, which shines faintly around the contours of their body. Like a halo. Or a backlight.  I`m able to see those colors clearly."

Saya suka bagaimana Murakami menggunakan warna sebagai perumpamaan kepada personaliti manusia dalam novel ini.  Seperti warna yang berbeza, begitulah setiap manusia di atas muka bumi ini diciptakan, saling memiliki perbezaan antara satu sama lain. Walaupun warna kulit dan rambut kita sama, kita sesama adik-beradik bahkan kembar sekalipun tetap memiliki personaliti dan sikap yang berbeza. Berbanding novel-novel Murakami yang lain, saya rasa novel ini antara yang lebih normal dan boleh diterima jalan ceritanya kerana kebiasaannya novel Murakami sering menggunakan teknik penceritaan yang agak pelik dan tidak masuk akal. Walaubagaimanapun, bentuk pengakhiran yang tak-happy-ending-macam-yang-awak-harapkan tetap dikekalkan dalam buku ini hingga menyebabkan ramai yang membacanya agak kecewa dengan pengakhiran jalan cerita. Yang pasti, seperti  itulah Murakami, dia akan tulis cerita ikut suka dia tanpa mahu menyedapkan hati pembaca dengan memberikan happy ending yang diharapkan. Hahaha, seriyes. Dan mungkin sebab itulah saya suka dengan karya-karya beliau hingga hari ini, cause being rare is unique, I guess. ;)

Yang pasti, apa yang cuba dibawa oleh Murakami dalam setiap penulisannya adalah membawa pembaca menghayati seluruh perjalanan cerita yang seringkali diselitkan dengan  quote menarik yang kadangkala buat kau  rasa macam 'sangatlah-ada-kaitan-dengan-hidup-aku', if you know what I mean.


Saya tak bercadang untuk membuat review  buku ini kerana tak nak spoilkan cerita.  Tapi kalau nak tahu lebih bolehlah selongkar alam maya dan tanya pak cik Google sendiri. Apa yang paling menarik pada novel Murakami ini adalah buat pertama kalinya beliau  memberi peluang kepada pembaca untuk decorate sendiri cover buku dengan sticker yang diselitkan pada halaman pertama buku tersebut. Sebelum ini saya tak tahu pun fungsi sticker yang diberi namun apabila terbaca satu artikel berkaitan buku ini semalam, barulah saya tahu bahawa ia digunakan untuk menghipsterkan cover novel tersebut bersesuaian dengan maksud perkataan "Tsukuru" yang dijadikan tema bagi novel ini  iaitu "to make" atau "build". Dan dalam cerita tersebut watak Tsukuru Tazaki sendiri itu merupakan seorang pereka stesen kereta api yang bagi saya sangat menarik kerana Murakami cuba untuk meletakkan perumpamaan-perumpamaan yang deep melibatkan stesen kereta api.

“It's no different from building stations. If something is important enough, a little mistake isn't going to ruin it all, or make it vanish. It might not be perfect, but the first step is actually building the station. Right? Otherwise trains won't stop there. And you can't meet the person who means so much to you. If you find some defect, you can adjust it later, as needed. First things first. Build the station. A special station just for her. The kind of station where trains want to stop, even if they have no reason to do so. Imagine that kind of station, and give it actual color and shape. Write your name on the foundation with a nail, and breathe life into it.” 





“Look at yourself as a color. You may not be everybody’s favorite color but believe me, one day you will meet someone who needs you to complete their picture” 

---
“What really knocks me out is a book that, when you’re all done reading it, you wish the author that wrote it was a terrific friend of yours and you could call him up on the phone whenever you felt like it." Dan apa agaknya reaksi Murakami bila tengok buku dia yang saya telah hipsterkan tu? Semestinya dia rasa saya dah me'rosak'kan buku dia.  :D

tulisan

Me me she.

7:04 AM


Kisah pendek anak-anak muda.

"Sebelum berpisah hari tu, sempat juga jumpa dia."


"So, apa kata-kata terakhir."


"Kata kat dia, hmmm, "kahwin nanti jangan lupa jemput." Tu je. Hahaha."


"Sedih lagi ke?"


"Taklah, lama dah move on."


"Ye ke? Bukan selalu stalk dia ke?"


"Bukan stalk okay. Research. Nak tengok sejauh mana dia boleh move on dulu dari aku. Tu je."


"So, apa dapatan kajiannya. Dah macam buat lab research pula."


"Dia happy dengan hidup dia. Okay la tu."


"Di luar mungkin happy, dalam hati siapa tahu. Lelaki ni kadang diorang tak akan tunjuk frust diorang kat orang lain."


"Kau macam tahu-tahu je kan."


"Of course la. Aku lelaki kot."


"Oh-kay. Hahaha. Tapi seriyes. Dia okay je. He`s already happy with someone else. But never mind. Aku selalu doakan kebahagiaan dia."


"Good to hear that. You know, kadang bukan semua orang yang hadir dalam hidup kita ni are meant to be in our life forever. Some of them are just passing through. Mungkin, just to give us a lesson.  Macam kata Wani Ardy, ada masa Tuhan buat kita jatuh cinta bukan untuk sampai ke penghujungnya tapi untuk menimba pengalamannya. But, kau tak payah risaulah. Banyak lagi orang yang lebih baik dari dia."


"Kau pun baca buku Langit Vanilla juga heh. Jiwang juga kau ni kan. Hahaha. Tapi bro, bagi aku setiap yang  hadir dalam hidup aku are meant to stay forever. Cuma bezanya, stay as a friend, a lover or stay as a memory. Aku tak suka benci orang okay. Apa yang terjadi sekalipun diorang tetap member aku sampai bila-bila. Anyway, thanks for the words. I`ll keep it in mind. Okaylah. Aku lewat dah ni. Nanti kita sembang deep lagi. And don`t forget, doakan aku jumpa juga orang lebih baik yang kau kata tu. Hahaha."


"I will.
































....and I hope that person is me."









---
Satu quote tu kata, people may not always tell you how they feel about you, but they will always show you. Pay attention. Sebab bukan semua orang pandai mengekspresikan rasa. Dan kadang, ada yang lebih suka membiarkan rasa  berbicara di hati. Mungkin cukup hanya Dia dan diri mereka sahaja yang rasa dan mengerti. Apa-apapun, ini cuma kisah pendek anak-anak muda. 

captures

Remember.

11:58 AM


Just smile. :)

"When I come to the end of my journey
And I travel my last weary mile
Just forget if you can, that I ever frowned
And remember only the smile
 
Forget unkind words I have spoken
Remember some good I have done
Forget that I ever had heartache
And remember I've had loads of fun
 
Forget that I've stumbled and blundered
And sometimes fell by the way
Remember I have fought some hard battles
And won, ere the close of the day
 
Then forget to grieve for my going
I would not have you sad for a day
But in summer just gather some flowers
And remember the place where I lay
 
And come in the shade of evening
When the sun paints the sky in the west
Stand for a few moments beside me
And remember only my best."



---
Kebahagiaan dan kesedihan akan selalu hadir silih berganti. Namun percayalah, semuanya akan berlalu. Maka, tetaplah menjadi seseorang yang bila bahagia tidak terlalu berlebihan dan bila bersedih juga tidak terlalu berlebihan, kerana semua itu akan berlalu. Tapi kalau tak mampu, tak apa, kita kan boleh 'bergotong-royong.' :)

captures

Home.

3:39 AM


"We are always 'home.'"


“Why do you go away?"   
"So that I can come back. So that I can see the place I came from with new eyes and extra colors. And the people there see me differently, too. Coming back to where I`m started is not the same as never leaving, you know. "



Setiap orang mempunyai makna  kegembiraan dan kebahagiaan masing-masing. Mungkin dengan memiliki barang yang mahal, meluangkan masa dengan orang yang tersayang, atau mungkin melakukan sesuatu yang mereka suka. Apa-apa saja yang mampu membuatkan mereka gembira. Satu hal yang pasti, wang tidak akan mampu membeli kebahagiaan. Bahkan kadangkala kegembiraan juga tidak selalunya diperolehi daripada hal-hal yang besar. Namun cukuplah jika  kita belajar menghargai perkara-perkara kecil dalam kehidupan seperti secawan kopi yang sedap, ataupun sekuntum bunga yang mengeluarkan bau harum, atau mungkin juga senyuman seseorang yang tidak dikenali yang bertembung di bahu jalan yang kita lalui setiap hari. Dunia ini hakikatnya penuh dengan liku-liku tak berpenghujung. Kadang ada ketakutan, ada kesedihan. Jika kita selami ia sedalam-dalamnya segala perkara negatif bahkan setiap kesedihan yang kita lalui juga sebenarnya adalah perkara-perkara terindah yang kita temui selama ini. Yang membawa kita menjadi lebih dewasa. Lebih memahami akan makna sebenar kehidupan. 




 "...the real value of a real education, which has almost nothing to do with knowledge, and everything to do with simple awareness; awareness of what is so real and essential, so hidden in plain sight all around us, all the time..."







"Everyone wants to live on the top of the mountain, but all the happiness and growth occurs while you`re climbing it."


Thanks for the memories. 
June 28,2010 - Sept.18, 2015




---
In the end, people traveled the world, only to realize that nothing can replace the comfort of our bed back at home. :)

captures

"Let our scars fall in love."

10:05 PM




i.

Suatu hari dari hari-hari yang biasa;

"Kalau saya tanya awak satu soalan, awak jawab dengan jujur okay?"
"Okay. Soalan apa ya?"
"Hmmm, agak-agak kriteria calon suami awak nanti, awak nak orang yang bagaimana?"
"Peliknya soalan. Hahaha. Yang pasti, orang selalu kata jodoh kita adalah cerminan diri kita. So, besar kemungkinan jodoh saya nanti ialah lelaki bodoh yang selalu lapar."
"Hah?"
"Maksud saya, biar sama macam perangai saya. Sama-sama bodoh, supaya kami boleh sama-sama belajar.  Belajar buat sambal enak, macam mana nak tanam kaktus dan jadi orang tua yang hebat. Perrrgghhh. Lepas tu, biar sama-sama 'selalu lapar' supaya nanti senang sama-sama 'cari makan'. Yes, that`s it."
"Kenapa  pelik sangat?"
"Sebab saya ni orang biasa-biasa saja, okay!"
-_-



Seperti Satriamaulana ketika ditanyakan oleh seorang anonimes beliau tentang, "..kriteria calon istrinya bagaimana?", sesiapa pun akan malu-malu sendiri bila diminta untuk menyenaraikan kriteria 'calon-suami/isteri-idaman-dunia-akhirat awak bagaimana?' Seriyes. Sebab selalunya, kriteria hanya menjadi kriteria apabila waktuNya tiba. Dan jatuh cinta itu seringkali diluar rencana. Terjadi, maka terjadilah. Hmmm. 






ii.







Seperti halnya dalam memilih pasangan hidup, bukan keindahan wajah. kekayaan, kuasa mahupun kebijaksanaan yang perlu dipertimbangkan dalam memilih orang yang tepat. Bukan tidak boleh, boleh. Tetapi yang lebih perlu diutamakan, yang paling kalian redha agama dan akhlaknya.

Apabila membicarakan tentang akhlak, sememangnya tidak ada tolok ukuran atau standard akhlak yang tetap. Namun sentiasa ada cara untuk kita boleh “menilai” akhlak seseorang, iaitu melalui bagaimana dia berinteraksi dengan (1) orang tua dan keluarganya, (2) tetangga dan teman-temannya, (3) orang yang pernah berurusan dengannya, dan (4) orang yang pernah berperkara atau bermasalah dengannya. Selain itu, lihatlah bagaimana dia menjalani kehidupan sehariannya, bagaimana dia beribadah–baik kepada Allah mahupun sesama manusia.

Seringkali orang-orang tua berpesan, dalam melihat dan mengenali seseorang perlulah selalu berhati-hati dalam memberikan penilaian. Kadangkala tidak semua yang tampak di 'permukaan' adalah seperti yang ada di 'dalam' sepertimana ibadah yang dilakukan pada zahirnya belum tentu dilakukan jiwa, apatah lagi hatinya.Namun, percaya atau tidak, seringkali diri kita sendiri adalah cerminan kepada pasangan kita sendiri. Maka, bermulalah dengan diri sendiri dahulu.






iii.


Sesiapa pun jika ditanya tentang kriteria pasangan yang diinginkan semestinya memilih yang baik-baik sahaja. Namun, sebagai insan perlu diingat bahawa setiap kita makhluk yang lemah dan hakikatnya tiada yang benar-benar sempurna. Andai mahu mencari yang akhlaknya sempurna, mungkin hanya Rasulullah s.a.w. sahaja memilikinya. Maka adalah lebih 'membumi' jika kita meletakkan ketidaksempurnaan seseorang itu mendahului kesempurnaan mereka. Maksud saya, insan yang memiliki ketidaksempurnaan yang sempurna bagi diri kita. Barulah wujud proses saling melengkapi, saling mengajar dan diajar dalam sesebuah ikatan pernikahan.











Lazimlah apabila usia meningkat dewasa persoalan-persoalan berkaitan pernikahan dan rumahtangga adalah soalan yang akan ditanya oleh sesiapapun. Tapi tak perlulah nak ambil hati sangat kerana kadang niat mereka bukan mahu menjatuhkan atau memerli, jauh sekali. Jika ditanya berkenaan perkara-perkara masa hadapan yang kita sendiri tidak punya pengetahuan tentangnya kadangkala lebih baik senyap dan biarlah mereka dengan sangkaan-sangkaan mereka. Selebihnya, biarkanlah masa dan waktu yang memberikan jawapannya.




"In a marriage, one should forget about falling in love. Falling is never a good thing. Love as we know it (from our romantic notions) is simply another word for physical attraction. It lasts usually for a couple of years and then starts to decrease. Since you want your marriage to last a lot longer than that, it is a good idea to focus on respect which will grow into love. Not falling into but growing into. What does that mean? It means that 25 years after you have been married every time you look at your spouse you fall in love all over again. Growing in love means evolving a common language of looks, signals and words that only you two can understand. It is almost magical to see it work. I wish it for all those who read this. That is heaven on earth. So it is respect, honor and dignity that result in love. This love is where your spouse will stand up for you and defend you, never laugh at you in public, be considerate of your faults and hide them and be focused on the many good things that you bring to the marriage. This love means that she/he will not complain about the difficulties that may happen along the way but will work with you to overcome them and stand in the night and cry before Allah and ask for His intervention. This is the person who will never leave your side as long as you live and will pray for your forgiveness when you are gone. In my experience this is the only person who you can rely on to do it, for all others will forget after a while."


---
Catatlah apa-apa ilmu dan pengetahuan yang dirasakan berguna. Jikalau bukan sekarang, mungkin bergunanya ia pada masa hadapan.

captures

"So tell me your story, I`ll listen."

8:25 PM

Bismillah




"Bukan semua tulisan kita orang akan  faham, kan?"  

"Em. Kadang tulisan  bukan untuk difahami, tapi untuk dirasa." 


"Kalau orang tak faham, macam mana diorang nak rasa?" 


"Itu maksudnya, diorang belum  melaluinya."







Akan ada satu ketika bila mana saya sendiri rasa down, tentang apa saja, maka mulalah menyelongkar alam maya, membuka buku dan membaca tulisan-tulisan lama, mencari semula rasa-rasa dan semangat-semangat yang hilang. Kebanyakan tulisan-tulisan itu akan mengingatkan saya semula tentang bagaimana perasaan saya semasa menuliskannya; gembira, tenang, rindu dan apa-apa saja. Boleh jadi kan, setiap tulisan-tulisan kita yang diilhamkan Tuhan  itu bukanlah sekadar untuk dibaca, dikongsi dan menjadi tatapan buat orang lain, tapi lebih lagi, Tuhan sengaja memberikan ilham itu buat diri kita sendiri; agar kita yang lebih mengingat, memahami dan memaknakannya.







"Tulislah, meski sekurang-kurangnya sekitar kejadian yang berlaku pada diri kita. pada waktu ini, ia mungkin tidak penting. Namun, mungkin akan digunakan pada seratus tahun akan datang. dan dengan menulis, kita hakikatnya mengekalkan pemikiran kita"


---
"It’s important that we share our experiences with other people. Your story will heal you, and your story will heal somebody else. When you tell your story you free yourself, and you give other people permission to acknowledge their story as well."

captures

Little things.

6:46 AM


Smile, it looks good on you. :)

"I can't give solutions to all life problems, doubts, or fears. But I can listen to you, and together we'll search for answers. I can't change your past with all its heartache and pain, nor the future with its untold stories. But I can be there now when you need me to care.I can't keep your feet from stumbling. I can only offer my hand that you may grasp and not fall. Your joys, triumphs, successes, and happiness are not mine. Yet I can share in your laughter. Your decisions in life aren't mine to make, nor to judge. I can only support you, encourage you, and help you when you ask. I can't prevent you from falling away from friendships, from your values, from me. I can only pray for you, talk to you and wait for you. I can't keep your heart from breaking and hurting. But I can cry with you, help you pick up the pieces and put them back in place. I can't tell you who you are. I can only love you and be your friend."




Somewhere between September and December, I always have my own special month called remember.



---
My neighbor roomate Totoro ;)