kawan-kawan-hipster-kita

If you`ve met.

2:29 AM




source: tumblr





Why are you staring at me?” she’d ask. 



“‘Cause you’re pretty,” I’d reply. 



“You’re the first one who’s ever said that.” 



“I’m the only one who knows,” I’d tell her. “And believe me, I know.”










***
There are some people who enter your life like gems. These are the real diamonds. They have no ulterior motives, no inferiority complex, no superiority complex, no need to prove that they are better than you, or seek to have more than you. They don’t feel entitled and aren’t needy or dependent. They are not superficial or fake. They remind you of God and they understand you, when no other person does. They don’t wear a mask with you or pretend to be perfect. They are just real with you and honestly and sincerely only want good for you. You feel you can tell them anything without worrying that they will judge you or put you down for being imperfect. They know your flaws, but love you anyway. And they are loyal. You know they’ll be there for you. They'll always have your back. And best of all, time and distance doesn’t change this.   

If you’ve met even one person in your entire life like this, you’re blessed. 

- If you`ve met; Yasmin Mogahed.










You`re beautiful.
Deep in.

:)

captures

Because the simple things in life seem more meaningful.

1:59 AM









"I want to live simply. I want to sit by the window when it rains and read books while drinking tea, books that I'll never be tested on. I want to paint and draw and take the subjects that I love because I want to, not because I've got something to prove or because society doesn't regard them highly. I want to live in the moment and enjoy each day as it comes carrying with it it's unexpectedness and fully love what it brings. Not taking for granted what it was but expressing gratitude  for what it is. I want to listen to my body fall asleep, waking up slowly with no place to rush off to. I want not to be governed by money or clocks or any of the artificial restraints that humanity imposes on itself. I want to be boundless. I want to be infinite. Because the simple things in life seem more meaningful." - cv.





Nikmat kehidupan tidak semestinya dirasai pada perkara-perkara yang besar. Kadangkala, ia lebih dirasai pada perkara-perkara yang kecil atau remeh bagi orang lain. Belajarlah meletakkan kecintaan pada perkara-perkara yang sederhana.Semakin sederhana, semakin nikmat hidup ini.


books

Diam itu adalah lebih baik.

1:03 AM



Kadangkala kita sememangnya perlu menimbulkan isu untuk dibahaskan, agar kebenaran sesuatu perkara dapat dizahirkan. Kebiasaannya seseorang individu itu cenderung untuk menolak dan membenci sesuatu perkara apabila mereka `tidak tahu`. Maka, bagi mereka yang mengetahui akan kebenaran sesuatu perkara perlulah menyampaikan kepada yang tidak tahu secara berhikmah.

Namun, seandainya menegakkan kebenaran hanya membawa kepada pertelingkahan dan perbalahan, maka diam itu adalah lebih baik. Guru saya pernah berpesan,"Sampaikanlah kebenaran pada masa yang benar, tempat yang benar dan orang-orang yang benar." Kesilapan yang dilakukan sesetengah pihak apabila cuba menegakkan kebenaran dan hujah tanpa memikirkan kesesuaian keadaan yang melibatkan ketiga-tiga perkara tersebut hingga akhirnya menimbulkan perbalahan dan permusuhan.



m.s 53; Beginilah Rasulullah Mengajari Kami.



Menyelusuri kisah-kisah Rasulullah s.a.w. ketika menyampaikan dakwah cukup mempamerkan keindahan akhlak dan jiwa Baginda yang penuh dengan kecintaan. Nabi memerangi kejahilan bukan dengan emosi namun cinta. Banyak sirah-sirah yang menceritakan bagaimana Nabi tetap menyebarkan cinta walaupun pada orang-orang yang memusuhinya. Keindahan sifat Nabi inilah yang diceritakan oleh Syeikh Abdullah Bin Bayyah berkenaan sifat orang yang berilmu. Kata beliau;

"Orang yang berilmu itu sifatnya pemadam kebakaran. Tugasnya adalah memadamkan api, bukan menyalakannya."
Maka tidak cukup sekiranya kita hanya mempunyai ilmu tetapi perlu juga memiliki sifat orang yang berilmu iaitu sabar dan tidak terbawa-bawa dengan emosi ketika berhadapan dengan kejahilan. Barulah kebenaran akan tersebar bukan dengan mata pedang tetapi cinta dan kasih sayang.






writes.

Bahasa Tuhan.

3:43 PM




Kata-kata bukanlahlah satu-satunya cara untuk dua jiwa memahami. Bukan suku kata yang datang dari bibir dan lidah yang menyatukan dua hati. Ada sesuatu yang lebih besar dan tulus daripada apa yang dilafazkan bibir. Kesunyian mencerahkan jiwa kita, membisik kepada hati kita dan menyatukan kita bersama. Kesunyian memisahkan kita dari diri kita, dan akan membawa kita belayar ke cakerawala jiwa dan mendekatkan kita pada syurga.
- ms.23: Sayap-Sayap Patah





Sunyi itu adalah bahasa Tuhan yang hanya mampu difahami oleh mereka yang punya rasa pada qalb. 




"Keberadaan Allah dengan diri kita dirasai dengan jiwa. Jauh atau dekat, bukan diukur pada jarak. Tetapi rasa."  - abi




 Adakah kita sudah cukup mendengarnya merasakannya?

musafir

untuk-diri-sendiri.

1:06 PM



Bila kau temukan ruang dan peluang untuk mengumpul pengalaman, jangan sesekali lepaskan. Kehidupan ini terlalu singkat maka hidupkanlah ia dengan `hidup`. Jangan hanya berdiri di satu tempat. Berjalanlah dan lihatlah  kehidupan dari sudut yang pelbagai. Jangan hanya belajar satu ilmu. Belajarlah pelbagai ilmu dan kemahiran. Jangan sia-siakan bakat yang ada. Mungkin bakat yang kau miliki yang akan mengubah dunia. Jangan pernah takut untuk tampil ke hadapan. Mungkin suara kau yang akan mengubah pemikiran manusia.





Kumpullah seribu pengalaman, agar nanti tidaklah menjadi orang tua yang membosankan.







KKIA.
140614;2045.




---
G9D1PP; BKI ---> KUL

captures

Tidak salah untuk berbicara tentang cinta. Kerana dunia sudah semakin kehilangannya.

3:19 AM



"Ketahuilah bahawa Allah yang menjadikan matahari dan memberinya cahaya. Allah yang menjadikan bunga dan memberinya wangi. Allah yang menjadikan tubuh dan memberinya nyawa. Allah yang menjadikan mata dan memberinya penglihatan. Maka Allah juga yang menjadikan hati dan memberinya cinta."
- ms. 51; Hamka. 




Seandainya yang mencantikkan lukisan adalah warna,
maka yang mengindahkan dunia adalah cinta.


Maka seandainya Kau mengurniakan kami dengan perasaan cinta,
berikanlah kami cinta yang mampu membuatkan kami lebih mencintaiMu,
dan jauhkanlah kami daripada cinta yang membuatkan kami syirik kepadaMu.




"Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat." - Buya Hamka.




...dan cinta boleh buat dua benda;  sama ada menghilangkan  diri kita, atau kembali  menemukan; siapa kita? Hanya dengan cinta Illahi, membawa kita mengenal hakikat diri yang sebenar.




Dari Dia ia hadir, kepada Dia juga ia dikembalikan.

rants.

Human.

3:47 AM





No matter how perfect you see a person is, that person has flaws.
Human will be human. Flaws are inevitable.


---
I am not an angel, and I will not be one till I die. I will be myself.

writes.

Untuk kau yang bernama perempuan.

3:29 AM


"Penyair dan penulis mencuba untuk memahami hati seorang wanita, tapi hingga hari ini, mereka belum memahami rahsia tersembunyi hatinya, kerana mereka melihat dia dari belakang tabir seksual dan melihat hanya di permukaan; dan menemui hanya kelemahan dan penyerahan" 
- ms. 62; Kahlil Gibran.






Untuk kau yang bernama perempuan,
binalah satu tembok  besar pada hatimu,
jangan biar ia mudah ditembusi sesiapa,
kelak kau merana dan sengsara.


Untuk kau yang bernama perempuan,
binalah sebuah jiwa yang besar,
jangan tewas dalam perang perasaan,
kelak ia menjadi racun kehidupan.


Untuk kau yang bernama perempuan,
binalah `solehah` dalam dirimu,
itulah yang dinilai oleh Tuhanmu,
kelak kaulah perempuan kesayangan Tuhan.


090614;0313





"Wanita yang telah dianugerahkan Tuhan dengan keindahan jiwa dan jasad adalah kebenaran yang terbuka dan yang rahsia, yang hanya boleh kita fahami melalui cinta dan sentuh dengan kemuliaan tapi bila kita cuba untuk menggambarkan wanita itu, dia akan hilang seperti asap"
- m.s 17; Kahlil Gibran. 


rants.

Love all, trust few.

10:01 PM


The older you get, the more you realise that everyone has their own agenda.
You`ll know more people but would have fewer people you can fully trust.


---
"Berkawanlah dengan semua orang, tapi jangan mudah percaya dengan semua orang" - ibu

thoughts.

Kerana kita adalah golongan yang mengaku mencintai Allah.

4:29 AM


Kehidupan di dunia ini adalah suatu perjalanan. Setiap manusia berjalan mengikut jadualNya. Dan dalam perjalanan itu kita akan diuji . Seandainya kita mencari tempat untuk berehat, maka tempatnya bukan di dunia.


Setiap ujian yang hadir dalam hidup seorang insan itu adalah dalam bentuk nikmat dan kesusahan. Allah boleh saja menguji hambanya sama ada secara `direct` (diri mereka sendiri) atau melalui orang-orang yang ada di sekeliling mereka. Ketahuilah bahawa setiap ujian itu bergantung kepada sejauh mana cinta mereka kepadaNya. Oleh itu, ujian setiap insan itu berbeza.


Kita adalah golongan yang mengaku bahawa kita mencintai Allah, maka Allah akan uji dan terus menguji sejauh mana kecintaan kita kepadaNya. Sebagaimana para sahabat di zaman Rasulullah yang mengakui bahawa mereka mencintai Rasulullah, lantas Allah menguji ungkapan cinta mereka dengan perintah berhijrah, meninggalkan keluarga bahkan kesenangan dan kemewahan hidup. Akhirnya, hanya mereka yang benar-benar tulus mencintai Rasulullah yang kekal bersama Baginda. Sementara yang lain, menjadi golongan yang tertinggal dan meninggalkan Rasulullah.
Seberat apa pun ujian yang diberikan, yakinlah bahawa disebalik setiap ujian akan ada pertolongan. Kerana Dia adalah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

little things.

Live.

3:26 AM










Dear stranger, 
live your life to the fullest and enjoy all the adventures you find along the way. Embrace every day of your life just for being alive and remember that you are never alone. If you feel lonely, go grab a book to read. If you do, you might just able to get some wonderful inspiration. Trust me. You are lovely and you are loved.
- from; another stranger

little things.

Booster.

2:55 AM







"Memiliki kekurangan adalah baik untuk melahirkan sifat kerendahan diri. Namun jangan biarkan kekurangan itu menyebabkan diri direndahkan oleh orang lain. Sinarkan kelebihan-kelebihan yang dikurniakan Allah sehingga benar-benar terpancar. Nescaya kekurangan dirimu terlindung indah bagaikan bulan yang disinari matahari. Jangan merugikan masa merintih kekurangan diri, tapi merintihlah pada Allah agar segala kelebihan yang ada dapat bersinar memberi manfaat kepada manusia lain."
- Murobbi.






Moga Allah sentiasa menyatukan rohani kita. Terima kasih :)