excerpt

Happiness is objective not subjective.

2:48 AM

Bismillah


Pinterest.

Kita seringkali terdidik akan sudut pandang kehidupan bahawa kegembiraan itu sesuatu yang bersifat subjektif. Dalam erti kata lain, setiap manusia memiliki makna kegembiraan masing-masing, ingin menjadi orang yang berjaya misalnya. Persoalannya berapa ramai manusia hari ini yang memiliki kejayaan dan merasai kebahagiaan? Ketahuilah bahawa ramai orang boleh memiliki kejayaan tapi hakikatnya tidak semua dapat merasai kebahagiaan dan kegembiraan.


Tempoh hari seorang sahabat berkongsi sesuatu yang membuat saya berfikir panjang. Katanya apabila manusia menganggap kegembiraan itu sesuatu yang bersifat subjektif, ini adalah sesuatu yang bahaya. Ia mendorong kita mula mencari kegembiraan itu melalui pelbagai sumber mengikut sudut pandang dan ilmu masing-masing yang akhirnya menyebabkan seseorang itu mudah terjerumus ke arah fahaman materialisme kerana kita menganggap kegembiraan itu 'pelbagai' dan pandangan kita dalam menafsir kegembiraan itu adalah hak individu. 


Hakikat sebenar kegembiraan itu adalah bersifat objektif, yakni 'tunggal'. Apakah sumber kegembiraan yang tunggal? Sudah semestinya Dia yang mencipta 'kegembiraan' itu buat kita. Tanpa sifat Penyayang dan Pemurah Allah, sudah tentu kita tidak akan pernah merasai kegembiraan di mana-mana alam sekalipun. 







Saya percaya tidak semua ajaran Barat itu salah kerana sehingga hari ini masih ada segelintir sarjana Barat itu ikhlas dalam menuntut ilmu untuk kebaikan umat manusia. Maka tidak salah sekiranya mengambil idea-idea mereka dengan tujuan mengajar kita untuk memandang sesuatu dengan positif. Dari sudut sejarah juga  telah terbukti bahawa banyak ilmu-ilmu yang dimiliki mereka kini sebenarnya berakar umbikan ilmu para ilmuwan Islam dari kitab-kitab yang telah dirampas dan dibawa balik ke Tamadun Barat. Yang penting neraca ilmu kita itu benar. 


Kata Carl Rogers; The good life is a process, not a state of being. Kehidupan yang baik itu adalah satu proses, bukan sifat kehidupan itu sendiri. Seperti setiap kita sedia maklum, sebelum dilahirkan ke dunia ini lagi Allah s.w.t. telah menetapkan tiga perkara buat kita yakni perihal rezeki, ajal dan jodoh. Namun adakah apabila kita lahir Allah mernzahirkan pada kita di mana rezeki kita? Siapa jodoh kita? Dan bila ajal kita? Tidak sama sekali. Sebelum mendapatkan rezeki, kita perlu melalui proses 'bekerja' terlebih dahulu. Untuk bertemu jodoh, kita perlu berusaha mencarinya terlebih dahulu dan untuk menemui ajal, kita perlu melalui proses kehidupan terlebih dahulu. Maka jangan terlalu asyik mengeluh andai kehidupan kita sekarang belum memuaskan hati kita kerana hakikatnya 'kehidupan yang bahagia' itu bukan terjadi sendiri tetapi ia perlu kepada proses 'usaha' untuk mencapainya.


Kemudian Carl Rogers menyambung; It is a direction, not a destination. 'Kehidupan yang bahagia' itu satu arah tujuan, namun bukanlah matlamat akhir. Setiap apa pun yang kita kejarkan untuk sebuah kehidupan yang bahagia di dunia ini bukanlah destinasi utama kita kerana kehidupan di dunia ini hanya satu arah tujuan yang mesti kita lalui untuk sampai kepada destinasi akhir yang lebih penting. Maka apakah kita benar-benar jelas dengan makna 'bahagia' itu sendiri? Adakah bahagia itu apabila kita banyak beramal ibadah? Adakah bahagia itu apabila kita menggembirakan kedua ibu bapa?  Lain manusia lain definisi bahagianya. Namun disebalik kepelbagaian itu terdapat satu titik persamaan iaitu kita akan menyandarkan kebahagiaan itu kepada sesuatu tidak kira dalam bentuk pekerjaan mahupun insan yang kita sayangi untuk mendapatkan rasa kepuasan.


Umumnya bahagia itu adalah rasa 'kepuasan' dalam diri kita dengan sandaran pada suatu peristiwa tertentu. Atau dalam erti kata lain, kita takkan mampu merasai kebahagiaan itu tanpa menyandarkannya pada sesuatu. Maka untuk kekal rasa bahagia, sandaran kebahagiaan itu perlulah pada sesuatu yang bersifat 'kekal' dan sesungguhnya hanya Allah s.w.t. sahajalah Yang Maha Kekal (Al-Baaqii) untuk kita sandarkan kebahagiaan kita.


Hidup ini hanyalah satu perjalanan, satu arah tujuan untuk menemui Tuhan yang Maha Kekal. Maka kebahagiaan atau  destinasi sebenar yang patut kita tujui ialah kehidupan selepas dunia nanti yakni akhirat kerana disitulah kita akan menemui kebahagiaan yang kekal bersama Tuhan.



Bahagia tak sekarang? Happiness is yours if you've found faith in God. InsyaAllah. :)



captures

A little note.

12:47 PM


Eternal sunshine.

"Is it strange for me to say that
If I were to die today
There's not a thing that I would change
I've lived well
Maybe I have made mistakes and been through my fair share of pain
But all in all, it's been okay, I've lived well

And the more that I see, the more that I know
I don't know anything, at all
Like the more that I breathe, and start to go slow
Of all the many things, I can only recall
 
All of the good things, good things,
only the good."




I humbly hope that one day when I'm gone, you would put me in this category; 
Best people give you memories. 

That's all. :)

Jazakumullahu khair. 

excerpt

We're still learning.

7:15 AM

Bismillah



 
"Kadang bila lampu isyarat hijau dan kereta di hadapan kita masih tak bergerak kita akan rasa marah dengan kelembapannya. Tapi bila kita lihat pada kereta itu tertera tanda L, kita akan mudah untuk memaafkan. Kerana kita tahu, dia hakikatnya masih belajar memandu. Maka begitulah yang kita harapkan ketika belajar, mengharapkan keampunan Allah jika kita berterusan belajar. Ibadah-ibadah kita hakikatnya masih banyak kecacatan dan kekurangannya, apabila kita berterusan belajar, sentiasa mengharapkan Allah memaafkan kita. Sepertimana solat yang kita dirikan selama ini, siapa yang berani menjamin semuanya sudah sempurna? Semuanya sudah tepat seperti solat Nabi? Tidak ada yang berani. Lalu apa jalan keluarnya? Ya, dengan berterusan belajar, InsyaAllah, Tuhan akan mengampunkan kita sekiranya kita masih belajar solat."


Seseorang yang dikira sampai ke tahap ilmu yang sempurna hanya apabila dia terus belajar. Rasa tidak berilmu hakikatnya sifat sejati orang yang berilmu kerana semakin kita belajar, akan terasa semakin banyak perkara yang tidak kita ketahui. Seperti yang sering diungkapkan, menuntut ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad. Walau sebanyak mana pun ilmu yang telah digali oleh manusia, hakikatnya masih sekelumit dibandingkan dengan ilmu Allah yang melangit. Maka walau sebanyak mana dan setinggi mana pun ilmu yang dimiliki seseorang, dia sewajarnya terus merendahkan diri kepada Allah. Di antara tanda orang yang merendah diri dengan Allah itu, dia juga akan merendah diri sesama manusia.

Seandainya kita pernah menghadiri majlis-majlis ilmu dan bergaul dengan ahli ilmu yang sebenar, akan kita rasai ketenangan dan kerendahan hatinya. Tutur kata dan tingkah lakunya sangat menyenangkan. Semakin tinggi penghormatan yang diberikan oleh manusia kepadanya, semakin tinggi pula penghormatannya kepada manusia lain. Lihatlah sebagaimana Tok Guru ketika dahulu, hidupnya sederhana tetapi terlalu kaya dengan karisma dan wibawa. Orang bahkan sanggup mati kerananya. Kata-katanya yang lahir diikuti dari hati, bukan sekadar ambil hati. Apa rahsianya? People don't care how much you know, until they know how much you care – manusia tidak peduli sejauh mana pengetahuan anda, sehingga mereka tahu sejauh mana anda ambil peduli.

Ulama-ulama dahulu bukan hanya mewarisi ilmu para nabi tetapi yang paling utama mereka mewarisi ‘hati’ para nabi. Sifat-sifat mahmudah mereka begitu ketara. Setiap kali berbicara, pasti akan disebut kelebihan-kelebihan guru-guru mereka sebelumnya. Seperti dalam setiap karya-karya Buya Hamka, tiada satu pun karya ilmiah beliau yang tidak menyebut penghargaan ke atas guru-guru yang pernah mendidik beliau. Itulah adab seorang murid terhadap gurunya, jauh sekali berlagak seperti manusia yang serba tahu. Biarpun mungkin tidak punya peminat, tetapi pengikut yang setia tetap ada. Jiwa sufi yang tersemat di dalam diri menyebabkan mereka kaya di dalam kesederhanaannya. Mereka itulah murabbi sejati, sekalipun bukan seorang selebriti.






Hari ini sudah semakin ramai orang yang mempunyai kelulusan agama yang tinggi dan kepetahan berkata-kata yang sangat memukau, tidak kira di alam maya bahkan di dunia nyata. Namun, kita masih kekurangan orang yang mempunyai ketinggian budi dan kehalusan pekerti. Oleh kerana itu sebahagian para ilmuwan kini kebanyakannya hanya mampu mengumpulkan peminat, bukan pengikut. Kata-kata mereka hanya sekadar menjadi hiburan penyedap pendengaran, kurang diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan yang membawa penyelesaian. 

Sepertimana lambakan status-status islamik yang kita temukan di mana-mana lebih-lebih lagi di alam maya ini, walau dibaca, di'reblog', di'retweet', di'share' banyak mana sekalipun, belum tentu mampu memberi kita rasa berTuhan. Kadangkala hal-hal melibatkan rasa perlu digali dan dicari semula dari 'dalam' diri sendiri, dan semestinya rasa itu datangnya hanya dari Allah s.w.t, bukan sekadar tulisan-tulisan manusia yang kadang belum tentu datang dari hati yang bersih. 



"Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada jema'ah tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada kepentingan tertentu seperti kemasyhuran diri ataupun keuntungan bisnes. Betapa ramai orang berbicara tentang Agama, akhirnya hanya membawa kepada tariqat tertentu. Betapa ramai orang yang berbicara tentang Agama, akhirnya membawa kepada parti tertentu. Sekiranya begitulah tujuan seseorang berbicara tentang agama, maka siapakah yang akan berbicara tentang agama untuk mengajak umat Islam kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w?" - Habib Umar.





---
"Kita bisa belajar Aqidah 6 bulan, belajar Feqah cukup 1 bulan, tapi kita belajar akhlak, seumur hidup." Selamat belajar dan belajar.

captures

Tulislah ketika ingat. Bacalah semula ketika lupa.

3:02 AM



I wanna be somewhere away from this place.


"Tell me, sir, what is a butterfly?"  
"It's what you are meant to become. It flies with beautiful wings and joins the earth to heaven. It drinks only nectar from the flowers and carries the seeds of love from one flower to another. Without butterflies, the world would soon have few flowers.”  
"How does one become a butterfly?"  
"You must want to fly so much that you are willing to give up being a caterpillar.”  
- Hope for the flower; Trina Paulus.




---
Always write down fun ideas you have, or interesting things you want to do, even if you can't do them then. Save them as inspiration for your future self. ^_^