books

"Cubalah berfikir ke sana."

4:41 AM


"Dulu ada satu kisah tentang suami isteri yang baru bernikah. Si suami menyukai masakan ikan belanak masak belimbing buluh sedangkan isterinya hanya tahu menggoreng. Lalu, kamu tahu apa yang mereka berdua fikirkan? 
Si suami berfikir pasti suatu hari nanti isterinya akan berubah dan handal memasak ikan belanak masak belimbing buluh. Si isteri pula berfikir yang suaminya akan menerima segala kekurangannya dan dapat hidup dengan ikan belanak gorengnya. Itu yang mereka berdua fikirkan hingga akhirnya, pada suatu hari yang indah, si suami mula hilang sabar lalu bertanya, mengapa dia sering dihidangkan dengan ikan belanak goreng?Si isteri pula terkejut yang bukan dibuat-buat, bertanya mengapa si suami tidak menerima sahaja ikan belanak gorengnya dengan seadanya? Akhirnya si suami bernikah lagi dengan perempuan yang ahli dalam menyediakan ikan belanak masak belimbing buluh, dan si isteri pula bernikah dengan lelaki yang suka makan ikan belanak goreng. Jadi kamu tahu apa pengajarannya? 
Pengajarannya, dalam hubungan sesama manusia, elak berfikir pada perkara yang menuju ke arah kita sahaja. Fikirkan perkara yang menuju ke arah pasangan kita juga. Sekiranya tadi si suami tidak memikirkan ikan belanak masak belimbing buluhnya, dan si isteri tidak sekadar memikirkan ikan belanak gorengnya, pasti hidup mereka lebih sempurna.  
Begitu juga seharusnya dalam hubungan kita dengan Tuhan. Elak terlalu memikirkan hanya ke arah kita. Berfikir semoga Tuhan menerima amal kita yang seadanya, berfikir semoga Tuhan sentiasa memaafkan dosa-dosa kecil kita yang berulang, berfikir semoga Tuhan mengampunkan taubat kita yang sambil lewa, menerima ibadah kita yang separuh hati, solat kita yang tergesa-gesa, dan berfikir semoga Tuhan tahu yang kita sedang menunggu keikhlasan datang. Cuba halakan fikiran kita ke sana. Fikirkan apa yang Tuhan mahukan daripada kita. Apa? Tuhan mahukan kita sebagai hambaNya yang patuh, yang tahu diri, yang berusaha, yang semuanya baik-baik. Dia tidak mahu kita melanggar perintahNya, tabah dalam ujianNya, dan mahu kita berusaha mencari keikhlasan sendiri. Itulah yang manusia selalu lupa, berfikir ke sana. 
Apatah lagi saat dia sedang dicuba dan diuji. Mudah sekali hanya berfikir ke arah dirinya sendiri. Bertanya, apa salahnya hingga begitu?Bertanya, bila lagi kebaikan turun dari langit? Semua fikiran itu mengarah kepada dirinya semata-mata. Sekiranya manusia berfikir ke sana, dan bertanya apa kebaikan yang cuba Tuhan tunjukkan, apa ingatan yang mahu Dia sampaikan, insyaAllah kita akan selalu tersenyum."
- ms. 77; Berfikir ke Sana. 


Andai kita sesama manusia mungkin, kita mampu lagi menjawab soalan, "Apakah kamu tak pernah fikir apa yang saya mahu?" Bagaimana agaknya kalau Tuhan yang maha berkuasa, bertanya kepada kita soalan yang sama? Apa agaknya kita akan jawab pada Tuhan? Namun memang lumrah setiap insan itu mudah lupa, maka memang  ada ketika kita lupa untuk 'berfikir ke sana'. Baik sesama manusia, ataupun kepada Tuhan yang esa. Sama-samalah saling mengingatkan. 


books

Try to be that, perfectly.

2:50 AM




Satu hari, budak kecil itu bercerita dengan saya. Kemudian, dia langsung bertanyakan satu soalan


"Ibu selalu berpesan, saya perlu jadi seperti jarum jam yang menunjukkan jam. Bukan jarum minit dan bukan juga jarum saat. Tetapi ibu tidak menerangkan mengapa. Kakak tahu?"

"Mungkin ibu kamu mahu kamu diam seperti jarum jam itu. Tidak seperti jarum saat yang sentiasa bergerak, lalu membuatkan dia hilang tenang kerana selalu memerhatikan kamu." 

"Maaf. Sebenarnya ibu sudah memberitahu jawapannya, dan tadi saya hanya mahu menguji kakak, dan jawapan kakak itu jauh dari daripada jawapan ibu. 
Kata ibu, saya perlu menjadi seperti jarum jam yang menunjukkan waktu jam, kerana ia perlambangan manusia hebat yang merendah diri. Ia pendek, tidak mengundang perhatian, tidak ketara, namun ia cukup penting. Malah pada detik ia bergerak, ia membawa makna yang cukup besar pada manusia. Juga, detik jam dahulu yang akan disebut sebelum minit dan saat. Menurut ibu ia boleh dibuktikan. 
Cuba kakak pandang jarum jam pada dinding. Apa yang kakak rasa sekiranya berpeluang melihat jarum yang menunjukkan waktu itu bergerak? Pasti kakak rasa bertuah, rasa dihargai nasib, kerana biasanya jarum jam itu tidak kita pedulikan dan jarang kita berpeluang melihat detik ia bergerak. Namun tetap ia menjadi perkara yang paling utama dalam hidup kita. Jadi ibu mahu saya begitu, merendah diri, tanpa menunjuk, tidak memberitahu saat saya bergerak, namun manusia yang memandang saya pada saat saya bergerak akan rasa bertuah dan dihargai. Itu yang disukai Tuhan dan manusia itu yang akan diberkati oleh-Nya. Merendah diri."

"Kalau begitu, apakah menjadi jarum saat dan jarum minit itu tidak bermakna?"

"Ibu kata, jarum saat dan jarum minit itu tetap juga berharga kerana jarum-jarum itu sebenarnya bekerja untuk jarum jam, dan jarum jamlah yang mengawal mereka. Jarum saat boleh sahaja berhenti, mati, namun jam tetap masih boleh digunakan. Jarum minit juga boleh sahaja tidak bergerak lagi, namun jam masih berguna sebagai penunjukkan waktu, namun apabila jarum jam sudah berhenti, apa lagi maknanya hidup sebuah jam?
Ibu kata lagi, tidak ramai manusia yang sebegitu. Sangat berguna dan penting hidupnya kepada manusia lain, namun ia tidak memaparkan diri, tidak bising, tidak itu dan tidak ini, jadi dia dilupakan, malah sering dipinggirkan. Namun itu yang disukai Tuhan, dan saya yakin ibu saya salah seorang daripadanya, kerana sering sahaja saya tidak mempedulikan nasihat ibu."

"Em, jadi menurut kamu, kakak seperti apa."

"Kakak seperti jarum saat."









Apa pun posisi yang telah Tuhan letakkan pada diri kita sebenarnya itulah yang terbaik. Kerana hakikatnya  menjadi yang biasa atau luar biasa, terkenal atau tidak terkenal, si miskin atau si kaya, kadang semua itu bukan keinginan mereka tetapi Dialah yang lebih dahulu memilih dan mengatur hidup manusia. Apa yang lebih penting adalah menyedari bahawa siapa pun diri kita di atas muka bumi ini, kita hakikatnya hanyalah hamba yang menumpang teduh di bumi Tuhan. Maka cukuplah belajar menjadi hamba, sehamba-hambanya. 

"Do not wish to be anything but what you are. And try to be that, perfectly."

---
 *Dialog olahan semula daripada tulisan Bahruddin Bekri, kisah 32;Tidak Disenandung dalam Hidup penuh Cinta.*

books

"Either write something worth reading or do something worth writing."

3:07 AM


Bismillah

This is the reason why this blog exists. :)


Ada banyak cara untuk kita dapat pahala dalam hidup ini. Jika ia datang dari niat yang baik, maka perkara-perkara sekecil memberi tempat duduk kepada ibu mengandung, memberi salam dan senyuman kepada orang asing, membuang benda tajam di laluan dan jalan atau dengan hanya menulis benda-benda yang bermanfaat untuk diri dan orang lain, boleh jadi ia adalah hal yang besar pada pandangan Tuhan. Segala hal yang boleh dibahagi, beri dan kongsikanlah kerana apabila ia diberi dan dikongsikan, ia takkan pernah hilang bahkan kebaikan demi kebaikan akan terus berkembang dan berpindah tangan. Asal selalu meniatkan kebaikan, sungguh kita tak akan berhenti berkebaikan selama berniat baik.

Tempoh hari ada seseorang sahabat bertanya mengapa saya pernah menghilangkan diri di ruangan ini untuk sekian lama. Itu sesuatu yang personal mungkin. Yang pasti tahun-tahun sebelum ini adalah fasa-fasa saya mencari diri, baik di alam maya lebih-lebih lagi di alam nyata. Setiap orang akan melalui satu fasa yang sama, fasa mencari apa yang kita inginkan, mencari apa yang benar dan mencuba hal-hal yang baru. Kelak semua itulah  akan membawa kita menemukan apa yang lebih utama buat diri kita, yakni menjadi diri sendiri dan memperbaiki diri bukan yang ditayangkan pada alam maya tapi lebih lagi, diri yang berada di hadapan skrin mati, di alam realiti. Betapa ramai hari ini yang berusaha untuk tampil bahagia, menayangkan hal yang baik-baik di alam maya namun hakikatnya kehidupan realiti mereka tidaklah sebaik dan seindah yang dikongsikan. Kadang kita lebih banyak menjaga apa yang ditayangkan di alam maya hingga melupakan prioriti kita untuk memperbaiki kehidupan sebenar dan menjadi manusia yang benar-benar 'hidup' dan berguna buat masyarakat. Niat kita untuk memberi dan menjadi inspirasi buat orang lain itu sememangnya baik, but don't forget to create life that feels good on the inside, not just looks good on the outside. Hal-hal yang terbaik buat diri sendiri seringkali bukanlah sesuatu yang boleh dilihat tetapi lebih lagi tentang  rasa dalam hati yang merasakan ketenangan jauh sekali membebankan.

Atas alasan 'remember why how you started?' maka saya kembali ke ruangan ini semula, kembali belajar menulis dan berkata-kata untuk lebih banyak membaca dan mengenal diri juga memberi 'waktu' buat diri sendiri. Di ruangan ini saya lebih banyak jujur menjadi diri sendiri sebenarnya namun setiap yang dikongsikan cukuplah sekadar apa yang mampu saya berikan.

Kepada semua yang telah bersama-sama mengikuti penulisan saya sejak dahulu, tak kira dia tukang follow, tukang komen, tukang copy paste, tukang share, tukang stalk, tukang benci, tukang tegur, dan tukang segala tukang-tukang lain yang tak dapat saya senaraikan, terima kasih.:) Segala yang baik, ambillah dan segala yang buruk, mohon dijauhi. Saya juga manusia seperti kalian, maka segala kebaikan dan kelebihan hanyalah dari Allah semata-mata.








There`s nothing wrong about having a social media, as long as we know our limits. It`s not important for the world to know every inch of our life but the world needs those who constantly push boundaries. Those who gets excited at doing something that never done before. Because once they did, they give the others permission to do the same. 


---
Tanpa Dia, siapalah kita. Always be the best version of you.:)

arts

No one ever really dies.

3:05 AM





"Ketika kita memilih hidup dengan topeng, dan orang-orang menyukainya, maka sesungguhnya itu masalah kita. Tapi, ketika kita tampil apa adanya, dan orang-orang ternyata tidak suka, bahkan membenci. Maka itu adalah masalah mereka." 
- Tere Liye.


Ramai orang selalu berkata tentang realiti. Namun, realiti bagi mereka, belum tentu sama dengan apa yang kita fikirkan. Di akhirnya nanti, hanya diri kita sendiri yang tahu, mana satu diri kita yang sebenar, mana yang bukan diri kita, dan hanya kita yang tahu apa yang ingin kita jalani. Dan mungkin benar kata mereka, terkadang kita harus menjadi orang lain dahulu sebelum menemukan diri kita sendiri.




The crucial step is accepting ourselves for who we are, strengths, imperfections, hopes, disappointments, and all. Because we are each worthy, each enough, just as we are.


---
I guess we`re all nerds. Cause no one ever really dies. We will live forever in memories. ^^,

captures

Refleksi.

7:59 AM

Bismillah



Most of the time, it's not dunya that broke your heart. You broke it yourself because you gave it to dunya. It's good when you able to feel pain. It’s when you can’t even feel any pain anymore that you`re in real trouble.

Kenangan adalah serupa bunga-bunga yang terus bermekaran dalam ingatan. Dan seringkali kenangan yang bererti, tidak kira pahit mahupun manis sememangnya tidak akan pernah pergi. Beberapa kenangan bahkan tetap tinggal, kerana sentiasa ada seseorang atau sesuatu yang mengajarkan kehidupan untuk kita di dalamnya. Tersenyumlah kerana serupa apa pun ingatan itu, ia selalunya mampu mengajarkan sesuatu hingga akhirnya  membawa kita kepada suatu pemahaman yang bermakna. Seringkali ubat bagi setiap luka yang tidak terlihat itu sebenarnya ada di hati kita. Ubatnya adalah memilih untuk menjadi bahagia, yang tentunya selalu datang dariNya. 

Percayalah bahawa hal-hal hebat selalu datang hanya kepada mereka yang bersabar. Agar satu hari nanti, mereka tidak akan pernah henti-hentinya mengucapkan rasa syukur bukan kerana memperoleh apa yang diinginkan, tetapi sebenarnya apa yang lebih diperlukan.



"One day you`ll look back and see all of the mistakes you’ve made, remember the promises that were broken, the lines that were redrawn, the tears that were shed, and everything you could have done differently and that moment,  you don’t really want to change a thing because it brought you to where you suppose to be with, to  Him, and that makes it all worth it."



---

Life is like the ocean. It can be calm or still, and rough or rigid, but in the end, it is always beautiful. Having trust in Allah, always bring about a good outcome. InsyaAllah.

arts

Pesan rubah kepada Sang Pangeran Kecil.

12:22 AM



Always with me.


"I am looking for friends. What does that mean--'tame'?"  
"It is an act too often neglected. It means to establish ties."  
"'To establish ties'?"

"If you tame me, we shall need each other. To me, you will be unique in all the world. To you, I shall be unique in all the world. Please--tame me!"

"I want to, very much, but I have not much time. I have friends to discover, and a great many things to understand."

"One only understands the things that one tames. Men have no more time to understand anything. They buy things all ready made at the shops. But there is no shop anywhere where one can buy friendship, and so men have no friends any more. If you want a friend, tame me."

"What must I do, to tame you?".

"You must be very patient. First you will sit down at a little distance from me--like that--in the grass. I shall look at you out of the corner of my eye, and you will say nothing. Words are the source of misunderstandings. But you will sit a little closer to me, every day."
- Chapter 21; The Little Prince.



Seperti pesan rubah kepada Sang Pangeran Kecil, kebanyakan waktunya kita jarang meluangkan masa untuk benar-benar mengenali apatah lagi memahami sahabat, rakan dan setiap insan yang ada di sekeliling kita. Seringkali kita terlalu sibuk dengan dunia dan urusan kita sendiri hinggakan kita kadangkala melupakan mereka yang selalu ada bersama kita. Bersendiri itu mungkin indah tapi berdua dan berkumpul bersama itu lebih baik kerana kadangkala teman-teman itu diperlukan agar kita tidak  selalu lemas dan tenggelam dalam kesunyian dan kesibukan fikiran kita sendiri. Dalam mewujudkan hubungan yang baik memerlukan persefahaman dan untuk memahami orang lain itu memerlukan kesabaran. Sememangnya kita tidak akan pernah benar-benar dapat memahami orang lain sepertimana orang lain juga tidak akan pernah benar-benar memahami kita. Namun cukuplah andai kehadiran kita  mampu memberi sedikit makna dan warna dalam hidup mereka. Walau mungkin hanya sekadar menjadi bahu yang bersandar atau pendengar yang setia.



Sometimes the way you think about a person isn`t the way they actually are. Keep that in mind. 


---
Just in case you need someone to listen, I`m here. :)

captures

Things to never forget.

5:07 AM


"When you say that certain people are worth the fight, make sure that includes you, too."

Live for 5 am sunrises and 5 pm sunsets where you'll see colors in the sky that don't usually belong.
Live for road trips and bike rides with music in your ear and the wind in your hair.
Live for days when you're surrounded by favorite people who make you realize that the world is not a cold, harsh place.
Live for the little things because they will make you realize that this is what life is about.
This is what it means to be alive.


"What’s so great about the little things in life? 

They are what we will remember and appreciate when we reflect on days gone by. A little thing may be a fun evening with friends. It may be the joy of learning something new. It may be listening to the giggles of your kids. It may be the warm feeling you get when you’ve done a simple kindness for a friend or a stranger. It may be noticing nature bloom and blossom.

If you neglect to enjoy these little things, what are you left with? It’s the daily struggles, the disappointments and the disasters that plop on our doorsteps when we least expect it.

Appreciate that life is made up of moments. We tend to think of life as the passage of days, weeks, years and decades. But, in essence, life is made up of moments. As you reflect on your day, what moments stand out for you? Is it the stress of trying to do it all? Is it the stuff that didn’t get done? Is it the disappointment in yourself for what you forgot to do or failed to do, or a gloomy feeling about how far you are from the top?

If so, it’s time for you to make a shift. Each day, pay attention to at least one or two moments that worked out well for you. Don’t shrug your shoulders and conclude that “it was just a crappy day. Nothing worked out for me.” Even a bad experience has a valuable moment wrapped up inside of it, if only you‘re willing to dig deeper to discover it. Pay attention to what you have done. The constant barrage to “DO more,” “GET more,” and “BE more” negates what you have done, what you have and who you are. It makes you feel deprived. Less than. Not good enough. In this competitive world of ours, we often need to remind ourselves of what we have accomplished. And always, always, we need to remind ourselves to be our best friend."



books

Catatan-catatan yang tersimpan.

5:02 AM

Bismillah


Tulis dan rakamkanlah seberapa banyak pengalaman. Satu hari nanti biar ia menjadi antara episod kehidupan yang sungguh bermakna.


i.


"Kamu lahir tahun berapa?" Soalan yang sengaja saya tanya pada murid Tahun 5 relieve class tempoh hari. Seorang murid jawab, "2004." Hmmm, rasa macam nak gelak kuat juga waktu tu sebab  oh, pertama kali saya rasa saya dah tua, sangat. Nasib baik ada seorang murid tu tiba-tiba kata, "Cikgu, hari tu  first time jumpa waktu assembly saya ingatkan cikgu murid sekolah menengah." Okay, tak rasa tua dah. ;D

Tapi nak tak nak itulah realitinya, usia semakin hari bukan semakin muda tapi semakin meningkat dewasa. Dan segala yang dilalui oleh kanak-kanak hari ini hakikatnya telah pun dilalui dan jauh ditinggalkan sebagai kenangan lalu. Setelah hampir seminggu bergelar unofficial teacher di sekolah yang jaraknya 5 minit sahaja dari rumah (ikut kereta abang),  rasanya dah boleh membiasakan diri dengan persekitaran baru dan wajah-wajah baru. Walau tak biasa pun pada mulanya tapi kenalah biasakan sebab itulah resam bila berada di tempat baru, kita tak boleh nak mengharapkan keadaan menyesuaikan diri kita, tapi kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan keadaan. 

Entah kenapa setiap kali bertembung dengan murid-murid di sekolah kali ni selalu menemukan saya dengan wajah-wajah yang hampir sama dengan wajah rakan-rakan saya semasa zaman persekolahan dahulu. Rasa pelik kadang. Kebetulan sahaja mungkin. Yang pasti murid disini jauh berbeza dengan murid-murid saya semasa praktikum-praktikum lalu di Penang. Kalau dahulu senang nak masuk bicara Tauhid semasa relieve class sebagai mengisi masa sebab majoriti murid muslim. Kadang memang tiada murid non-muslim langsung. Tapi kali ni kalau nak bawa bicara keTuhanan secara umum sahaja kerana kebanyakan murid bukan beragama  Islam. Saya dah banyak kali  bertembung dengan murid-murid yang muka macam Muslim, tapi bila baca nama; Alfonso, Sandy, Daniel Shawn, rupanya non-muslim.  Okayy finee. 

Satu hal yang pasti, bilamana berada di Borneo, tempat di mana imej Islam seperti tudung labuh, kopiah masih agak rare bagi sebahagian masyarakat, diri sendirilah yang kena belajar 'masuk' dengan orang lain. Maksud saya menjadi pemula bicara, yang memberi senyum dahulu, menegur orang lain dahulu kerana kadang kebanyakan mereka tidak kira muslim atau non-muslim agak awkward nak mendekati golongan-golongan yang membawa imej Islam. Maka kita sendirilah yang kena memperbetulkan tanggapan mereka. Kalau kita jenis introvert, suka sendiri-sendiri dan berkawan dengan orang 'serupa' kita sahaja, maka orang lain pun bertambah takut dan kekok nak dekat. Nak tak nak kenalah jadi orang yang mesra dan mudah didekati, berbicara pun biarlah sesuai dengan keadaan. Kadang perkara kecil seperti itulah yang sebenarnya dakwah paling besar lebih-lebih lagi dengan masyarakat non-muslim. Seperti pesan guru saya dahulu, seringkali orang mengenali dan menilai Islam bukan melalui program keagamaan khusus atau majlis-majlis ilmu, tapi yang lebih utama, dalam pergaulan seharian. Seperti Rasulullah s.a.w ketika mana menghubungkan masyarakat Muhajirin dan Ansar. Cukup dengan mempamerkan akhlak dan adab yang mulia membuatkan sesiapa sahaja melihat Baginda berasa damai dan berminat dengan dakwah Baginda, yakni Islam itu sendiri. 


Apa-apa pun, segalanya baik-baik sahaja di sekolah ni. Dan alhamdulillah hari-hari dapat balik 12.20 tengahari. Pihak sekolah pun tak bebankan sangat cikgu-cikgu tak berpengalaman. Lebih banyak sesi belajar dan diajar dan saya sendiri pun lebih banyak berlagak tak tahu supaya lebih banyak boleh belajar daripada mereka yang lebih tahu. Ambil peluang menimba pengalaman dari yang lebih berpengalaman. Kan? :)




ii.



Tujuan utama Internship di sekolah adalah bagi melaksanakan projek. Projek pertama yang saya dan dua rakan lain dari IPG Gaya sedang jalankan melibatkan pengendalian rekod buku di Pusat Sumber sekolah. Seronok sangat sebab projek ni umpama memakbul doa saya dahulu, nak jadi librarian tak berbayar. Hahaha. Dan antara perkara baru yang saya baru tahu adalah tentang bagaimana cop rasmi yang kita selalu lihat pada buku-buku di perpustakaan digunakan. Ternyata cop tersebut ada syarat yang perlu dipatuhi. Saya ingatkan selama ini ikut suka hati saja cop itu diberi ternyata tidak. Syarat yang ditetapkan juga adalah sama digunakan bagi kesemua perpustakaan di seluruh dunia tidak kira perpustakaan sekolah, perpustakaan umum, mahupun di seluruh institusi pengajian. Antara syarat yang saya ingat, salah satu cop lambang perpustakaan perlu dicopkan pada salah satu muka surat ganjil dalam buku di mana muka surat ganjil yang dipilih adalah sama bagi setiap buku di perpustakaan tersebut dan berbeza mengikut perpustakaan di tempat lain. Ia bertujuan sebagai bukti jika kulit buku tersebut  rosak, maka cop  tersebut akan menjadi tanda bahawa buku tersebut milik sesebuah perpustakaan. 

Paling best  bila mana dapat melihat buku kanak-kanak yang terbaru. Sebahagian buku-buku tersebut sangat menyeronokkan saya rasa. Ada satu buku rujukan di mana ia menggunakan pendekatan komik sebagai pembelajaran hinggakan bila baca saya pasti  murid akan rasa seronok bila baca sebab saya sendiri rasa seronok baca buku tersebut. 





iii.


Sejujurnya saya bukanlah seorang yang judge a book by it's cover tapi kebanyakan waktu saya seorang yang judge a book by it's author. Buku Merantau Ke Deli adalah antara buku terakhir yang saya beli di kedai buku Hasani sebelum pulang Sabah tempoh hari. Tujuan waktu tu nak beli buku resepi saja tapi sebab nak menambah koleksi buku Hamka dan kebetulan harganya murah maka selitkan sekali buku tersebut. Beli buku resepi yang sama dengan Linda juga, sebab kononnya nak sambung master-chef di rumah. ;)

Saya dah lama cari buku Merantau Ke Deli tu dan tak sangka jumpa di kedai Hasani. Selalunya beli online dengan Jejak Tarbiah. Setakat ini karya Hamka tak pernah mengecewakan. Cuma karya beliau yang satu ini  saya rasa benar-benar menguji perasaan saya sebagai seorang wanita dan kadang buat saya rasa macam  nak flip meja pun ada. Seriyes. Dalam entry lain saya akan cuba buat review buku tersebut sebab setakat ni masih kat part  konflik cerita. Seperti buku-buku Hamka yang lain, buku ini penuh dengan pengajaran dan nilai yang baik. Akan saya kongsikan kemudian, insyaAllah.

Dan untuk buku Kurniawan Gunadi yang baru dapat petang semalam, masih  memberi rasa yang sama seperti karya sebelumnya, Hujan Matahari. Baru baca beberapa helaian pun dah buat saya rasa speechless. Hmmm, tak nak cerita banyak tentang buku ni. Nanti spoilkan pula pada orang yang belum baca. ;)







Walaupun baru hampir seminggu meninggalkan Bainun hati saya masih rindu sebenarnya. Rindu nak kuliah dan belajar, belajar, belajar. Apa-apa pun menamatkan pengajian bukan bererti menamatkan pembelajaran. Ilmu tak akan pernah ada habisnya, so keep learning, okay!