books

"Menulislah umpama kalian sedang berbicara dengan Tuhan."

6:40 PM




Penulis Yang Disayang Tuhan; Prolog.



Penulis yang terbaik bukanlah yang sekadar terjual naskhah tulisannya, juga bukan penulis yang terkenal, diminati tulisannya hingga namanya dijulang-julang. Tetapi penulis yang terbaik ialah yang sebelum menjadi semua itu, dia adalah penulis yang disayang Tuhan.




Tidak semua orang boleh bercerita lewat kata-kata yang manis. Maka, andai kau pandai merangkai kata, jangan pernah berhenti menulis. Tertulis dalam hadis dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;



"Tiga orang yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah, seorang penulis yang selalu memberi penawar, dan seorang  yang menikah untuk menjaga kehormatannya." (HR. Al-Thabarani)




Hidupkanlah jiwa mengarang di dalam diri. Tuliskanlah sesuatu yang bermakna, walaupun hanya satu ayat. Kerana hakikatnya setiap tulisan bukan untuk orang lain tetapi diri kita sendiri khususnya. Penulisan itu adalah salah satu cara kita memberi tahu dan mengajarkan diri kita sendiri. Bukankah kita adalah orang yang pertama membacanya?




Dan seringkali itu yang membuatkan kita lebih mengenali dan memahami diri sendiri.

captures

Hujan November.

9:36 AM










i.

Kadangkala ketenangan itu hadir dari hal-hal yang sederhana. Asalkan, kita belajar bukan sekadar melihat dengan mata, tetapi merasai dengan jiwa. Begitu juga dalam memaknai dan menghargai kehidupan ini, sebenarnya tidak memerlukan hal-hal yang besar. Namun cukup dengan hal-hal kecil yang mampu memberikan ketenangan dan senyuman buat diri sendiri.









ii.

Kadangkala kita tidak perlukan sebab untuk menyukai sesuatu. Sesetengah perkara, cukup dengan rasa. Kerana hati itu bukan milik kita, hati itu milik Allah. Hanya Dia yang mampu memberi dan mencabut rasa. Bukan kita.










iii.

tentang hal-hal indah
yang kita tak pernah cerita
simpan untuk kita-kita saja
dunia bukan nak tahu pun
setiap inci kehidupan kita.











iv.

Kongsikanlah hanya separuh
sementara separuh lagi
cukuplah berbicara dengan Tuhan
kerana Dia lebih mendengar
melebihi langit
yang mendengar cerita bumi.




















Hujan dan Matahari,
06112014.

captures

Everyone you meet has something to teach you. Even if they are not a teacher.

3:46 AM











i.


Katanya, "Didik anak-anak itu biar dengan ‘kemiskinan’ supaya mereka tahu berdikari mencari ‘kekayaan.’ Yang hakiki. Yang abadi."












ii.



"Ingat tak  kata-kata Ust. Pahrol Juoi tu? Tentang Baitul Muslim?"



"Tak."




"Katanya, pernikahan itu di antara cinta dan tanggungjawab. Apabila seorang wanita memilih seorang lelaki, dia sedang memilih pemimpin untuknya. Apabila seorang lelaki memilih seorang wanita, dia sedang memilih madrasah untuk anak-anaknya." 











iii.


Katanya, "Harta paling berharga sebenarnya adalah anak-anak yang soleh solehah. Sebab, dalam banyak-banyak harta kita kumpulkan, tak satu pun dapat doakan kita di akhirat nanti, kecuali mereka."














Kata saya, walaubagaimana berilmu pun diri kita, kita tetap orang-orang yang masih muda dalam pengalaman, berbanding mereka yang lebih dahulu merasai asam garam kehidupan. Bila mana kita belajar merendah diri dengan sesiapa pun kita temui, semua orang pun boleh menjadi guru kepada diri kita, dan peluang untuk belajar, ada di mana-mana.




Dan kadang-kadang, bila mana kita rasa macam kita dah tahu semua, waktu tu juga Allah `direct` beritahu kita, "tak, banyak lagi yang kita tak tahu."





Tak, banyak lagi yang saya tak tahu.

writes.

An ineffable beauty.

2:22 AM







Apakah yang lebih indah dari seseorang yang sanggup meninggalkan segala yang dicintainya kerana kecintaan yang lebih pada Tuhannya dan perasaan takut akan murkaNya? Lebih indah lagi jika dia bukanlah orang-orang yang mengaji kitab agama sepenuh masa, dia hanyalah orang-orang yang biasa-biasa.














***
“ineffable [in-ef-uh-buhl]”

— (adjective) In the list of one of the most 100 beautiful words in the English language, ineffable’s beauty lies in its flowing sound and meaning. Ineffable describes the sentiment of being unable to express something in words because it is too extreme to communicate; words cannot possibly do justice at this particular moment.