books

"Hanya orang malam yang membicarakan terang."

2:16 AM


Bismillah


“When you are unsure about the future, keep doing what is in front of you with all your heart and with love, and what is meant for you will find you.”

"Suatu hari nanti, jika ditakdirkan  memiliki  anak lelaki, saya mahu menamakannya Hamka. Biar jadi orang yang bijaksana, berfikiran, halus budi bicaranya, indah pekertinya sama persis Buya Hamka. Dan yang penting, biar dia tahu bahawa ibu dia suka sangat dengan buku-buku Hamka."

"Jauhnya kau berfikir, kan? Kalau saya, tak sempat pun nak fikir nama anak sebab nama bapa dia pun tak jumpa lagi. Hmmm."  

 -__-"





Manusia hidup dan mati silih berganti tetapi buku akan tetap wujud selama-lamanya. Maka, kata Henry E. Huntington, memiliki sebuah perpustakaan yang baik juga adalah satu cara yang paling tepat dan mudah untuk beroleh keabadian.  Walaupun hidup di era lambakan buku pada hari ini, agak sukar sebenarnya mahu  menemukan buku yang benar-benar bagus kerana kebanyakan buku yang dijual umpama makanan, sama seperti junk food. Memang sedap dimakan tapi hakikatnya tidak bernutrisi dan tidak menyihatkan. Bila mana kita membacanya, kita mungkin hanya merasai keenakannya sekejap, tapi tiada makna. Maka jika anda pencinta buku, tariklah pembaca baru ke arah buku-buku yang bagus iaitu dengan cara menyebarkan kewujudannya kepada orang lain. 

Dan untuk buku yang satu ini, sengaja saya beli sebagai hadiah buat diri sendiri yang lama dah tak beli buku sebab berjimat sangat untuk tahun akhir  dan  sebagai pujuk diri sendiri konon sebab tak balik Raya. Kah! Hmmm

Buku yang menghimpunkan artikel anak muda dari komuniti Jejak Tarbiah (aahhhh, dah lama like page tu kat FB, suka sangat! ;D) di mana setiap artikel dituliskan oleh golongan muda yang merupakan para pembaca buku-buku karya  Hamka dan turut diselitkan pengalaman-pengalaman mereka yang mengikuti kembara menjejaki bumi Indonesia. Jika ditanyakan apa yang istimewa sangat dengan  karya-karya Hamka, jawapannya seperti yang disebutkan dalam buku tersebut; karya Hamka seringkali memberikan `harapan.` Dalam setiap penulisan beliau, sangat meraikan perbezaan dan kepelbagaian dengan hujah yang kemas, tepat dan menyentuh. Sesuatu yang sukar ditemukan dalam karya-karya hari ini. Dan kepada orang muda, beliau mengajarkan untuk selalu maju ke hadapan dengan yakin dan berani. Tetap tunduk merendah diri di bawah langit walaupun kaki melangkah jauh mengelilingi dunia. 



“Jangan takut jatuh, karena yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, karena yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, karena dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.” 
- Hamka.


Orang yang paling banyak belajar bukanlah mereka yang selalu betul setiap masa tetapi mereka yang paling banyak melakukan kesilapan. Jadi, make as many mistakes as you can. That way, someday, when people ask what you want to be, you won`t have to guess. You`ll know. Kerana kesalahan dan kesilapan seringkali mendewasakan dan mematangkan akal fikiran kita hinggakan bila mana kita tak tahu apa yang kita nak sekalipun, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang kita tak nak dan itu pun sudah lebih dari cukup, sebenarnya.





---
May each day be the day you were reborn in silence and faith. Ameen. 

excerpt

Perihal merenung, berfikir dan mempersoalkan.

3:08 PM






"Just because something is commonly accepted doesn't mean there isn't anything wrong with it. Maintain an open mind, question everything and discover your own vision and truths. A lot of concepts and patterns in society put limits on what life is. While in reality, everything is possible. The most paranoid and far fetched theories may turn out to be true and the most commonly accepted ones may turn out to be all lies. Realize the lies.



"A person of good intelligence and sensitivity cannot exist in this society very long without having some anger about the inequality - and it’s not just a bleeding-heart, knee-jerk, liberal kind of a thing - it is just a normal human reaction to a nonsensical set of values where we have cinnamon flavored dental floss and there are people sleeping in the street"  - George Carlin.


We are tied to taboos and beliefs for no reason. We follow them for they have been here from long time without any question! Life is not about earning, paying bills and dying. Its about exploring and the best way to do it is by questioning everything around you."






---
Jadi manusia (apatah lagi anak muda) jangan mudah untuk bertaklid buta, ikut suara ramai dan menerima sesuatu secara membuta tuli kerana tidak semua kita boleh terus menerima secara sembrono. Jika memang ada satu hal sememangnya salah, walau ribuan orang menerima ia sebagai sesuatu yang betul, ia tetap salah. Dan seringkali kebijaksanaan itu dilihat dari soalan yang ditanya, bukan jawapan yang diberi.

captures

Dear Iffah,

2:28 AM


"I know you are tired, but come this is the way."

I know you always try to hide your feelings, but you forgot that your eyes speak. You know, everyday the world will always drag you by the hand, yelling,

"This is important! And this is important! And this is important! You need to worry about this! And this! And this!"


But here`s the thing, it`s up to you to yank your hand back, put it on your heart and say, 

"No, this is important."

I know I may not be around you my dear, but every time you need someone who loves you fiercely, supports you through the thick and thin, is always there for you, watches out for you, constantly showers gifts and blessings upon you, forgives you over and over and over, makes sure you’re okay, helps you grow, never abandons you, only wants the best for you, and understands you in ways you don’t even understand yourself, then Allah s.w.t is the one you needed and He is always there every time you need a friend. Okay.


"...and Allah s.w.t is the close and intimate friend of the believers." [3:68]



---
“We'd said we'd keep in touch. But touch is not something you can keep; as soon as it's gone, it's gone. We should have said we'd keep in words, because they are all we can string between us--words on a telephone line, words appearing on a screen.” 

p.s: Mungkin sengaja Allah meletakkan nama kamu dalam buku kesukaan kakak, kan? Jagalah diri dan jadilah  sebaik-baik nama. InsyaAllah. :)

captures

Saboteur.

5:44 AM

Bismillah


"We'll fight what we can't see."

Segalanya bermula dengan  permainan kad milik Hao yang pada mulanya saya tak ambil tahu sangat pun dan tak berminat nak ikut main. Saya sebenarnya jenis orang yang tak suka main game bahkan dalam handset langsung tiada sebarang game hingga sahabat-sahabat selalu kata hidup saya agak membosankan. Okay, fine.

Sebenarnya bukan tak suka, tapi saya lebih suka game hands-on; yang boleh pegang, sentuh dan rasa. Permainan yang maujud. Maklumlah fikiran masih kanak-kanak tahap 1. (kata ujian IQ test epatamama :))

Dan semalam, Hao bawa permainan kad dia. Saboteur. Perkataan French yang sama erti dengan sabotage/sabotaj. Nak tahu tak, permainan tu boleh menimbulkan trust issues sesama sahabat anda jika dan hanya jika anda adalah orang-orang yang mudah terbawa-bawa pengaruh permainan game ke alam realiti ditambah dengan sikap sebahagian sahabat-sahabat anda yang memang licik bila bermain. Hmmm -_-"




Yang pasti, permainan tu cuma nak ajar dan ingatkan pemain supaya jangan mudah percaya dengan sesiapa (walaupun yang muka baik la sangat) kerana terkadang dan selalunya memang ada segelintir orang atau pihak  disekeliling kita memiliki agenda mereka masing-masing sama ada agenda nak merosakkan orang lain atau mungkin cuba untuk menggagalkan apa yang kita cuba usahakan.




Seperti perumpamaan dalam permainan Saboteur, memang ada golongan-golongan yang rajin, jujur dan amanah dengan tugas yang diberi; mencari emas. 




Namun, dalam kalangan mereka juga hakikatnya ada yang cuba untuk sabotaj usaha mereka dengan merosakkan dan memberi halangan-halangan yang melambatkan lagi tercapainya matlamat mendapatkan emas.Tapi kita tak tahu siapa diantara golongan tersebut yang hakikatnya musuh dalam selimut.


Sememangnya, sengaja saya kongsikan  berkaitan permainan Saboteur ini cuma untuk mengajak anda berfikir dengan lebih dalam lagi tentang mesej yang cuba untuk disampaikan. Saya percaya setiap kita mungkin harap tak ada ada insan atau pihak yang kita musuhi, benci, dan tak suka la sangat atas sebab-sebab tertentu yang hanya anda sahaja ketahui. Tapi, kata guru saya, walau bagaimana benci pun kita kepada seseorang atau segelintir pihak, jangan pernah lupa siapa musuh kita yang sebenar yakni yang disebutkan di dalam Al-Quran; dajjal laknatullah (DJ) beserta kroni-kroninya yang tak akan pernah duduk senang melihat kebahagiaan dan kemenangan pihak yang 'benar' di atas muka bumi ini dan tak akan pernah berputus asa nak mendajjalkan umat manusia baik secara halus apatah lagi terang-terangan. Tak berminat nak ulas panjang  kerana tak nak entry ini berbunyi islamik dan agamawan, cuma nak ingatkan diri sendiri dan sesiapa yang membaca supaya jangan terlalu memikirkan our enemies or haters (bagi yang ada) apabila kita ada musuh yang terang lagi nyata sedang berlegar-legar di luar sana cuba menghancurkan dan merosakkan umat manusia baik dari ketauhidan, kasih sayang,  dan pemikiran. Got it?

Seperti yang sering dikatakan oleh Ust. Hasrizal di laman sosial beliau, kadangkala kita terlalu banyak memikirkan tentang isu berbanding ilmu sedangkan hakikatnya isu tersebut hanyalah isu kecil yang hanya akan melambatkan kita kerana isu tak akan pernah ada habisnya. Banyak-banyaklah belajar, berbicara dan memikirkan tentang ilmu kerana itulah salah satu yang ditakuti dan cuba untuk dihancurkan oleh tentera-tentera DJ; yakni golongan-golongan yang berilmu.




Maka, selamat meninggalkan isu dan selamat membuka buku. :)






I adore you Einstein. :)




---
Rasanya saya gagal untuk tidak men-skema-kan entry ini. Hmmm, never mind. Cause to write well, we need to express ourself like common people, but think like a wise man.

captures

Worst day ever?

4:43 AM


"Maybe, they just don`t know what love is."


Today was the absolute worst day ever
And don't try to convince me that
There's something good in every day
Because, when you take a closer look,
This world is a pretty evil place.
Even if
Some goodness does shine through once in a while
Satisfaction and happiness don't last.
And it's not true that
It's all in the mind and heart
Because
True happiness can be obtained
Only if one's surroundings are good
It's not true that good exists
I'm sure you can agree that
The reality
Creates
My attitude
It's all beyond my control
And you'll never in a million years hear me say that
Today was a good day



---
No my friend, there's always something good in every day. Try to read it again, from bottom to the top. :)

p.s: I`m a muslim and I love Jesus. Peace ^^v

captures

"The time you feel lonely is the time you most need to be by yourself."

3:39 AM


Bismillah


Kadangkala kesendirian dan kesunyian itu adalah ubat yang terbaik. Bercakaplah dengan jiwamu, dengarlah suara hatimu. Jauh  dari kebisingan akan selalu menemukan kita kepada jawapan.



(i)

Instead of being the one who knows everything, I want to be the one who wants to learn anything. Knowledge is something amazingly beautiful because it is infinite.


Andai ditanyakan apakah yang saya sangat inginkan dalam hidup ini? Jawapan saya; mahu menjadi perempuan yang membaca. Ya, mungkin kerana kecintaan pada buku-buku dan kata-kata tapi yang lebih penting lagi, bukankah itu perintah pertama yang diturunkan di dalam Al-Quran, Iqra - bacalah. Tuntutlah ilmu. Dan sesungguhnya, andai kita memiliki harta setinggi gunung sekalipun, ia boleh hilang atau dicuri orang pada bila-bila masa tetapi jika kita memiliki ilmu di dada, ia akan sentiasa bertambah kerana tiada siapa boleh mencurinya bahkan ia akan memandu kehidupan kita sepanjang zaman. Moga terus menjadi perempuan membaca, yang dicintai Tuhannya.


"Ada dua hal yang membuat kita hari ini berbeda dengan kita bertahun-tahun yang akan datang: buku yang kita baca dan orang-orang yang kita temui. Buku yang kita baca akan membentuk pola pikir kita, orang-orang terdekat kita akan membentuk karakter kita. Bacalah banyak buku, temui dan tumbuhlah bersama orang-orang hebat - orang-orang yang melakukan banyak perubahan besar dan orang-orang yang kamu kagumi."
- Tuhan Maha Romantis; Azhar Nurun Ala.





(ii)

I don’t want to do things for or because of you. I just want to do things for and because of Allah. Yet, I want to do things with you. Will you?


Andai ditanyakan apakah yang paling mahal dalam diri seseorang? Jawapan saya; keikhlasan. Kerana hakikatnya keikhlasan adalah sesuatu yang misteri, ia adalah rahsia di antara seorang hamba dan Sang Pencipta. Seperti kata Buya Hamka, pokok pangkal keikhlasan itu ialah niat yang tulus, kerana niat itulah yang menjadi nyawa segenap amalan. Amalan yang kecil boleh saja menjadi besar harganya lantaran kesucian niat, sebaliknya amalan yang besar boleh menjadi kecil kerana niat juga. Niat yang tuluslah yang menjadi pokok dan tiang agungnya, meskipun pekerjaan itu misalnya tidak akan tercapai kerana adanya halangan yang lain. Seperti orang-orang yang berniat untuk naik haji tahun depan, tiba-tiba meninggal pada tahun ini, tetap akan diberi pahala sama pahalanya seperti -orang yang telah naik haji juga. Atau mungkin, kita hanya sekadar berangan-angan hendak berbuat baik. itupun sudah suatu kebaikan. Sudah menjadi bukti bahawa kita telah berusaha membentuk budi untuk menuruti jalan yang mulia. Hakikat keikhlasan yang sebenar, ialah beramal dengan hati yang tulus kerana Allah s.w.t dan bukan kerana yang lain, kerana riya, atau bukan kerana mencari pujian manusia. Seperti dalam ilmu kira-kira, satu jika dibahagi satu hanya satu, satu dibahagi dua menjadi setengah, satu dibahagi tiga menjadi sepertiga, tetapi jika satu dibahagi dengan nol (sifar), ia akan menjadi infiniti, tak terhingga. Seperti itulah ikhlas, membahagikan kita yang satu bukan untuk apa-apa melainkan lillahi ta`ala. 


"It doesn’t matter whether you do what you love or you love what you do. What matters most is you do what you do because of Allah. And you love what you love because of Allah too."





---
"In the midst of searching for myself, I found You."

excerpt

A wise word to remember.

3:38 AM



When I was a young man, I wanted to change the world.
I found it was difficult to change the world, so I tried to change my nation.

When I found I couldn't change the nation, I began to focus on my town. I couldn't change the town and as an older man, I tried to change my family.

Now, as an old man, I realize the only thing I can change is myself, and suddenly I realize that if long ago I had changed myself, I could have made an impact on my family. My family and I could have made an impact on our town. Their impact could have changed the nation and I could indeed have changed the world.
 
- I Wanted To Change The World; unknown Monk 1100 A.D.


I guess everyone have a little bit of 'I want to save the world' inside our heart, and I bet that`s one of the reasons why Allah put us here, on this planet. But I just want you to know that it`s okay if you only save one person, and it`s okay if that person is you.




Seandainya kita ingin mengubah hal-hal yang besar, maka berubahlah dari sekarang, dari hal yang terkecil, yang akhirnya nanti siapa tahu, mungkin boleh mencipta revolusi. Bung Karno pernah berkata bahawa seribu  orang tua hanya mampu bermimpi, tetapi satu orang pemuda dapat mengubah dunia. Namun andai kita hanya banyak menyesali nasib, ia tidak akan sedikit pun dapat mengubah keadaan. Dan mereka yang berusaha  untuk menyembuhkan diri sendiri pasti akan dapat menyembuhkan dunia. Andai kata kita masih belum mampu berbuat kebaikan atau menebar manfaat buat orang lain sekalipun, kemampuan mencegah diri sendiri daripada berbuat kejahatan atau kemungkaran itu sudah pun lebih daripada memadai. Dan jika telah sempurna sebahagian yang kecil itu, Allah pasti akan membuka hati kita untuk lebih menyempurnakan yang selebihnya.




---
Kita sebenarnya sudah terlalu tua untuk beribadah seperti kanak-kanak. Tapi tak mengapa, mula dari basic, jom!

captures

Dan ingatkanlah jika kami terlupa.

5:08 AM

Bismillah




Kata abang tempoh hari, walau bagaimana hebat sekalipun tangan seorang pengasuh, ia tidak akan pernah sama dengan didikan dan asuhan seorang ibu. Kerana sentuhan ibu itu penuh dengan kasih sayang dan sentiasa wujud ikatan jiwa yang paling dalam. Hargailah jika kita masih memiliki mereka saat ini sebelum masa yang mengajarkan kita untuk lebih menghargai mereka. Membesarlah menjadi anak yang baik dan soleh/solehah, yang sentiasa akan mendoakan kedua orang tua sehinggalah berkumpul kembali di Syurga nan indah. Okay!




"Some were born to be lucky and some were born to be fighter."


"...kerana itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan, agar kamu tidak bersedih hati lagi terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu..." [Ali -`Imran:153]


---
Maybe some of us were never made for tranquility, stability, calmness or quite. Some of us were made for giant waves, thunder storms and hurricanes. One thing for sure, if it still hurts, it`s not Jannah, yet.

captures

People who love you are those who made du`a for you.

3:46 AM

Bismillah


You may not know me in reality but believe me I thank Allah for knowing you. Maybe one day, you`ll find me in an empty subway or maybe in a bookshop and you`ll recognize me even though we`ve never met. Till then, please keep in me your du`a.

At this age, everything is changing. Day by day we don`t notice, but just look back over the past year and you will realise everything has. People you thought that were going to be there forever aren't, and people you never imagined you'd be speaking to are now some of your closest friends. Life makes little sense, and the more we grow the less sense it will make. So make the most of now, before it all changes once again, because in the near future, all of this is only going to be memories. 
We are like children building a sand castle. We embellish it with beautiful shells, bits of driftwood, and pieces of colored glass. The castle is ours, off limits to others. We’re willing to attack if others threaten to hurt it. Yet despite all our attachment, we know that the tide will inevitably come in and sweep the sand castle away. The trick is to enjoy it fully but without clinging, and when the time comes, let it dissolve back into the sea.




Untuk setiap orang yang hadir dalam hidup kita, tidak kira kehadiran mereka itu hanya pertemuan sementara atau sahabat selamanya, setiap satu tidak dihadirkan dan dikenalkan kepada kita dengan sia-sia. Setiap mereka pasti akan ada sesuatu yang Tuhan sengaja mahu kita pelajari dari mereka. Menimba pengalaman bersama mereka. Kerana sesungguhnya setiap insan itu mengetahui sesuatu yang kita tidak ketahui dan memiliki sesuatu yang kita tidak miliki. Yang akhirnya, mengenali mereka membawa kita lebih  mengenali diri kita sendiri. Seperti kata Dr. Fina;"Kita menjadi seperti diri kita sekarang ini bukan kerana diri kita sendiri, tapi kerana semua orang yang pernah kita temui, lihat dan dengar."


Usia-usia yang mendewasakan ini mengajarkan saya bahawa  kita tidak boleh mengharapkan setiap sahabat akan kekal bersama kita selamanya. Kerana sampai suatu saat dan ketika, kita pasti akan berpisah menuju jalan hidup masing-masing yang telah diaturkan Tuhan. Akan kurangnya kebersamaan, kurangnya interaksi hingga mungkin bicara kita hanya sebatas alam maya dan mesej-mesej ringkas. Seperti sahabat-sahabat yang melangkah ke alam pernikahan, semestinya ada prioriti lain yang perlu diutamakan dan kita harus faham. Yang pasti, andai kita bersahabat kerana Allah, walau tidak bertemu dan berhubung sekalipun, sahabat yang baik akan selalu meletakkan kita dalam doa-doa mereka. Sesungguhnya orang yang selalu menyayangi dan mencintai kita adalah orang yang sentiasa menyebut nama kita di hadapan Tuhan walaupun tanpa pengetahuan kita. Dan siapa tahu mungkin, bilamana urusan kita dipermudahkan, doa-doa kita dimakbulkan, impian kita ditunaikan, hati kita disenangkan, jiwa kita ditenangkan, oleh Allah, Tuhan Maha Baik yang luas rahmat dan kasih sayangNya, ia bukan kerana usaha kita seorang diri yang berusaha mendapatkan kejayaan dan nikmat kebahagiaan, tapi kerana ada tangan lain yang menadah tangan menyebut nama kita yang turut sama mendoakan kebahagiaan dan kejayaan untuk kita.



Terima kasih sahabat dan sesiapa sahaja yang pernah dan selalu mendoakan, baik yang jauh mahupun dekat. Didoakan dirimu sentiasa dilindungi dalam rahmat dan hidayah-Nya. Allahumma ameen.


Semestinya kita tidak akan pernah tahu apa pula yang bakal berlaku hari esok. Ujian apa pula yang bakal kita hadapi nanti. Usah risau dan gelisah sahabat, kerana di setiap saat yang mendatang, Allah ada di sana. Dan dengan Dia, kita pasti boleh menempuh apa saja. Yakin! 



---
Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf andai ada tulisan-tulisan saya yang pernah menyakiti atau menyinggung perasaan sesiapa. Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa, tidak pernah terhindar dari melakukan kekhilafan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. 

sharing-is-caring

Samson.

3:11 AM


"You are my sweetest downfall, I loved you first."


Pernah dengar lagu Regina Spektor yang tajuknya Samson? Komposisinya disulam menarik, musiknya dijahit berbenangkan cinta. Cinta antara Samson dan Delilah, versi Regina Spektor. 
Berlainan dengan apa yang diceritakan oleh Rasululllah SAW kepada sahabat-sahabat dalam Kitab Mukashafat-ul-Qulub karangan Imam Al-Ghazali, malah berlainan juga dengan apa yang dinukilkan di dalam Bible.  
Apa yang diceritakan Rasulullah SAW, Samson (Sam’un Al-Ghazi) adalah seorang Nabi dari Bani Israil yang mempunyai mukjizat seperti melentur besi dan merobohkan istana. Ringkasnya, raja Israil pada masa tersebut ingin mencari jalan menundukkan Nabi Sam’un Al-Ghazi AS dengan menawarkan harta yang melimpah kepada sesiapa yang dapat menangkap Nabi Sam’un Al-Ghazi AS. Mengkhianati cinta terhadap suami, isteri Nabi Sam’un Al-Ghazi AS sendiri yang menyerahkan suaminya kepada rajaSebelum si isteri menangkap dan menyerahkan Nabi Sam’un Al-Ghazi AS kepada raja, melihat ketamakan isterinya terhadap harta yang ditawarkan dan beberapa usaha isterinya mengikat dirinya semasa sedang tidur, Nabi Sam’un Al-Ghazi AS sendiri memberitahu rahsia kekuatan luar biasanya, yang terletak pada rambutnya yang panjang, yang kalau dipotong maka hilanglah mukjizatnya. 
Dikatakan di dalam Bible (Judges), Delilah adalah pelacur yang diupah raja untuk mencuri rahsia kekuatan Samson dan dikatakan Samson sendiri jatuh cinta kepada Delilah. Pada malam Samson tertidur di atas riba Delilah, pada masa itulah rambut Samson dipotong lalu diserahkan kepada raja keesokan pagi. 
Dikatakan oleh Regina Spektor dalam liriknya adalah sebuah metafora apabila seorang lelaki jatuh cinta terhadap seorang wanita. Samson sendiri tidak berasa marah setelah rambutnya dipotong oleh Delilah kerana ya lah, cinta itu memaafkan. Delilah sendiri mengatakan Samson adalah cinta sejatinya sebelum dipaksa mengkhianati Samson kerana ya lah, kadang-kadang, cinta itu dikhianati. Dengan penuh romantis dalam lirik, dikatakan buku-buku sejarah malah Bible sendiri tidak menceritakan kisah cinta sebenar mereka, bahawa cinta mereka adalah suci, tapi memanglah, kadang-kadang cinta itu tak dapat diluah. Dan kadang-kadang, cinta itu sifatnya faham-faham-sendiri. Dan ya lah, apa yang bersifat “natural”, tak perlukan “reason” untuk ianya berlaku. 
Berbalik kepada kisah daripada Rasulullah SAW, keesokan paginya di hadapan raja, setelah diseksa, Nabi Sam’un Al-Ghazi AS berdoa kepada Allah SWT supaya dikembalikan semula kekuatannya lalu dimakbulkan dan dihancurkan semua yang berada di istana. Sebagai balasan, Nabi Sam’un Al-Ghazi AS bertekad akan berjuang menentang kekufuran selama 1000 bulan tanpa henti. 
Dan pada masa Rasulullah SAW bercerita itulah, Malaikat Jibril AS turun membawa wahyu bahawa terdapat satu malam di bulan Ramadhan yang lebih baik daripada beribadah 1000 bulan.

- Samson; Hafifihadi.





Pernah terbaca dalam satu artikel berkaitan kisah yang sama, dan pernah berkongsi dengan seorang sahabat ;) Tapi versi Hafifihadi ni macam tak boleh nak move on bila baca. Beautiful.

Semestinya malam yang dimaksudkan ialah malam  Lailatul Qadar. Selamat mencari!

captures

Don`t worry baby.

3:30 AM



Happiness doesn’t result from what we get, but from what we give. One piece of advice from me to you my lovely readers, always be a `good book` to everyone because a good book is an education of the heart.


"Cikgu, Paan kata dia nak kahwin dengan cikgu bila besaq nanti." 

 "Paan, nanti cikgu dah tua kerepot awak tak kahwin dengan cikgu siap awak."




Kata Hamka, semulia-mulia didikan ialah yang diajarkan pada waktu kecil kerana ketika kecil, batin mereka masih lembut, lebih mudah untuk dibentuk. Kanak-kanak juga insan istimewa kerana mereka mudah untuk menerima sesuatu berbanding orang dewasa mahupun remaja. Mereka adalah insan yang suka memerhati setiap perkara disekeliling mereka baik besar mahupun yang kecil. Maka, selalulah memperlihatkan nilai-nilai yang baik dihadapan mereka kerana seringkali setiap perkara yang dilihat itu mudah mereka contohi. Bermula dari pakaian, cara berjalan bahkan setiap perkataan keluar dari mulut kita, mereka akan ingat dan perhatikan. Sebagai seorang guru apatah lagi ibu bapa, insan paling rapat dengan mereka perlulah selalu menjaga adab, tingkah laku dan cara percakapan agar perkara yang dicontohi itu hanyalah hal-hal yang baik. Setiap didikan yang dibentuk pada waktu kecil itulah yang akan banyak menentukan sifat dan sikap mereka apabila dewasa kelak. Dan seringkali salah laku itu berlaku disebabkan kerana kurangnya perhatian dan kasih sayang yang seharusnya diterima pada peringkat kanak-kanak seperti yang disebutkan Gary Chapman;


The 5 Love Languages; pg.20

Satu pesan yang saya selalu ingat dari seorang pensyarah pembimbing saya, katanya mengajar kanak-kanak umpama membantu sekumpulan insan yang tersesat di hutan. Nak membimbing mereka, selalulah berjalan di belakang agar tiada siapa yang tertinggal. Setiap murid itu berbeza. Ada yang  mampu untuk berjalan laju dan ada yang berjalan sangat perlahan. Menjadi tanggungjawab guru untuk membawa setiap seorang dari mereka keluar dari hutan tersebut. Jika berhadapan dengan murid yang bermasalah, banyaklah bersabar dan belajar merendahkan ego kerana siapa tahu dalam kalangan murid yang menjengkelkan dan melelahkan itu, salah satu di antara mereka kelak akan menarik tanganmu menuju syurga.




If there is one thing that I want to change in a country, the first thing would be the education system. If we spent more money on educating our kids and less money on going to war maybe then the world would become a better place. We may not be able to prepare the future for our children but we can at least prepare our children for the future.




---
Kadang bukan tak nak marah, tapi sebab cikgu sayang dengan anak-anak murid cikgu. Semoga menjadi insan yang berguna bila besar nanti. Dan didoakan kejayaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah ameen. 

captures

Kata.

2:15 AM




Kembali ke sekolah hanya untuk menyiapkan kutipan data untuk kajian tindakan tahun akhir. Datang tak maklum, cikgu-cikgu dan murid-murid pun pelik nampak muka kami lagi kami kat sekolah pagi tadi. Guru besar pun dah bertukar. Sempat sesi taaruf, berkongsi pengalaman dan nasihat-nasihat yang berguna. Tapi yang tak boleh lupa, waktu buat ujian pra kat kelas tadi. Haris and the gang datang meja saya dan kata; 

"Terima kasih cikgu sebab tak tipu kami."

"Awat pulak?"

 "Ya la. Hari tu cikgu kata nak mai mengajaq sekolah kami lagi."

"Sayang, cikgu sementara je kat sini. Jangan berharap sangat dengan yang sementara, okay."








---
My words aren`t just words. They are messages. To be able to read between the lines is when you actually listening to my stories.

captures

To the one who always loud in a quite way.

4:09 AM



Allah mencintai-mu, selamat mencintai-Nya! :)

"He is nothing special. He is just a common person with common thoughts and he leads a common life. There are no monuments dedicated to him and his name will soon be forgotten, but one thing is certain, he never pretend to be a good person, in fact by a lot of standards he is not. But he has been living so truthfully to himself and that is enough."



You know how sometimes you meet someone and everything changes, just like that? Suddenly the world comes together, and you know what you`ve been missing all your life.



That`s happen to me.






Semestinya Tuhan memperkenalkan dan menemukan kita dengan banyak orang agar kita lebih mengenal dan memahami diri kita sebenarnya. Dan hanya apabila kita dapat belajar memahami diri kita sendiri, barulah kita akan dapat belajar memahami orang lain. Segalanya perlu bermula dengan diri sendiri.


"..untuk setiap proses baik yang melukakan atau membahagiakan, ada saja pembelajaran yang membuatkan diri makin matang dalam 'memandang' kehidupan. Mengenal orang-orangnya, memperbaiki akhlak, mengubah paradigma dan sudut pandang terhadap sesuatu, malahan adakalanya tanpa sedar menemukan diri dengan kehendak dan keperluan sebenar peribadi, hingga akhirnya menjadikan diri lebih baik." 
-  kak umairah.





---
You could be a big part of someone else's life and not even know it. To the world you may be just one person, but to one person you may be the world. Learn not to rely so much on others. But never, ever teach yourself to deny others either. There will be days when you feel cold and empty. But there will also be ones with light and warmth. Wait for them. You`re allowed to feel sad even if you`re supposed to be happy. Running away is not a weak thing to do. It takes strength to let go of things. Even bad things. And last but not least, just because you loved and lost, does not mean that you cannot love again. Keep that in mind, okay!

captures

Cherry blossom.

6:07 PM


Bismillah



For attractive lips, speak words of kindness.
For lovely eyes, seek out the good in people.
For a slim figure, share your food with the hungry.
For beautiful hair, let a child run his or her fingers through it once a day.
For poise, walk with the knowledge that you never walk alone.
People, even more than things, have to be restored, renewed, revived, reclaimed and redeemed; never throw out anyone.
Remember, if you ever need a helping hand, you'll find one at the end of each of your arms.
As you grow older, you will discover that you have two hands, one for helping yourself, the other for helping others.
The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries or the way she combs her hair.
The beauty of a woman must be seen from in her eyes, because that is the doorway to her heart, the place where love resides.
The beauty of a woman is not in a facial mode but the true beauty in a woman is reflected in her soul. It is the caring that she lovingly gives the passion that she shows. The beauty of a woman grows with the passing years.

― Audrey Hepburn




Buat para gadis yang membaca tulisan ini, siapa pun kalian walau bukan yang rupawan atau jelitawan, tetaplah mahu menjadi hamba-Nya yang selalu manis dengan kesederhanaan dan kesyukuran. Tahukah kalian, bahawa dalam himpunan banyak mata, pasti ada mata yang melihatnya sempurna. Tidak mengira luaran yang kamu miliki tetapi menilai dalaman yang kamu ada.

Dan yang pasti, mata yang Maha Mengasihani melihat apa yang terkandung di dalam hati kamu. Apa yang kamu fikirkan? Apa yang kamu niatkan? Apa yang kamu cuba buktikan? Luaran kamu, kamu tidak menarik. Tetapi mudah-mudahan isi dalaman kamu, Tuhan tertarik kerana kamu diciptakan dengan sebab. Untuk bernafas dalam jiwa kehambaan dan merasai kecantikan daripada sudut kekurangan. Menyedari hakikat yang Maha Sempurna hakiki itu Cuma milik Yang Maha Esa.

Jadi siapa kata kamu tidak cantik? Tersenyumlah. Hari ini kamu belajar sesuatu melalui seseorang yang memberikan lagu inspirasi ini kepada kamu.

:)



---
You are not beautiful people, you are truly beautiful people. Asal memiliki hati yang cantik, walau tiada siapa menyedari akan keindahan hati tersebut. 

tulisan

Life lesson (iii) Seperti akar dan padi.

7:42 PM


Bismillah


Seandainya kehidupan di atas muka bumi ini diandaikan umpama sebatang pohon, maka pilihlah untuk menjadi akar daripada pohon. Pohon itu sentiasa terdedah dengan pujian, celaan dan segala ribut taufan sedangkan akar tersembunyi, teguh di dalam tanah, tiada terdedah pada pujian dan kejian. Hatta ribut taufan sekalipun tidak akan memberi kesan padanya. Namun hakikatnya ia adalah tunjang wujudnya pohon. Segala kejayaan yang diperolehi dalam kehidupan ini hendaklah segala pujian diisbatkan pada Allah kerana kita hanyalah hamba yang fakir, tiada berdaya. 


Sentiasa berpegang pada prinsip padi, semakin berisi semakin tunduk ke bawah. Tanamkan sifat akar pada diri, yang rendah di dalam bumi, tidak dapat dilihat, jauh sekali daripada perhatian dan pandangan manusia, tidak mahu diketahui, dan hanya berbicara atau menulis dalam bahasa yang perlu dan pada mereka yang perlu. Biarlah tetap di belakang menjadi akar, bergerak senyap bagaikan anai-anai, pantas bagaikan larian kuda perang, jiwa kental bagaikan kepingan besi. Sifat suka menonjolkan kehebatan mudah memperlihatkan adanya kesombongan. Ia tidak akan disenangi oleh masyarakat dan agama yang sangat menekankan ketauhidan. Sikap tersebut akan mudah menciptakan musuh bahkan mungkin terdedah dengan ancaman, iri hati dan kebencian daripada masyarakat.


Jika perlu berbicara, biarlah dalam adab agama dan budaya yang boleh diterima oleh semua walaupun kita berada dalam pelbagai wadah mahupun wajah. Elakkan daripada mengikuti budaya dunia yang suka diketahui dan mengejar pengiktirafan dan pujian tidak kira dalam gerak kerja yang dilakukan mahupun dalam kehidupan. Kemuliaan sebenarnya tidak perlu dicari namun jika Allah mengkehendaki, ia pasti akan datang sendiri. Bimbang amal-amal murni yang dilakukan bertahun hancur dihujungnya bagaikan debu lantaran dimusnahkan sifat takbur, ujub dan riak. Cukuplah Allah bagi kita dan kepada Allah kita serahkan diri dan segalanya. InsyaAllah ameen.



---
Biar dikenali sebagai orang yang biasa-biasa, kerana akhirnya nanti niatlah yang membezakan setiap manusia. Asalkan selalu meniatkan kebaikan, sungguh kau tak henti berkebaikan selama berniat baik.

captures

Kasih sepantun tulisan pinggan.

2:42 AM



"Anyone can have a friend, but the one that would walk in a storm to find you is all you will ever need."



Sahabat adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi,
dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih,
dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu,
jika dia harus tahu musim surutmu,
biarlah dia mengenali pula musim pasangmu,
Apakah gerangan sahabat itu,
jika kau sentiasa mencarinya untuk sekadar 
bersama membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama
menghidupkan waktu.


- Kahlil Gibran.





"Allah akan selalu memilih dan menghantar orang yang tepat dalam satu-satu kurniaan-Nya. Dia tahu apa yang paling kita perlu dalam hidup." - Kak Umairah.



---
There`s an old Malay proverb says,`kasih sepantun tulisan pinggan.`It means `a never ending love.` I hope you still remember.