captures

Love lesson (vii) Love.

4:49 AM

Bismillah



"Many years ago, our father Ibrahim (alayhissalam) made a choice. He loved his son. But He loved God more. The commandment came to sacrifice his son. But it wasn’t his son that was slaughtered. It was his attachment. It was his attachment to anything that could compete with his love for God. And the beauty of such a sacrifice is this: Once you let go of your attachment, what you love is given back to you—now in a purer, better form." 
- Yasmin Mogahed


Guru saya selalu bercerita  berkenaan kisah Nabi Ibrahim a.s setiap kali menyebutkan perihal cinta kerana katanya, hikmah yang diambil daripada kisah tersebut jelas membuktikan bahawa perasaan cinta itu sangat berkait rapat dengan ketauhidan. Situasi yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim adalah untuk memilih diantara cinta kepada manusia dan ketauhidannya kepada Allah. 

Cinta dan ketauhidan itu sangat dekat kerana seringkali sesuatu atau sesiapa yang kita cintai itu mampu menjadi 'keterikatan' kepada diri kita seperti yang sering disebutkan dalam kitab-kitab tasawwuf dan ahli-ahli Sufi, bahawa perasaan cinta merupakan perasaan paling kuat dalam diri seorang manusia. Jika ia tidak dikemudikan dengan baik, kita mungkin akan 'hilang diri'.

Namun, dalam hal-hal yang melibatkan perasaan itu bukanlah atas kekuasaan diri kita untuk menentukannya. Seperti kata Shaykh Abdul Aziz Fredericks dalam satu kuliah;



"It is Allah who brings ulfa between people's hearts." So, if you've got it, you've got it. Affection is a gift from Him the Creator. 



Sebagai hamba yang mengenal diri dan tahu sejauh mana kelemahan diri kita, ada baiknya jika urusan hati dan perasaan itu diserahkan sepenuhnya pada Sang Pemilik, biarlah dia yang menjaganya kerana kadang kita sendiri pun tidak mampu untuk menjaga hati kita sendiri. Perasaan cinta yang hadir dalam jiwa manusia itu tidak pernah salah bahkan ia tiada kaitan dengan halal mahupun haram. Namun seringkali cara kitalah yang menyebabkan ia menjadi fitnah hingga kadang 'merosakkan' diri sendiri. Cinta boleh jadi sumber masalah, namun jika kebijaksanaan yang menjadi landasannya, maka cintalah yang akan mendewasakan kita. Mendidik kita untuk bijak dalam mengemudikan rasa dan yang sangat penting, tidak sesekali menjadikan ia sebagai satu 'ketergantungan' dan 'keterikatan' buat diri. Dibimbangi apabila meletakkan ketergantungan pada sesuatu yang bersifat sementara, kita akan kecewa dikemudian hari. Bukankah tiada yang kekal selama-lamanya di atas muka bumi ini?

Sering disebutkan oleh Ust. Fakhrurrazi dalam pengajian kitab Allah; Syariat dan Hakikat, kaitan cinta dan ketauhidan ini lebih banyak difahami oleh mereka yang berada di alam pernikahan hinggakan pernah saya mengutarakan soalan, lalu Ustaz kata, "Ary takkan faham sekarang, kena nikah dulu." Dengan batasan ilmu yang dimiliki, cukuplah  memiliki kefahaman bahawa cinta kepada Allah itu adalah cinta yang mengikat (tauhid), sedangkan cinta kepada manusia itu adalah cinta yang membebaskan (dari segala ketergantungan dan keterikatan). 

Ketahuilah bahawa cinta yang baik tidak  sesekali menyakitkan bahkan ia menghadirkan ketenangan dan kelapangan. Kerana itulah cinta kepada Allah perlu lebih banyak dipasakkan ke dalam hati agar bila tak diberi apa yang kita nak, kita tidak terlalu merasai kehilangan dan kesedihan yang berpanjangan, bahkan rasa redha menerima ketentuan. Sekiranya diberi apa yang kita nak sekalipun, kita tidak melebih-lebihkan perasaan kerana sedalam mana cinta kita kepada sesuatu atau sesiapapun, ia tidak seharusnya melebihi kecintaan kita kepada Pencipta. 

Jangan sesekali memaksa orang menerima cinta kita kerana hanya Allah sahajalah yang mampu menumbuhkan rasa. Seringkali sesuatu yang lahir daripada keterpaksaan tidak selalunya melahirkan cinta bahkan kebencian. Allah sentiasa lebih tahu apa yang Dia sedang lakukan. Andai tak diberi apa yang kita nak, Dia hakikatnya memberikan apa yang kita sebenarnya lebih perlukan. Sekiranya seorang manusia itu diberikan segala dunia dan isi-isinya sekalipun, akan selalu ada satu kekosongan di dalam hati yang hakikatnya tidak boleh diisi melainkan dengan cinta kepada Allah dan dengan amalan yang membawa kita kembali kepadaNya dan mengingatiNya selalu.










The true essence of love - it`s not about winning someone and it's not about owning a relationship. It's about being happy because you know you've loved someone and it's about being guiltless because you know that you didn't take away someone from anybody. You just loved, and loved unselfishly. Even if that person can never be yours, even if you know it can't last forever. 





---
Allah is Al - Wadud, the source of love. If you want real love, you have to seek the One who created love. Only then, will you find true love. Selamat menghidupkan cinta Tuhan. :)

books

"Sorry, I've spoiled the book."

4:58 AM

Bismillah



p.s: Baca buku ni sambil dengar lagu Sóley , baru feel.

Sebagai seorang penggemar buku kanak-kanak dan illustrasi saya rasa buku The Strange Library antara buku yang tak sia-sia untuk dimiliki. The Strange Library merupakan buku ilustrasi pertama Murakami. Namun saya tak rasa buku ni sesuai dikategorikan sebagai buku kanak-kanak sebaliknya ia adalah buku fantasi khusus untuk pembaca  dewasa. Setiap helaian pada buku tersebut memuatkan ilustrasi yang sangat menarik dan unik. Menurut Murakami sendiri kesemua ilustrasi dan gambar tersebut diambil daripada buku-buku lama milik The London Library. Ia membuatkan sesiapa sahaja yang membacanya merasakan seperti mengembara bersama dalam setiap inci pengalaman penulis berada dalam perpustakaan tersebut.

Seperti kebiasaan bila saya baca buku, saya akan pilih karakter yang saya suka dan belajar sudut pandang karakter tersebut. Tapi saya rasa karakter-karakter dalam cerita ni taklah rare dan unik mana pun. Satu-satunya karakter yang bawa pengajaran yang baik hanyalah karakter ibu penulis yang selalu beri nasihat-nasihat kecil yang berguna;


"The librarian flipped their front covers back to check the due date. They weren't overdue. I'm always on time, and I never hand things in late. That's the way my mother taught me. Shepherds are the same. If they don't stick to their schedule, the sheep go completely bananas."



"That wasn't the way I was raised. My mother taught me that if you knock on a door, you have to wait there until someone answers."



"To tell the truth, I wasn't all the eager to learn about Ottoman tax collection - the topic had just popped into my head on my way home from school. As in, I wonder, how did the Ottomans collect taxes? Like that. And ever since I was little my mother had told me, if you don't know something, go to the library and look it up."


Bagi pembaca yang baru nak start baca Murakami, saya tak rasa buku ini sesuai buat mereka sebab "dengan harga satu buku ini, awak boleh dapat dua buah buku Murakami dengan jalan cerita yang lebih menarik. Seriyes." Dan daripada review pembaca sendiri kebanyakan mereka merasakan buku ni antara buku Murakami yang 'agak membosankan' sebenarnya. Namun, sebagai peminat buku-buku Murakami yang 'tak-la-fanatik-mana-pun', kebanyakan buku-buku Murakami hanyalah sesuai bagi pembaca yang suka dengan 'deep reading.' Dan daripada keseluruhan cerita, mesej utama yang dibawa oleh Murakami adalah berkaitan knowledge. If you have knowledge, your brain is not the same with the others. 




“Mr. Sheep Man,” I asked, “why would that old man want to eat my brains?”
“Because brains packed with knowledge are yummy, that’s why. They’re nice and creamy. And sort of grainy at the same time.” 
“So that’s why he wants me to spend a month cramming information in there, to suck it up afterward?” 
“That’s the idea.” 
“Don’t you think that’s awfully cruel?” I asked. “Speaking from the suckee’s point of view, of course.” 
“But, hey, this kind of thing’s going on in libraries everywhere, you know. More or less, that is.” 
This news staggered me. “In libraries everywhere?” I stammered.
"If all they did was lend out knowledge for free, what would the payoff be for them?" 



Tapi tak ramai yang berminat dengan 'deep reading', mungkin sebab tu kebanyakan pembaca rasa buku ini agak membosankan, heh. But it`s okay, peace! ^^,v




---
p.s: Sorry Murakamian, I`ve spoiled the book. ^^,"

captures

Sala Samobójców (2011).

8:37 AM

Bismillah




Menonton semula filem Sala Samobójców tempoh hari membuatkan saya teringat momen menyiapkan isi forum untuk subjek Guru dan Cabaran Semasa  di Bainun dahulu. Ada ketika bila rasa bosan nak baca buku maka menonton filem juga adalah cara yang baik untuk mendapatkan idea-idea bernas, kan?  Dan saya memang tipikal visual learner yang memang suka kuliah yang diselitkan dengan video-video menarik. ^^,v


Sala Samobójców (The Suicide Room) adalah antara filem Polish yang membawa kita mengimbau semula budaya emo zaman sekolah dahulu; geng suka pakai baju hitam, muka  depress, pakai celak mata dan layan lagu Helena. Memang ada golongan sebegini yang wujud di sekolah saya dulu (bahkan mungkin di mana-mana sekolah)  dan kadang kebanyakan mereka bukan depress sangat (pun) --, cuma terpengaruh dengan budaya yang dilihat di televisyen juga lagu-lagu Barat yang dianggap, cool. Tipikal zaman remaja yang nak cuba semua benda, heh. Saya layan juga lagu Helena dulu tapi taklah sampai 'terbawa-bawa' sangat. Sampai sekarang pun tiap kali terdengar lagu tu mesti teringat zaman budak Stella. hmmm, dah tak payah cerita!






Namun watak Dominik, Sylvia dan karakter-karakter dalam Suicide Room menyampaikan mesej bahawa sememangnya ada golongan remaja emo yang benar-benar broken dan depress di luar sana. Kebanyakan mereka mengalami tekanan jiwa dan masalah dalaman berpunca daripada masalah keluarga, dibuli dan krisis identiti. Dari perspektif remaja saya rasa filem ini mungkin diminati hanyalah disebabkan watak Dominik yang cool dan good looking semata-mata. Hakikatnya watak Dominik mencerminkan seorang remaja kesunyian yang mencari teman untuk berbicara dan meluahkan segala perasan yang terbuku dihatinya. Berkenalan dengan  Sylvia melalui Suicide Room; satu site yang mengumpulkan  remaja yang 'melarikan' diri daripada kehidupan realiti membuatkan Dominik merasakan dirinya menemukan sebuah 'keluarga'. Namun kesemua mereka sebenarnya tidak membawa pengaruh baik terhadap Dominik hingga menyebabkan dia mengurung dirinya dan  menghabiskan masa dengan dunia maya.


Mesej utama yang cuba disampaikan melalui filem ini bukanlah berkaitan emo culture mahupun krisis remaja semata-mata tetapi yang lebih utama adalah berkaitan peranan ibu bapa dalam  sesebuah keluarga sebenarnya. Ada satu babak dalam filem ini di mana ibu bapa Dominik  cuba mendapat khidmat seorang kaunselor untuk membantu anak mereka. Namun ketika diajukan beberapa soalan berkaitan perihal anak mereka; hobi, minat dan sebagainya, barulah ibu bapanya sedar bahawa selama ini mereka belum cukup mengenali anak mereka sebenarnya. Seperti yang berlaku pada hari ini, segelintir ibu bapa di luar sana menganggap peranan mereka adalah memberi pendidikan dan menyediakan segala keperluan fizikal buat anak-anak sudah mencukupi namun ramai ibu bapa yang lupa akan tanggungjawab yang lebih utama; membina hubungan, meluangkan masa dan  yang paling penting, komunikasi dengan anak-anak yang semakin hilang.

Banyak lagi pengajaran yang boleh diambil dari filem ini sebenarnya. Ambillah yang baik dan yang buruk dijauhi. Seperti satu entri saya pernah kongsikan dahulu, mendidik anak-anak dari usia kanak-kanak sebenarnya lebih mudah  kerana seperti kata Frederick Douglass, "It is easier to build strong children than to repair broken men."


captures

Die with memories, not dreams.

2:36 AM


December to remember.

"We're waiting for tomorrow,
But tomorrow never comes,
Our last breath is right upon our heels,
Yet we still refuse to run.


86400 seconds,
And we're in another day,
All slipping through our fingers,
As we look the other way.


Days, weeks, months and years,
Are made up of right now,
A string of fleeting moments,
That we can never pin down.


We gaze into the future,
As though it's where we're meant to be,
Always planning for that day,
When we can say we're happy.


We spend so long looking forward,
That we may as well be blind,
Since we don't see until the very end,
All the things we've left behind.


Now I know it's just a theory,
But I think I've worked out how,
The only way to happiness,
Is to love what we have now."


When I say I want to travel, I want to discover small coffee shops. I want to sit there and watch the world goes by. I want to walk on beaches. I want to browse the secondhand book stores. I want my mind to be in constant awe. I want to be able to remember how I was transformed by the places I've been to, the things I've seen and the people I've met. I want to come home and realize that I have not come home whole, but have left a piece of my heart in each place I've been.


---
"Mulai impianmu untuk keliling dunia dengan negerimu, kerna negerimu ini juga sebahagian dari dunia." - A. Fuadi.

captures

Life lesson (v).

2:28 AM

Bismillah



Tidak semua orang yang ada di sekeliling kita benar-benar memahami diri kita sebenarnya. Sedikit sekali orang yang boleh memahami bahasa jiwa kita tanpa kita perlu banyak bicara. Satu hal yang pasti, seringkali orang  yang paling dekat dengan kita  selalu memiliki kata yang paling tepat buat diri kita. Merekalah insan yang digelar ayah dan ibu. Dua insan yang menjadi kisah terawal dalam bab kehidupan setiap insan. Merekalah yang lebih mengenali, memahami dan semestinya sangat menyayangi kita sejak kecil hinggalah hari ini, yang selalu mahu melihat kebahagiaan kita sampailah tiba suatu saat nanti, apabila mereka sudah tiada lagi didunia ini untuk membuat kita tersenyum. 



Maka, jangan lupa untuk bahagia, dan didoakan kita selalu menjadi bahagian dari bahagia mereka, di dunia dan akhirat. InsyaAllah ameen. 






---
Daripada Aisyah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Melihat pada tiga perkara adalah ibadah iaitu melihat kepada wajah ibu bapa, Al-Quran dan kepada laut”. (Hadis Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan lafaz “Melihat kepada Kaabah adalah ibadah”. (Hadis Riwayat Abu Daud).

captures

"If you weren't you, then we'd all be a bit less we."

5:23 AM

Bismillah


"Before I met you I used to stare down at my feet while I walked but now I smile at everyone I see."

(i)

Ketika kita selalu berusaha untuk "terlihat" hebat, dan kita tahu bahawa itu adalah sesuatu hal yang tidak mudah, kita hakikatnya hanya menjadikan jiwa kita sebagai boneka. Perkara yang paling nyaman adalah ketika kita hanya perlu menjadi diri kita sendiri, dan seandainya ada yang menyukai diri kita, itu adalah kerana mereka mampu melihat keunikan diri kita, bukan kerana kita "terlihat" hebat di depan mereka.

Seperti kata Kak Mariah, "kami suka berbeza. Kerana berbeza itu melengkapkan." Allah sengaja menciptakan perbezaan supaya kita lebih menghargai akan setiap penciptaanNya. Allah ciptakan perbezaan agar jiwa sentiasa syukur, bukan merungut. Kerana apa yang dariNya tiada yang buruk. Semuanya indah-indah belaka.


"One thing you need to realise is that good muslim women come in all forms. There isn't one officially sanctioned version. Just look at the mothers of believers: they were all different, with characters and personalities all of their own. The only thing they conformed to was the love of Allah and His Messenger S.A.W, and their commitment to Islam. So why are we made to feel that we need to conform to more than that?" 
- She Wore Red Trainers; Na'ima Robert.




(ii)

Kelembutan seringkali lebih mampu mengubah manusia, berbanding yang bernada sentap. Kerana untuk membina manusia itu perlulah sesuai dengan fitrah diri mereka. Dan belajar memahami manusiawi perlulah bertepatan dengan konsep dakwah itu sendiri - ‘menyentuh’ manusia melalui hati. Bukan hanya teguran, sindiran yang hakikatnya menjauhkan hati mereka dari kebenaran.

Umpama bila kita nak bagi buku pada seseorang, dan kita tahu bahawa dia seorang pembaca tegar buku-buku Haruki, maka jangan dekati mereka dengan memberi buku-buku haraki kerana ia tidak akan pernah mendekatkan mereka kepada perjuangan, malahan seringkali ia membuatkan mereka lebih menjauhi kita. Matlamat dakwah bukanlah untuk mengubah manusia, tapi yang lebih utama, mengembalikan semula jiwa dan rohani manusia kepada Tuhan. Di dalam jasad, rohani setiap manusia itu sedang menghadapi dugaan-dugaan yang hebat. Dan sebab utama tidak lain kerana sistem kehidupan hari ini banyak mengajarkan kita untuk lebih bergantung pada diri sendiri hingga sedikit sebanyak menghakis rasa kebergantungan kepada Tuhan yang hakikatnya fitrah sebenar rohani setiap insan - menginginkan Tuhan. 


Satu kuliah pernah menceritakan berkenaan sirah-sirah Nabi. Dan diceritakan bahawa Rasulullah memulakan dakwah dengan bicara keTuhanan (Tauhid) bukan syariat (ibadah - zakat, puasa, solat, dll). Selama 13 tahun dakwah Nabi adalah untuk meletakkan Tuhan di dalam jiwa para sahabat yang akhirnya menghilangkan 'rasa miliki' dalam diri mereka dan mengubahnya kepada  kefahaman bahawa 'segalanya milik Allah'. Kerana itulah para sahabat dahulu sangat hebat jiwa mereka hinggakan sanggup mengorbankan harta, jiwa dan raga demi agama. Selepas 13 tahun barulah turunnya perintah-perintah Allah berkaitan syariat (ibadah). Hikmahnya adalah untuk mengkhabarkan manusia bahawa syariat itu akan datang dengan sendiri apabila jiwa manusia itu berTuhan. Apabila telah wujud Allah dalam jiwa mereka, lantas mereka sendiri yang akan mencintai Allah, kemudian mahu berilmu, mahu beribadah, mahu berakhlak dengan baik yang akhirnya melahirkan manusia patuh kepada batas syariat dengan baik. Lalu lahirlah insan yang mengamalkan Islam dengan penuh santai, bahagia dan cinta, bukan kerana 'terpaksa'. Sesuatu yang lahir daripada keterpaksaan itu tidak selalunya melahirkan cinta.


Mungkin penulisan ini agak berat untuk difahami, namun begitulah hakikat ilmu tauhid sebenarnya, ia tidak penting untuk difahami tapi penting untuk dirasai kerana tauhid bukan ilmu akal, ia adalah ilmu jiwa (rasa). Satu kalam guru saya, katanya;


"Hidup ini hanya ada dua jalan sahaja, jalan bercahaya atau kegelapan. Sesungguhnya awal agama itu adalah 'makrifatullah' (mengenal Allah). Apakah erti solat, puasa dan setiap ibadah-ibadah kita andai dua kalimah syahadah kita belum sempurna? Kerana kalimah syahadah itu umpama tapak, walaupun solat tiang agama, seandainya tapaknya tidak kukuh, bagaimana nak mendirikan tiang?"


Kalam yang agak deep mungkin, tapi kalau tak faham hari ini tak apa, esok-esok mungkin Allah sendiri yang akan memahamkan. InsyaAllah.











Don't compare your chapter 1 to someone else's chapter 20, okay. Bawalah watak diri masing-masing kerana setiap kita punya potensi untuk menambah nilai dalam hidup manusia. Kalau tak jumpa lagi, cari. Dan kalau nak bawa orang kepada Tuhan, tak bolehlah 'skema' sangat. Ingatkanlah bila saya terlupa.

captures

Dia adalah perempuan bahagia.

12:00 AM

Bismillah

She thought the sunset was pretty but I thought she was prettier. :)


Perempuan tidak selamanya menunggu, kan? Kerana menunggu adalah kerja bagi orang yang tidak punya kerja. Lihatlah mereka-mereka yang menunggu, hanya boleh meratap dalam detik-detik yang semakin menjebak. Saat ini adalah saat penyempurnaan takdir yang tetap berjalan. Maka jadikan ia sebaik-baik masa, dalam hikmah yang terbentang luas dari pemikiran. Hiasi saat ini dengan mencari dan memberi, tentang ilmu misalnya, yang kita tahu tidak berpenghujung.


Perempuan tidak selamanya menunggu, kan? Kita boleh saja menjemput. Menjemputkan ilmu misalnya, dari pengalaman-pengalaman orang sekeliling yang berserakan. Tinggal kita petik, kita olah sedemikian rupa dan kita padupadankan ia menjadi sesuatu yang bermakna untuk dijadikan bekalan kini dan nanti. Semakin kita menjemput ilmu, semakin kita akan berasa bahawa betapa Maha Besar Allah mengizinkan kita belajar dari pengalaman-pengalaman orang lain.


Perempuan tidak selamanya menunggu, kan? Sebab waktu pun tidak pernah menunggu. Ia dalam detak sendirinya, tetap akan menyeret kita dalam waktu pertanggungjawaban pada Allah, ketika suatu hari akan ditanya “Kau isi apa waktu menunggumu?”, takutlah jika semua bersaksi bahwa kita hanya menjadi penunggu, tanpa amal yang menyelamatkan.


Dan sememangnya setiap perempuan tidak selamanya menunggu. Kerana Allah ciptakan kita bukan hanya sekadar untuk menunggu bayang-bayang imaji sebaliknya untuk berdaya guna bagi semesta. Membuat karya dan mencipta rasa. Belajar untuk tetap indah tanpa memanjang dan menayangkan kesepian yang panjang dalam dunia maya. Tetaplah memperbaiki diri dan menata hati agar kita semakin menjadi yang terpilih, menjadi perempuan yang dicemburui bidadari.


Tidak, kita tidak perlu berubah. Kerana banyak orang yang memaksakan diri untuk berubah, akhirnya mereka hanya kembali kepada dirinya yang semula - yang ingin dia gantikan. Tapi kita harus 'bertumbuh'. Memilih menjadikan masalah dan pengalaman sebagai pelajaran hidup yang membuatkan kita semakin 'kaya'. Membiarkan setiap rangkaian pelajaran itu membuat diri kita difahamkan bahawa kita perlu mengubah diri.


'Bertumbuhlah' besar. Membesarkan ilmu, membesarkan amal. Membesarkan hati bukan kepala. Membesarkan cita-cita, membesarkan cinta. Membesarkan ikhtiar, membesarkan tawakal. Membesarkan ikhlas, sabar dan syukur.


'Bertumbuhlah' dewasa.





---
Kamu tahu siapa yang lebih memikat dari perempuan cantik? Dia adalah perempuan bahagia.