writes.

Sempurna.

4:45 PM








Walaupun lukisan kita tidak seindah lukisan yang lain,
tulisan kita tidak sehebat orang lain,
ia tetap ilham dari Tuhan.




Dan kita, terus kekal dengan `sempurna` kita,
yang `biasa-biasa`,
dengan cara tersendiri.





Cukup, menjadi diri sendiri.

:)


---

Tulislah apa yang kau fikirkan, lukislah apa yang kau bayangkan, kerana ilham Tuhan ada di kepala, kau cuma perlu keluarkannya dengan hati, untuk sampai ke hati yang lain.

thoughts.

Don't let appearances fool you.

4:02 PM



`Jiwa bertuhan` itu bukan dibentuk pada gambaran luaran. Aspek luaran itu mudah saja dibentuk dan diiklankan. Namun `jiwa bertuhan` itu hakikatnya jarang yang dapat mencapainya.

Kebenaran seseorang itu bermakrifat dalam hatinya hanya dapat dilihat pada akhlaknya dalam menempuh ujian seperti nikmat atau musibah, kaya atau miskin, tika dipuji atau dikeji, atau tika ramai atau sedikit yang mengikutinya. 
-Murobbi


Maka  menzahirkan ke`lebai`an kita dengan Allah itu bukan yang utama. Berpakaianlah dengan pakaian akhlak.


Seseorang yang berpakaian akhlak itu adalah yang sentiasa berkasih sayang sesama yang lain. Tidak kira sesama fikrah mahupun tidak. Andai diuji, dia tidak akan pernah mengeluh dengan takdir Allah, bahkan berjalan dengan takdir Allah. Dia sentiasa santai dalam kehidupan, tidak kira saat lapang mahupun tika dihimpit dengan musibah. Kerana dirinya percaya segala bentuk ujian  dan musibah itu adalah dari Allah, maka Allah jualah yang akan memberi jalan keluar.


Persoalannya siapakah dia yang memiliki kesemua ciri-ciri ini dan harus dicontohi? Semestinya bukan diri saya tetapi Muhammad s.a.w. Teladanilah sirah-sirah Baginda.




Saya masih belajar. Semoga kalian juga. Selamat belajar!

writes.

Cukuplah, menjadi orang yang biasa-biasa.

4:43 PM








Lelaki dan wanita yang sederhana namun hatinya bercahaya,
seperti bintang yang benderang di gelapnya langit malam.

191213;0443




Orang biasa yang luarbiasa
mereka pemilik jiwa orang dicintai Allah
jika ditanya apakah kelebihan mereka
nescaya mereka tiada mengetahui
jika dipuji, nescaya mereka malu menerimanya
jika dalam majlis, datangnya tiada disedari, pulangnya tiada diketahui
jika ditanya ilmu, nescaya mereka hanya mengatakan kadar untuk ibadahnya
jika ditanya amal, nescaya mereka hanya menjawab sekadar yang wajib dan sedikit yang sunat
jika ditanya harta, nescaya dijawab sekadar untuk melepaskan keperluan kehidupan
namun jika ditanya pada hati
nescaya mereka mengatakan aku hanya insan yang sederhana dan daif disisi Allah
kerana mereka tiada memiliki apa-apa kelebihan yang mahu dibanggakan
namun mereka sudah berada separuh jiwa aulia
jika digilap, nescaya cahayanya memancar ke langit menembusi langit kerahsiaan.



Cukup, menjadi orang yang biasa-biasa. Dalaman yang perlu dilatih menjadi luar biasa.

writes.

`Know' yourself, you will know Him.

3:54 PM




He is like the wind,
you cannot see it,
but you can feel it;


He is like the light,
you cannot touch it,
but you can see the ray;


He is like love,
exist,
deep in your heart.


_The Most Hidden;181213.








 Tuhan itu adalah zat Yang Maha Tersembunyi (Allah). Hanya mereka mengenal hakikat dirinya, akan mengenal Tuhannya.


`Al insaanu sirri wa ana sirruhu`

Manusia itu adalah rahsiaKu, dan Aku adalah rahsianya.




---
'know' yourself, you will know Him.

thoughts.

Yang Dikaburi.

5:34 PM





Orang yang bertauhid bukan yang paling banyak ibadahnya. Syaitan pernah menjadi makhluk Tuhan yang paling banyak beribadah, namun akhirnya tenggelam dalam kesyirikkan kerana gagal meruntuhkan berhala ke`aku`an dalam dirinya. Melihat dirinya hebat dengan ibadah-ibadah yang dilakukannya.

Hakikatnya, orang yang bertauhid ialah yang `mengosongkan' dan `menghilangkan` pandangan dirinya, dan melihat segalanya kerana Allah Azza Wajjala. Tidak akan ada insan yang  mampu beribadah, seandainya bukan atas kudrat dariNya.

Maka pandanglah apa jua dari Allah, dengan Allah, dan hiduplah untuk Allah. Dengan pandangan itulah, akan hilang perasaan `wujud diri` seperti perasaan kesombongan, keakuan dan rasa `miliki`.

"Punca sombong adalah apabila kita rasa kita `memiliki sesuatu`. Sebab itulah Rasulullah mengajarkan para sahabat selama 13 tahun untuk sucikan syirik `rasa milik diri` kepada `segalanya milik Allah` sebelum datangnya seruan menunaikan segala ibadah syariat (solat, puasa, zakat, dll)"
 -Murobbi 



`Berhala dalam diri`,  itulah syirik yang bahaya tapi dikaburi.



"Apakah makna berdiri dalam solat
Apakah makna Ruku dan Sujud
Apakah makna bacaan Al-Fatehah dan tasbih
jika engkau melihat segala darimu
bukannya dari Kudrat dan Kasih Sayang dariNya
Maka tika tu engkau tergelincir
dalam kesyirikan yang amat hina
menduakan sifat kekuasaan
antara mu dengan Tuhan Mu"

writes.

Belajar.

5:11 PM





Belajar mengasingkan diri dari alam maya,
dan belajar me`manusia`kan diri di alam nyata.
Kebahagiaan hakiki bukan di hadapan skrin mati.


thoughts.

Kaya.

1:28 AM




Apabila manusia meletakkan definisi kekayaan sebagai rumah mewah, kereta besar dan harta, maka apabila mereka tidak memiliki kesemua itu, mereka berasa miskin.


Hakikatnya, kekayaan paling besar ada pada diri manusia iaitu tubuh yang Allah jadikan `fi ahsani taqwim` (dalam bentuk yang terbaik) (95:4).


Perumpamaannya, ibarat kita diberikan sebuah kereta mewah berharga jutaan ringgit secara percuma, tapi dengan syarat, kedua-dua kaki kita lumpuh. Semestinya kereta mewah tadi sudah tiada nilainya pada diri kita. Hakikatnya kekayaan tubuh kita nilaiannya melebihi jutaan ringgit. Setiap nikmat  itulah yang paling termahal dan tidak ternilai.


Maka gunakanlah setiap nikmat sebaik-baiknya.  Semoga Allah mengekalkannya di jalan cahaya. Sempurna. Agar kelak, tangan dan kaki bahkan seluruh anggota boleh berbicara yang indah-indah kepada Tuhan.




Amin.
Amin.
Amin Ya Rabb.





writes.

Tulisan.

11:48 PM




Kebanyakan penulis, bermula dengan tulisan-tulisan `sampah`.


"...When I set my quota, I was writing nothing but garbage."- Lawrence Watt-Evans









Ada benda yang penting, perlu kita tulis. Supaya kita tidak lupa.


"Write what should not be forgotten"- Isabel Allende








Boleh jadi, tulisan itu cukup dengan satu ayat. Yang paling jujur. Dari diri sendiri.


"All you have to do is write one true sentence. Write the truest sentence that you know"- Ernest Hemingway








...dan suatu hari nanti, jasad akan mati. Yang hidup hanya, kata-kata dalam buku. Maka, tulis! Tulis apa saja. Kongsikan apa saja. Yang buruk buang dalam longkang jadikan sempadan. Yang baik, tanamkan dalam jiwa.








"Writing is an exploration. You start from nothing and learn as you go..."- E.L Doctorow










Segala ilham yang baik adalah dari Allah. Dan saya, hanyalah wasilah dariNya.





writes.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

11:04 PM






"You can`t start the next chapter of your life, 
if you keep re-reading the last one"









Dengan kudrat yang Allah masih pinjamkan, maka belum terlambat untuk  mulakan sesuatu yang baru.
Yang lebih baik dari semalam.



Semoga Allah Redha.



Matahary | 231113.