Don't let appearances fool you.



`Jiwa bertuhan` itu bukan dibentuk pada gambaran luaran. Aspek luaran itu mudah saja dibentuk dan diiklankan. Namun `jiwa bertuhan` itu hakikatnya jarang yang dapat mencapainya.

Kebenaran seseorang itu bermakrifat dalam hatinya hanya dapat dilihat pada akhlaknya dalam menempuh ujian seperti nikmat atau musibah, kaya atau miskin, tika dipuji atau dikeji, atau tika ramai atau sedikit yang mengikutinya. 
-Murobbi


Maka  menzahirkan ke`lebai`an kita dengan Allah itu bukan yang utama. Berpakaianlah dengan pakaian akhlak.


Seseorang yang berpakaian akhlak itu adalah yang sentiasa berkasih sayang sesama yang lain. Tidak kira sesama fikrah mahupun tidak. Andai diuji, dia tidak akan pernah mengeluh dengan takdir Allah, bahkan berjalan dengan takdir Allah. Dia sentiasa santai dalam kehidupan, tidak kira saat lapang mahupun tika dihimpit dengan musibah. Kerana dirinya percaya segala bentuk ujian  dan musibah itu adalah dari Allah, maka Allah jualah yang akan memberi jalan keluar.


Persoalannya siapakah dia yang memiliki kesemua ciri-ciri ini dan harus dicontohi? Semestinya bukan diri saya tetapi Muhammad s.a.w. Teladanilah sirah-sirah Baginda.




Saya masih belajar. Semoga kalian juga. Selamat belajar!

No comments:

Post a Comment