Kerana kita adalah golongan yang mengaku mencintai Allah.


Kehidupan di dunia ini adalah suatu perjalanan. Setiap manusia berjalan mengikut jadualNya. Dan dalam perjalanan itu kita akan diuji . Seandainya kita mencari tempat untuk berehat, maka tempatnya bukan di dunia.


Setiap ujian yang hadir dalam hidup seorang insan itu adalah dalam bentuk nikmat dan kesusahan. Allah boleh saja menguji hambanya sama ada secara `direct` (diri mereka sendiri) atau melalui orang-orang yang ada di sekeliling mereka. Ketahuilah bahawa setiap ujian itu bergantung kepada sejauh mana cinta mereka kepadaNya. Oleh itu, ujian setiap insan itu berbeza.


Kita adalah golongan yang mengaku bahawa kita mencintai Allah, maka Allah akan uji dan terus menguji sejauh mana kecintaan kita kepadaNya. Sebagaimana para sahabat di zaman Rasulullah yang mengakui bahawa mereka mencintai Rasulullah, lantas Allah menguji ungkapan cinta mereka dengan perintah berhijrah, meninggalkan keluarga bahkan kesenangan dan kemewahan hidup. Akhirnya, hanya mereka yang benar-benar tulus mencintai Rasulullah yang kekal bersama Baginda. Sementara yang lain, menjadi golongan yang tertinggal dan meninggalkan Rasulullah.
Seberat apa pun ujian yang diberikan, yakinlah bahawa disebalik setiap ujian akan ada pertolongan. Kerana Dia adalah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Comments