Kerana kita punya Tuhan.

 Bismillah






Jangan sesekali meletakkan ‘kegembiraan’ atau ‘kesedihan’ kita pada sesuatu atau sesiapa, bimbang nanti ia menjadi keterikatan kita. Seharusnya kebergantungan kita hanya milik Allah semata-mata. Tiada tempat yang paling indah untuk menghamparkan harapan melainkan hanya kepada Allah Yang Maha menepati janjiNya. Maka cukuplah dengan Dia, sebagai sebaik-baik pengaduan dan pengharapan.

"...dan aku belum pernah kecewa berdoa padaMu, Allah. " [19:4]



Memang dalam kehidupan ini kita akan diuji dengan ketakutan dan kebimbangan. Namun, jangan pernah takut dengan kehidupan, hadapilah kehidupan. Hilangkan segala kebimbangan di dalam jiwa. Tetaplah menjadi yang indah dalam pemikiran, suci dalam kesederhanaan, kuat dalam kelemahan. Kerana kita sentiasa punya Tuhan sebaik-baik tempat sandaran.





"It is said that all people who are happy have God within them." 
-pg. 125; the alchemist.

Comments