Keramaian belum tentu mampu menghilangkan kesunyian.

Bismillah



musafir; studio.

Langit ciptaan Tuhan memang indah, kan? Cuma orang-orang di bawahnya sahaja yang kelihatan sedih dan berseorangan. Dan di tengah ibu kota yang haru biru, dengan kenderaan dan pembangunan, masih tetap ada yang merasakan kesunyian. 

Mungkin kita antara orang-orang yang mencintai kesunyian. Mungkin kita sendiri memilih untuk bersendiri. Atau mungkin, Allah memang sengaja meletakkan kita dalam kesunyian, kerana Dia hanya mahu kita berdua-duan denganNya. Yang saya tahu, sekuat-kuat manapun hati seorang insan, mana mungkin mereka bertahan hidup dalam berseorangan (di dunia). kan? 



 Ada pepatah Arab menyatakan, 

"قرب الوساد، طول السواد".
"cinta selalu hadir kerana dekatnya fizik, dan panjangnya interaksi."


Mungkin dengan kesunyian ini, kita akan lebih memanjangnya bualan denganNya, lebih menumbuhkan cinta kepadaNya. Dan saya percaya, seperti yang pernah dikatakan oleh Kak Umairah; yang mencintai kita, akan suka mendengarkan kita. Bukankah Dia as-Sami' (Maha Mendengar) dan al-Wadud (Maha Mencintai)?








Kesayangan jiwa, selamat menikmati kesunyian.
Berdua-duaan denganNya.

Comments