Everyone is on their own personal journey.


Bismillah

Kadangkala Allah memang sengaja menghadirkan orang-orang yang baik disekeliling kita. Mungkin kerana kita masih belum cukup baik lagi. Kadangkala Allah juga sengaja menjauhkan kita daripada orang-orang yang baik. Mungkin kerana Dia mahu melihat sama ada kita menjadi baik kerana Allah atau manusia. Dan kadangkala memang sengaja Allah memberikan kepedihan dan kekecewaan itu dari atau bersebabkan orang-orang yang kita cintai dan harapkan. Agar ketergantungan kita kepada makhluk itu luntur dan kembali meletakkan sepenuh harapan dan pengabdian hanya kepada Allah semata-mata.


Zaujah Sidi Rohimuddin, Ummu Afraa Ahmadi pernah dipuji kerana bersuamikan seorang ulama. Lalu Ummu berkata, "Berjalan menuju Allah itu hakikatnya nafsi-nafsi (sendiri-sendiri). Dan ia harus datang dari sudut hati yang paling dalam. Jika ada peneman, mereka menjadi pelengkap."


---
Setiap bahagian dari kehidupan kita yang Allah uji, di situlah hakikatnya sisi yang Allah ingin sempurnakan untuk kita. InsyaAllah. 

2 comments: