"Pesan Panjang Buat Ana" - Aminhad;1992.






"Kejayaan tidak mungkin kita capai begitu mudah tanpa kegigihan dan usaha mati-matian. Segalanya atas kemahuan diri kita juga." - ms. 47



"Sekali kita jatuh, tidak semestinya akan jatuh sepanjang perjalanan hidup ini. Sekali kita gagal, tidak bermakna kegagalan saja yang kita terpa di mana-mana. Bukankah laut pun tidak sepanjang masa bergelora?" - ms. 48



"...mendaki bukan kerja main-main. Samalah seperti mengejar cita-cita. Kita serupa orang hendak memburu sesuatu. Jika kita sambil lewa, mata tidak awas, telinga tidak teliti, perburuan hanya akan meninggalkan kesan - penat dan hampa." - ms. 50




"Ketentuan atau qadak dan qadar memang sesuatu ketetapan, tetapi kita masih boleh berdoa mohon dijauhkan segala yang tidak kita ingini." - ms. 51





"Tidak ada kejayaan menggolek kepada kita tanpa sebarang usaha. Tidak mungkin kita sampai ke puncak jaya tanpa kegigihan kehendak berserta kuat kemahuan dan berkat doa kepada-Nya." - ms.51




 "Biar kita berjauhan, dalam jauh, kita semakin hampir." - ms. 53










Dalam ribuan buku dan  cerita, mungkin ada satu yang dituliskan untuk kita atau diilhamkan Allah untuk kita membacanya. Hanya untuk mengkhabarkan bahawa kita tidak pernah sendiri.




"..there is nothing more important in the world than the truth you can find in writing, and there is nothing more powerful than discovering something about yourself in something that is not real, or finding a piece of yourself within the lines on a page."

- Rachel Sharer.



---
Doakan Ana, okay. :)

Comments

  1. Allahu indahnya kata-kata dia. Buku apa ni kak Ary?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku Gadis, koleksi cerpen2 pilihan tahun 1992. Buku lama akak pinjam kat library. Akak suka baca buku2 lama. Bahasa dia klasik sikit :)

      Delete

Post a Comment