Promote what you love instead of bashing what you hate.


Bismillah
"When you walk through a beautiful botanical garden, you feel open and light. You feel love. You see beauty. You don’t judge the shape and placement of every leaf. The leaves are of all sizes and shapes and they face every-which-way. That’s what makes them beautiful. What if you felt that way about people? What if they didn’t all have to dress the same, believe the same, or behave the same? What if they were like the flowers, and however they happened to be seemed beautiful to you?"


Setiap insan dilahirkan untuk menciptakan jalan hidupnya masing-masing. Maka, jalan cerita bahkan pilihan-pilihan kita dalam hidup ini tidak mungkin akan sama. Tetaplah menjadi diri sendiri dan pilihlah apa yang terbaik buat diri asalkan ia tidak melanggar syariat dan hak kemanusiaan. Walau mungkin wujud perbezaan dalam pegangan, fikiran atau apa saja, namun lebihkanlah menzahirkan persamaan dan perbanyakkan memendam perbezaan-perbezaan yang ada. Perlu bijak dalam membezakan antara tujuan dan jalan menuju tujuan. Bimbang nanti terlalu taasub dengan jalan hingga lupa akan tujuan. Jangan diletakkan perkara yang kurang penting di atas perkara yang lebih penting. Untuk mengapai redha Allah itu, tauhid perlu sentiasa diletakkan di hadapan.


"No human relation gives one possession in another - every two souls are absolutely different. In friendship or in love, the two side by side raise hands together to find what one cannot reach alone."


Semakin luas ilmu seseorang, maka seharusnya semakin sikitlah mereka yang mudah menyalahkan pegangan orang lain. Bergeraklah tanpa perlu merendahkan sesiapa. Bidang apa atau medan apa sekalipun, kita semua tetap sahabat dalam perjuangan. :)


Takbir! Allahu Akbar. 

4 comments:

  1. antara mahu menegakkan pegangan sendiri (yang di anggap sebagai kebenaran oleh masing masing pihak) dan menjaga ukhuwah dalam perjuangan. saya selalu keliru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengasingkan dan menjauhi golongan tidak sealiran, umpama mereka tidak mentauhidkan Tuhan yang sama. Macam mana nak tolong Palestin kalau masalah dalaman pun tak selesai. Muhasabah diri, mungkin kita sendiri yang melambatkan kemenangan Islam.

      Delete
    2. jalanan kemenangan ternyata masih panjang. mungkin satu hari nanti bukan kita yang tolong Palestin, tapi Palestin yang datang untuk tolong kita. semoga semua thabat.

      Delete
    3. InsyaAllah ameen.

      Delete