Kata.




Kembali ke sekolah hanya untuk menyiapkan kutipan data untuk kajian tindakan tahun akhir. Datang tak maklum, cikgu-cikgu dan murid-murid pun pelik nampak muka kami lagi kami kat sekolah pagi tadi. Guru besar pun dah bertukar. Sempat sesi taaruf, berkongsi pengalaman dan nasihat-nasihat yang berguna. Tapi yang tak boleh lupa, waktu buat ujian pra kat kelas tadi. Haris and the gang datang meja saya dan kata; 

"Terima kasih cikgu sebab tak tipu kami."

"Awat pulak?"

 "Ya la. Hari tu cikgu kata nak mai mengajaq sekolah kami lagi."

"Sayang, cikgu sementara je kat sini. Jangan berharap sangat dengan yang sementara, okay."








---
My words aren`t just words. They are messages. To be able to read between the lines is when you actually listening to my stories.

No comments:

Post a Comment