Samson.


"You are my sweetest downfall, I loved you first."


Pernah dengar lagu Regina Spektor yang tajuknya Samson? Komposisinya disulam menarik, musiknya dijahit berbenangkan cinta. Cinta antara Samson dan Delilah, versi Regina Spektor. 
Berlainan dengan apa yang diceritakan oleh Rasululllah SAW kepada sahabat-sahabat dalam Kitab Mukashafat-ul-Qulub karangan Imam Al-Ghazali, malah berlainan juga dengan apa yang dinukilkan di dalam Bible.  
Apa yang diceritakan Rasulullah SAW, Samson (Sam’un Al-Ghazi) adalah seorang Nabi dari Bani Israil yang mempunyai mukjizat seperti melentur besi dan merobohkan istana. Ringkasnya, raja Israil pada masa tersebut ingin mencari jalan menundukkan Nabi Sam’un Al-Ghazi AS dengan menawarkan harta yang melimpah kepada sesiapa yang dapat menangkap Nabi Sam’un Al-Ghazi AS. Mengkhianati cinta terhadap suami, isteri Nabi Sam’un Al-Ghazi AS sendiri yang menyerahkan suaminya kepada rajaSebelum si isteri menangkap dan menyerahkan Nabi Sam’un Al-Ghazi AS kepada raja, melihat ketamakan isterinya terhadap harta yang ditawarkan dan beberapa usaha isterinya mengikat dirinya semasa sedang tidur, Nabi Sam’un Al-Ghazi AS sendiri memberitahu rahsia kekuatan luar biasanya, yang terletak pada rambutnya yang panjang, yang kalau dipotong maka hilanglah mukjizatnya. 
Dikatakan di dalam Bible (Judges), Delilah adalah pelacur yang diupah raja untuk mencuri rahsia kekuatan Samson dan dikatakan Samson sendiri jatuh cinta kepada Delilah. Pada malam Samson tertidur di atas riba Delilah, pada masa itulah rambut Samson dipotong lalu diserahkan kepada raja keesokan pagi. 
Dikatakan oleh Regina Spektor dalam liriknya adalah sebuah metafora apabila seorang lelaki jatuh cinta terhadap seorang wanita. Samson sendiri tidak berasa marah setelah rambutnya dipotong oleh Delilah kerana ya lah, cinta itu memaafkan. Delilah sendiri mengatakan Samson adalah cinta sejatinya sebelum dipaksa mengkhianati Samson kerana ya lah, kadang-kadang, cinta itu dikhianati. Dengan penuh romantis dalam lirik, dikatakan buku-buku sejarah malah Bible sendiri tidak menceritakan kisah cinta sebenar mereka, bahawa cinta mereka adalah suci, tapi memanglah, kadang-kadang cinta itu tak dapat diluah. Dan kadang-kadang, cinta itu sifatnya faham-faham-sendiri. Dan ya lah, apa yang bersifat “natural”, tak perlukan “reason” untuk ianya berlaku. 
Berbalik kepada kisah daripada Rasulullah SAW, keesokan paginya di hadapan raja, setelah diseksa, Nabi Sam’un Al-Ghazi AS berdoa kepada Allah SWT supaya dikembalikan semula kekuatannya lalu dimakbulkan dan dihancurkan semua yang berada di istana. Sebagai balasan, Nabi Sam’un Al-Ghazi AS bertekad akan berjuang menentang kekufuran selama 1000 bulan tanpa henti. 
Dan pada masa Rasulullah SAW bercerita itulah, Malaikat Jibril AS turun membawa wahyu bahawa terdapat satu malam di bulan Ramadhan yang lebih baik daripada beribadah 1000 bulan.

- Samson; Hafifihadi.





Pernah terbaca dalam satu artikel berkaitan kisah yang sama. Tapi suka versi Hafifihadi. Beautiful.

Semestinya malam yang dimaksudkan ialah malam  Lailatul Qadar. Selamat mencari!

Comments

  1. regina spektor - the call best! teheee. tajuk buku tu apa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bukan buku. Tu caption hafifihadi kat ig dia. Dia salah seorang igers kesukaan akak dulu. Kalau baca caption gambar2 yang ada wife dia semuanya beautifully written. Tapi banyak dia dah delete. Yelah, kadang some beautiful things are best kept hidden kan. :)

      Delete

Post a Comment