Hanya untuk saling mengingatkan.

Bismillah


"Dengan kepesatan teknologi kini, begitu senangnya mata dengan sengaja atau tanpa sengaja `berjalan-jalan` menyusuri laman-laman web, mengitari kehidupan orang lain, hingga begitu cepatnya  hati kita dikotori." 
- Kak Umairah; JOM, isu 37.


Kita tidak akan pernah mampu membaca hati manusia, apatah lagi hanya sekadar dari dunia maya. Maka, belum tentu orang yang sering menuliskan tentang amalnya adalah riya`. Boleh jadi ia hanya mahu memberi semangat buat sahabatnya. Mereka menuliskan pengalamannya di sosial media, belum tentu mahu menjadi selebriti dunia maya. Mungkin mereka hanya ingin menjadi inspirasi untuk dicontohi dan dikongsi. Belum tentu orang yang sering menunjukkan rezeki yang diterimanya adalah kerana hendak berbangga-bangga. Boleh jadi ia hanya ingin mengkhabarkan syukur atas kurniaanNya. Mereka yang menyampaikan sedikit ilmu yang diketahuinya, belum tentu ingin diakui sebagai orang yang banyak ilmu. Mungkin hati mereka terpanggil untuk menyampaikan sedikit ilmu yang dia miliki. Mereka yang sering mengkritik kekeliruan yang dilihatnya, belum tentu kerana berasa dirinya yang paling benar. Boleh jadi ia melakukannya kerana sangat mencintai saudaranya. Mereka yang suka menuliskan segala yang difikirkannya, belum tentu ingin diakui sebagai perenung berwibawa. Mungkin dia seorang pelupa, dan lebih mudah untuk mengingat sesuatu apabila dikongsikan. Mereka yang sering merespon segala yang dilihatnya, belum tentu ingin exist di dunia maya. Mungkin dia berasa senang apabila berkongsi apa yang dia punya. 


Tapi dalam berbaik sangka tidak bererti membiarkan sahabat kita melakukan sesuatu yang nampak keliru di mata kita. Baik sangka harus disertai dengan saling mengingatkan agar tidak tergelincir niatnya, agar tidak terhapus pahala amalnya. Sememangnya isi hati adalah sesuatu yang misteri. Namun apa yang nampak keliru di mata kita, di situlah tugas kita untuk meluruskannya. Baik sangka itu menentramkan, namun saling mengingatkan juga merupakan satu keperluan. Baik sangka itu indah, tapi bukan bererti membiarkan saudara terlihat salah. Baik sangka dan nasihat-menasihati sememangnya adalah kewajipan sesama muslim. Tapi perlu dilakukan dengan cara yang santun dan berhemah, bukan dengan menviralkan dan memalukan. Belajar berempati dengan orang lain, dengan meletakkan diri kita di kaki mereka, apakah agaknya perasaan kita jika dimalukan sedemikian rupa?


Andai tak mampu untuk bersangka baik dan memberi nasihat yang baik, belajarlah meninggalkan perkara yang bukan menjadi urusan kita. Maka, itu lebih baik. 



---
*Olahan semula daripada tulisan Regia P. Shofriyah, berkenaan kritik dan baik sangka. 

Comments

  1. bersempena ustazah ke kakak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustazah pun salah seorang insyaAllah. :)

      Delete
  2. baca post ni, teringat puisi salim a fillah 'sahabt nurani' dalam buku jalan cinta para pejuang;

    satu saat, kuminta nasehat pada seorang sahabat
    aku merasa tak layak akh, katanya

    aku tersenyum dan berkata
    jika tiap kesalahan kita dipertimbangkan
    sungguh dunia ini tak ada lagi
    orang yang layak memberi nasehat

    memang merupakan kesalahan
    jika kita terus saja saling menasehati
    tapi dalam diri tak ada hasrat untuk berbenah
    dan menjadi lebih baik lagi di tiap bilangan hari

    tapi adalah kesalahan juga
    jika dalam ukhuwah tak ada saling menasehati
    hanya karena kita berselimut baik sangka kepada saudara

    dan adalah kesalahan besar
    jika kita enggan saling menasehati
    hanya agar kita sendiri tetap
    merasa nyaman berkawan kesalahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Puisi Salim A. Fillah selalu banyak nasihat yang baik.

      Delete

Post a Comment