Catatan-catatan yang tersimpan.

Bismillah


Tulis dan rakamkanlah seberapa banyak pengalaman. Satu hari nanti biar ia menjadi antara episod kehidupan yang sungguh bermakna.


i.


"Kamu lahir tahun berapa?" Soalan yang sengaja saya tanya pada murid Tahun 5 relieve class tempoh hari. Seorang murid jawab, "2004." Hmmm, rasa macam nak gelak kuat juga waktu tu sebab  oh, pertama kali saya rasa saya dah tua, sangat. Nasib baik ada seorang murid tu tiba-tiba kata, "Cikgu, hari tu  first time jumpa waktu assembly saya ingatkan cikgu murid sekolah menengah." Okay, tak rasa tua dah. ;D

Tapi nak tak nak itulah realitinya, usia semakin hari bukan semakin muda tapi semakin meningkat dewasa. Dan segala yang dilalui oleh kanak-kanak hari ini hakikatnya telah pun dilalui dan jauh ditinggalkan sebagai kenangan lalu. Setelah hampir seminggu bergelar unofficial teacher di sekolah yang jaraknya 5 minit sahaja dari rumah (ikut kereta abang),  rasanya dah boleh membiasakan diri dengan persekitaran baru dan wajah-wajah baru. Walau tak biasa pun pada mulanya tapi kenalah biasakan sebab itulah resam bila berada di tempat baru, kita tak boleh nak mengharapkan keadaan menyesuaikan diri kita, tapi kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan keadaan. 

Entah kenapa setiap kali bertembung dengan murid-murid di sekolah kali ni selalu menemukan saya dengan wajah-wajah yang hampir sama dengan wajah rakan-rakan saya semasa zaman persekolahan dahulu. Rasa pelik kadang. Kebetulan sahaja mungkin. Yang pasti murid disini jauh berbeza dengan murid-murid saya semasa praktikum-praktikum lalu di Penang. Kalau dahulu senang nak masuk bicara Tauhid semasa relieve class sebagai mengisi masa sebab majoriti murid muslim. Kadang memang tiada murid non-muslim langsung. Tapi kali ni kalau nak bawa bicara keTuhanan secara umum sahaja kerana kebanyakan murid bukan beragama  Islam. Saya dah banyak kali  bertembung dengan murid-murid yang muka macam Muslim, tapi bila baca nama; Alfonso, Sandy, Daniel Shawn, rupanya non-muslim.  Okayy finee. 

Satu hal yang pasti, bilamana berada di Borneo, tempat di mana imej Islam seperti tudung labuh, kopiah masih agak rare bagi sebahagian masyarakat, diri sendirilah yang kena belajar 'masuk' dengan orang lain. Maksud saya menjadi pemula bicara, yang memberi senyum dahulu, menegur orang lain dahulu kerana kadang kebanyakan mereka tidak kira muslim atau non-muslim agak awkward nak mendekati golongan-golongan yang membawa imej Islam. Maka kita sendirilah yang kena memperbetulkan tanggapan mereka. Kalau kita jenis introvert, suka sendiri-sendiri dan berkawan dengan orang 'serupa' kita sahaja, maka orang lain pun bertambah takut dan kekok nak dekat. Nak tak nak kenalah jadi orang yang mesra dan mudah didekati, berbicara pun biarlah sesuai dengan keadaan. Kadang perkara kecil seperti itulah yang sebenarnya dakwah paling besar lebih-lebih lagi dengan masyarakat non-muslim. Seperti pesan guru saya dahulu, seringkali orang mengenali dan menilai Islam bukan melalui program keagamaan khusus atau majlis-majlis ilmu, tapi yang lebih utama, dalam pergaulan seharian. Seperti Rasulullah s.a.w ketika mana menghubungkan masyarakat Muhajirin dan Ansar. Cukup dengan mempamerkan akhlak dan adab yang mulia membuatkan sesiapa sahaja melihat Baginda berasa damai dan berminat dengan dakwah Baginda, yakni Islam itu sendiri. 


Apa-apa pun, segalanya baik-baik sahaja di sekolah ni. Dan alhamdulillah hari-hari dapat balik 12.20 tengahari. Pihak sekolah pun tak bebankan sangat cikgu-cikgu tak berpengalaman. Lebih banyak sesi belajar dan diajar dan saya sendiri pun lebih banyak berlagak tak tahu supaya lebih banyak boleh belajar daripada mereka yang lebih tahu. Ambil peluang menimba pengalaman dari yang lebih berpengalaman. Kan? :)




ii.



Tujuan utama Internship di sekolah adalah bagi melaksanakan projek. Projek pertama yang saya dan dua rakan lain dari IPG Gaya sedang jalankan melibatkan pengendalian rekod buku di Pusat Sumber sekolah. Seronok sangat sebab projek ni umpama memakbul doa saya dahulu, nak jadi librarian tak berbayar. Hahaha. Dan antara perkara baru yang saya baru tahu adalah tentang bagaimana cop rasmi yang kita selalu lihat pada buku-buku di perpustakaan digunakan. Ternyata cop tersebut ada syarat yang perlu dipatuhi. Saya ingatkan selama ini ikut suka hati saja cop itu diberi ternyata tidak. Syarat yang ditetapkan juga adalah sama digunakan bagi kesemua perpustakaan di seluruh dunia tidak kira perpustakaan sekolah, perpustakaan umum, mahupun di seluruh institusi pengajian. Antara syarat yang saya ingat, salah satu cop lambang perpustakaan perlu dicopkan pada salah satu muka surat ganjil dalam buku di mana muka surat ganjil yang dipilih adalah sama bagi setiap buku di perpustakaan tersebut dan berbeza mengikut perpustakaan di tempat lain. Ia bertujuan sebagai bukti jika kulit buku tersebut  rosak, maka cop  tersebut akan menjadi tanda bahawa buku tersebut milik sesebuah perpustakaan. 

Paling best  bila mana dapat melihat buku kanak-kanak yang terbaru. Sebahagian buku-buku tersebut sangat menyeronokkan saya rasa. Ada satu buku rujukan di mana ia menggunakan pendekatan komik sebagai pembelajaran hinggakan bila baca saya pasti  murid akan rasa seronok bila baca sebab saya sendiri rasa seronok baca buku tersebut. 





iii.


Sejujurnya saya bukanlah seorang yang judge a book by it's cover tapi kebanyakan waktu saya seorang yang judge a book by it's author. Buku Merantau Ke Deli adalah antara buku terakhir yang saya beli di kedai buku Hasani sebelum pulang Sabah tempoh hari. Tujuan waktu tu nak beli buku resepi saja tapi sebab nak menambah koleksi buku Hamka dan kebetulan harganya murah maka selitkan sekali buku tersebut. Beli buku resepi yang sama dengan Linda juga, sebab kononnya nak sambung master-chef di rumah. ;)

Saya dah lama cari buku Merantau Ke Deli tu dan tak sangka jumpa di kedai Hasani. Selalunya beli online dengan Jejak Tarbiah. Setakat ini karya Hamka tak pernah mengecewakan. Cuma karya beliau yang satu ini  saya rasa benar-benar menguji perasaan saya sebagai seorang wanita dan kadang buat saya rasa macam  nak flip meja pun ada. Seriyes. Dalam entry lain saya akan cuba buat review buku tersebut sebab setakat ni masih kat part  konflik cerita. Seperti buku-buku Hamka yang lain, buku ini penuh dengan pengajaran dan nilai yang baik. Akan saya kongsikan kemudian, insyaAllah.

Dan untuk buku Kurniawan Gunadi yang baru dapat petang semalam, masih  memberi rasa yang sama seperti karya sebelumnya, Hujan Matahari. Baru baca beberapa helaian pun dah buat saya rasa speechless. Hmmm, tak nak cerita banyak tentang buku ni. Nanti spoilkan pula pada orang yang belum baca. ;)







Walaupun baru hampir seminggu meninggalkan Bainun hati saya masih rindu sebenarnya. Rindu nak kuliah dan belajar, belajar, belajar. Apa-apa pun menamatkan pengajian bukan bererti menamatkan pembelajaran. Ilmu tak akan pernah ada habisnya, so keep learning, okay!



Comments

  1. mulai hari ini saya perlu panggil Ary, Cikgu Ary hehehe...

    boleh share tak link utk online Jejak Tarbiah tu Cikgu? Saya pun baru sambar sebiji buku karya Hamka lepas tergoda baca mengenainya di blog ini..tak sabar nak baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak official teacher pun lagi kak. Doakanlah, insyaAllah.

      Jejak tarbiah cuma ada ig dan fb. Ni link ig : https://instagram.com/jejaktarbiah
      Nak update buku2 latest, jenguk la link tu. Tak buat account pun tak apa. Akak dah save kan no admin hari tu? Nak order wassap je akak tu okay. :)

      Delete
  2. Susah nak cari karya dari Indonesia kat sini. Ada recommendation tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tapi tak banyak pilihan sebenarnya. Kalau pergi kedai buku bahagian fiksyen Melayu, nama-nama penulis indo yang biasa ada Habibul Rahman El-Shirazy, Tere liye, Dee, Andrea Hirata, A. Fuadi. Nanti carilah Rembulan Tenggelam di Wajahmu karya Tere Liye. Best buku tu. Biasanya buku-buku yang dijual di kedai di Msia dia dah translate. Just in case awak nak beli buku-buku direct dari indo, boleh tengok link ig : bukuindonesiaku.

      Delete

Post a Comment