"If you weren't you, then we'd all be a bit less we."

Bismillah


"Before I met you I used to stare down at my feet while I walked but now I smile at everyone I see."

(i)

Ketika kita selalu berusaha untuk "terlihat" hebat, dan kita tahu bahawa itu adalah sesuatu hal yang tidak mudah, kita hakikatnya hanya menjadikan jiwa kita sebagai boneka. Perkara yang paling nyaman adalah ketika kita hanya perlu menjadi diri kita sendiri, dan seandainya ada yang menyukai diri kita, itu adalah kerana mereka mampu melihat keunikan diri kita, bukan kerana kita "terlihat" hebat di depan mereka.

Seperti kata Kak Mariah, "kami suka berbeza. Kerana berbeza itu melengkapkan." Allah sengaja menciptakan perbezaan supaya kita lebih menghargai akan setiap penciptaanNya. Allah ciptakan perbezaan agar jiwa sentiasa syukur, bukan merungut. Kerana apa yang dariNya tiada yang buruk. Semuanya indah-indah belaka.


"One thing you need to realise is that good muslim women come in all forms. There isn't one officially sanctioned version. Just look at the mothers of believers: they were all different, with characters and personalities all of their own. The only thing they conformed to was the love of Allah and His Messenger S.A.W, and their commitment to Islam. So why are we made to feel that we need to conform to more than that?" 
- She Wore Red Trainers; Na'ima Robert.




(ii)

Kelembutan seringkali lebih mampu mengubah manusia, berbanding yang bernada sentap. Kerana untuk membina manusia itu perlulah sesuai dengan fitrah diri mereka. Dan belajar memahami manusiawi perlulah bertepatan dengan konsep dakwah itu sendiri - ‘menyentuh’ manusia melalui hati. Bukan hanya teguran, sindiran yang hakikatnya menjauhkan hati mereka dari kebenaran.

Umpama bila kita nak bagi buku pada seseorang, dan kita tahu bahawa dia seorang pembaca tegar buku-buku Haruki, maka jangan dekati mereka dengan memberi buku-buku haraki kerana ia tidak akan pernah mendekatkan mereka kepada perjuangan, malahan seringkali ia membuatkan mereka lebih menjauhi kita. Matlamat dakwah bukanlah untuk mengubah manusia, tapi yang lebih utama, mengembalikan semula jiwa dan rohani manusia kepada Tuhan. Di dalam jasad, rohani setiap manusia itu sedang menghadapi dugaan-dugaan yang hebat. Dan sebab utama tidak lain kerana sistem kehidupan hari ini banyak mengajarkan kita untuk lebih bergantung pada diri sendiri hingga sedikit sebanyak menghakis rasa kebergantungan kepada Tuhan yang hakikatnya fitrah sebenar rohani setiap insan - menginginkan Tuhan. 


Satu kuliah pernah menceritakan berkenaan sirah-sirah Nabi. Dan diceritakan bahawa Rasulullah memulakan dakwah dengan bicara keTuhanan (Tauhid) bukan syariat (ibadah - zakat, puasa, solat, dll). Selama 13 tahun dakwah Nabi adalah untuk meletakkan Tuhan di dalam jiwa para sahabat yang akhirnya menghilangkan 'rasa miliki' dalam diri mereka dan mengubahnya kepada  kefahaman bahawa 'segalanya milik Allah'. Kerana itulah para sahabat dahulu sangat hebat jiwa mereka hinggakan sanggup mengorbankan harta, jiwa dan raga demi agama. Selepas 13 tahun barulah turunnya perintah-perintah Allah berkaitan syariat (ibadah). Hikmahnya adalah untuk mengkhabarkan manusia bahawa syariat itu akan datang dengan sendiri apabila jiwa manusia itu berTuhan. Apabila telah wujud Allah dalam jiwa mereka, lantas mereka sendiri yang akan mencintai Allah, kemudian mahu berilmu, mahu beribadah, mahu berakhlak dengan baik yang akhirnya melahirkan manusia patuh kepada batas syariat dengan baik. Lalu lahirlah insan yang mengamalkan Islam dengan penuh santai, bahagia dan cinta, bukan kerana 'terpaksa'. Sesuatu yang lahir daripada keterpaksaan itu tidak selalunya melahirkan cinta.


Mungkin penulisan ini agak berat untuk difahami, namun begitulah hakikat ilmu tauhid sebenarnya, ia tidak penting untuk difahami tapi penting untuk dirasai kerana tauhid bukan ilmu akal, ia adalah ilmu jiwa (rasa). Satu kalam guru saya, katanya;


"Hidup ini hanya ada dua jalan sahaja, jalan bercahaya atau kegelapan. Sesungguhnya awal agama itu adalah 'makrifatullah' (mengenal Allah). Apakah erti solat, puasa dan setiap ibadah-ibadah kita andai dua kalimah syahadah kita belum sempurna? Kerana kalimah syahadah itu umpama tapak, walaupun solat tiang agama, seandainya tapaknya tidak kukuh, bagaimana nak mendirikan tiang?"


Kalam yang agak deep mungkin, tapi kalau tak faham hari ini tak apa, esok-esok mungkin Allah sendiri yang akan memahamkan. InsyaAllah.











Don't compare your chapter 1 to someone else's chapter 20, okay. Bawalah watak diri masing-masing kerana setiap kita punya potensi untuk menambah nilai dalam hidup manusia. Kalau tak jumpa lagi, cari. Dan kalau nak bawa orang kepada Tuhan, tak bolehlah 'skema' sangat. Ingatkanlah bila saya terlupa.

Comments