Bekerjalah untuk keabadian.

Bismillah


Hidup ini hanya sekali. Dunialah gudang untuk kita mengaut segala pahala untuk timbangan nanti. Dan saat ini masing-masing sedang menuju satu destinasi akhir tapi tak ramai yang akan lalu di laluan berlalang lagi berpaya yang sedang kita lalui.

Mereka yang lalu di highway takkan pernah dapat merasa pacat yang mengigit lalu kita bergelak ketawa mencabutnya. Mereka yang lalu di laluan udara takkan pernah dapat merasa selut dan lumpur yang kita pijak, lalu kita bergelak ketawa mengangkat satu sama lain mengharungi paya itu. Mereka takkan dapat rasa apa yang kita rasa kerana mereka hanya tidur di dalam kenderaan enak di udara mahupun di highway sana. Mungkin kelak mereka tersenyum kerana sampai awal, tapi kita tersenyum kerana terlalu banyak pengalaman.

Memang ada ketika kita akan rasa keseorangan, hakikatnya Allah berkata yang Dia tidak akan pernah meninggalkan kita. Biarkanlah Allah sahaja yang memberi semangat buat diri kita hingga tanpa sedar setiap peristiwa menjadi teguran atas kelalaian dan kemalasan kita. Cukuplah Allah sahaja yang memelihara ketekunan kita, kerana perhatian manusia kadang mampu menghanyutkan keikhlasan.


Semoga Allah menjadikan kita peribadi yang bermakna. Peribadi yang saat berbaur, mampu memberi semangat buat yang lain. Dan saat sendiri, mampu menguatkan dirinya sendiri. 







Suatu ketika kita akan memandang cermin di rumah, kala tua. Mengingat masa muda kita yang mengghairahkan hari ini. Hal-hal yang membanggakan hidup dan boleh diceritakan kepada generasi penerus. 



Bekerjalah untuk keabadian. 






---
Setiap kita pasti akan menjadi memori buat yang lain, maka jadilah memori yang terindah hingga tiba suatu saat, andai kita sudah tidak wujud di atas muka bumi ini, ada yang mendengar  dan membaca nama kita di mana-mana, tiada lain yang lahir di hati mereka melainkan doa. :)

Comments

  1. Anonymous17.1.16

    cantik gambarnya. boleh share edit guna apa? terima kasih =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Gambar lama dah. Edit guna Pixlr online ja.:)

      Delete

Post a Comment