Think like a man.

by - 4:52 AM

Bismillah





Tuhan sememangnya tidak pernah salah memilih kaum adam menjadi pemimpin dan ketua keluarga (An-Nisa; 34). Seperti yang dikongsikan Puan Ainon Mohd dalam status beliau, kadang kita (perempuan) perlu belajar berfikir seperti lelaki;


  1. Apabila lelaki tidak puas hati, mereka diam.
  2. Apabila lelaki menghadapi masalah, mereka akan berfikir dan cari jalan menyelesaikannya dalam diam.
  3. Apabila menilai, lelaki abaikan emosi. Mereka fokus pada informasi.
  4. Lelaki membuat keputusan berdasarkan apa yang diramalkan akan terjadi.
  5. Lelaki merahsiakan apa yang dia fikir berkenaan personaliti dan peribadi rakan-rakan sekerjanya, baik yang lelaki mahupun yang perempuan.


Walaupun mungkin ada sebahagian kita  tidak bersetuju dengan sebahagian kenyataan-kenyataan tersebut namun secara majoritinya dan berdasarkan pengalaman-pengalaman saya sendiri, seperti itulah mereka.


Namun setiap  manusia baik adam mahupun hawa memiliki sifat emosional dan rasional masing-masing dan kedua-duanya penting. Kesilapan berlaku apabila kita tidak meletakkan kedua-duanya di tempat yang betul. Misalnya jika kita terlalu mendahulukan emosi dalam sesuatu isu tanpa mengunakan pemikiran yang rasional boleh membawa perpecahan sama ada dalam organisasi, keluarga mahupun rakan-rakan kita. Begitu juga andai kita melebihkan tindakan rasional tanpa memikirkan nilai emosional dalam membuat keputusan, maka lahirlah tindakan-tindakan yang kadang tidak mempedulikan kebajikan-kebajikan orang lain. Perlu wujud keseimbangan dalam mengendalikan kedua-dua sifat tersebut bagi membentuk tindakan-tindakan bijak tidak kiralah dalam hal-hal besar mahupun kecil.


Wajarlah jika wujud perbezaan pendapat lebih-lebih lagi apabila membicarakan isu-isu hangat berkaitan lelaki mahupun perempuan kerana secara psikologi kedua-keduanya memang berbeza, memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing dan kerana itulah Tuhan menciptakan mereka untuk saling melengkapi. Yang pasti, tujuan komunikasi akhirnya bukanlah untuk berfikiran yang sama tapi berfikir bersama-sama. 


"I still love and care for you even though I may disagree with you."  
-  Mufti Ismail Menk.


Peace yo! ^^,v 



---
Perempuan memang lebih dikaitkan dengan sifat kasih sayang kerana emosional mereka, tapi tidak semestinya lelaki tidak memiliki sifat yang sama, kan. Seperti ini. :')

You May Also Like

0 love letter(s).