Buat kita, anak muda.

Bismillah

credits


They keep saying that beautiful is something a girl needs to be. But honestly? Forget that. Don’t be beautiful. Be angry, be intelligent, be witty, be klutzy, be interesting, be funny, be adventurous, be crazy, be talented - there are an eternity of other things to be other than beautiful. And what is beautiful anyway but a set of letters strung together to make a word? Be your own definition of amazing, always. That is so much more important than anything beautiful, ever. 
 
- Nikita Gill, Don’t Be Beautiful

Menjadi perempuan jangan hanya selalu dibuai mimpi. Asyik mengharapkan "imam" datang nak pimpin tangan bawa ke Syurga. Asiah isteri Firaun berkahwin dengan orang yang zalim, tapi dia tetap masuk Syurga. Walihah, isteri Nabi Luth AS berkahwin dengan seorang Nabi tapi dia tetap tak masuk Syurga kerana dia tidak beriman. Mariam AS tidak pernah berkahwin tapi dia tetap masuk Syurga. Jadi perempuan biar berilmu. Cinta dan kesetiaan pada Allah s.w.t tetap nombor satu.

Di kala ramai orang yang sedang memburu pasangan hidup, ketahuilah tidak semua yang tampan itu boleh setujuan. Tidak semua yang kaya boleh dipercaya. Tidak semua yang baik boleh mendidik. Tidak semua yang romantis boleh membuatkan kefahaman kita pada agama makin manis. Tidak semua yang dicintai itu boleh menjadi pasangan yang 'tangguh' dalam rumah tangga. Dan yang pasti, tidak semua yang kita cari adalah hal yang kita perlukan dalam hidup ini. 

Percayalah anak muda, semua itu hanyalah urusan duniawi belaka. Hidup jauh lebih besar dari sekadar percintaan dan perburuan pasangan sesuai yang diharapkan. Kerana percintaan hanyalah ujian kehidupan dan rumah tangga sekadar sarana, untuk mencapai cinta Yang Sebenarnya. 






Sibukkan diri dengan buku dan ilmu. Gapai cita-cita buat diri dan ibu bapa. InsyaAllah dipermudahkan jalan menggapai kejayaan. :)




---
Seandainya kita masih seorang yang bingung dengan diri, hati, jiwa dan perasaan sendiri, mungkin kita masih belum cukup berkenalan akrab sama Tuhan. hmmm. 

Comments

  1. love this!!! ♡ saya mohon izin share kan post ni ye :)

    ReplyDelete

Post a Comment