Diari Ary (ii).

Bilamana sekolah terpilih jadi tuan rumah sukan peringkat zon dan hari sukan jatuh pada hari yang sama konvo saya, tak pasal-pasal diamanahkan pegang AJK persembahan dengan alasan, "AJK persembahan kena latih sebelum hari sukan jadi kalau tak hadir hari sukan pun takpa yang penting latih murid." Mulanya cemas juga la sebab tak pernah pun latih murid persembahan sebelum ni (selalu mengelak :P) tapi bila dah "kena buat juga," hmmm, buat jak. Dan selalunya kita hanya akan tahu kita boleh buat bila kita dah buat. Syukur juga dipermudahkan dan wakil PPD Nabawan puji persembahan diorang. Dari mula lagi dah yakin dan percaya dengan budak-budak ni, sebab budak pedalaman - tulang besi urat dawai. Bagi la apa pun, diorang boleh buat, insyaAllah. Haraplah dalam akademik pun macam tu heh. Ameen.




Selesai sukan peringkat zon tak pasal-pasal kena aim dengan dengan guru-guru lain, "Ary, sedialah jadi guru persembahan lagi tahun-tahun hadapan, tetap dan berpencen." Erk. 



---
p.s: link ni mungkin berguna untuk sesiapa yang pegang AJK persembahan untuk hari sukan sekolah atau idea untuk senamrobik sekolah/kampus di masa hadapan. Yang penting, guru kena mahir step dulu baru boleh latih murid. #sharingiscaring ^^,v

5 comments:

  1. wahh,, smart je diorang buat. :)

    ReplyDelete
  2. Linda^^26.11.16

    Wooo... hebat ary :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada ko sekali mesti best. Teringat senamrobik Sk. Alma dulu. ^_^

      Delete
  3. Anonymous9.12.16

    wah..terbaek
    tahniah teacher..

    ReplyDelete