Some good things never happen twice, so I take pictures.

by - 1:27 AM


Sindrom merindui momen-momen lalu mungkin normal buat semua orang, kan. Ada ketika kita rasa macam nak kembali ke waktu dulu-dulu, bukan untuk mengubah apa-apa, hanya mahu merasai semula sesetengah rasa yang pernah kita rasa dahulu. Umpama rasa tenang dan damai berjalan di hari hujan menuju ke tempat kesukaan kita, perpustakaan misalnya.






Dalam lambakan momen-momen sepanjang saya berada di bumi Bainun, yang paling saya ingat dan rindui saat ini adalah menghabiskan masa di Perpustakaan Za'ba ditemani dengan buku-buku setiap petang Jumaat. Ada apa dengan Jumaat? Jumaat adalah hari yang tak ramai orang pergi ke sana kerana rakyat bumi Bainun sangat sedikit bilangannya, dan hari itu ramai akan pulang berhujung minggu. 





Pernah satu ketika cuma saya seorang ke sana, ditemani pak cik kaunter dan pak guard yang memang selalu di sana. Sampai satu tahap pak cik kaunter tu kenal sangat dah dengan muka saya siap maklum bila ada buku baru yang didaftarkan dan dia suggestkan untuk saya baca. Ingat lagi pak cik tu sampai sekarang, memang suka ajak orang sembang. 


Yang pasti kehidupan di bumi Bainun benar-benar mengajarkan bahawa kebahagiaan itu sangat sederhana, sesederhana menyelongkar buku-buku puisi lama di perpustakaan dan menuliskan semula kalam-kalam indah, seperti kalam di bawah misalnya.



Dan hari ini, entah apa cerita mereka di sana. Semoga baik-baik saja semuanya.






Salam rindu buat warga Perpustakaan Za'ba dan IPG Kampus Tuanku Bainun seisinya, dari saya, budak yang selalu pinjam buku last minute bila kaunter dah nak tutup. Mungkin sebab tu juga pak cik ingat saya kan. hmmm. ^^,"


You May Also Like

0 love letter(s).