Bali; Prolog.

Bismillah, 

Kata Kak Zilla, salah seorang kenalan alam maya yang sangat mencintai pengembaraan, 

Terima kasih kerana pernah memberi inspirasi. Hingga saat ini, saya masih menyimpan kata-kata itu.

Mengembara adalah antara cara menghabiskan wang paling bijak selain membeli buku. Setiap orang yang pulang dari sebuah pengembaraan tidak hanya sekadar membawa pulang sepatu kotor, tetapi juga pengalaman serta hal-hal indah, pahit dan manis yang berlaku sepanjang perjalanan. Ketahuilah, travelling is not that expensive as you think. Kita tak perlu jadi kaya dulu baru boleh melancong/berjalan/mengembara. Andai ada kemahuan, kita sendiri akan berusaha untuk merealisasikan kemahuan itu. 


Ada apa dengan Bali?


Igusti Ngurah Rai International Airport, Denpasar.

Bali adalah destinasi bagi para pecinta laut, seni dan Tuhan. Dengan kata lain, Bali adalah tempat yang tepat untuk dijadikan destinasi pengembaraan buat orang-orang yang memiliki jiwa seperti saya. hehehe :P

Berikut antara fakta ringkas tentang Bali;
  •  Bali adalah sebuah pulau. Ia mendapat gelaran The Island of Gods.
  • Pusat bandar bagi Bali ialah Denpasar.
  • Waktu di sana sama seperti waktu di Sabah dan Sarawak (jam 6 petang dah Maghrib)
  • Majoriti penduduk beragama Hindu (yang tak sama dengan Hindu dalam filem-filem Shah Rukh Khan-mereka makan daging dan melekatkan tiga butir beras pada dahi)
  • Mereka memiliki bahasa sendiri, Balinese namun sebahagian besar penduduknya juga berkomunikasi dalam bahasa Inggeris (termasuk penduduk lokal yang nampak macam tak mandi pagi, bila speaking mampu membuatkan sesiapa saja insecure level 99) 
  • Nama masyarakat Bali umumnya diawali dengan turutan kelahiran; anak pertama (Wayan), anak kedua (Made), anak ketiga (Nyoman), dan anak keempat (Ketut). (Jadi jangan hairan kalau hampir lebih dari sepuluh orang bernama Wayan/Made/Nyoman/Ketut. Mereka orang yang berbeza.)
  • Kebanyakan kedai makannya non-halal (yang menyajikan daging yang tak halal dengan nama menu yang 'direct' (soto babi, babi guling, celeng, pork, etc) siap dengan gambar sekali)
  • Tapi ada saja kedai halal, yang penting kena cari, mesti jumpa. 
  • Masyarakat Hindu di Bali mempercayai dewa-dewa dan makhluk ghaib ada di sekeliling mereka. Makanya, bila berjalan di mana-mana pasti akan kelihatan patung sembahan dan bekas daun berisi makanan tak kira di hadapan rumah mahupun kedai. (elakkanlah dari tersepak atau terpijak bendaalah tu) 
  • Bali dikelilingi Lautan Hindi dan ada baaaaaanyak pantai yang indah-indah, tak terkira.
  • Mereka sangat menjaga identiti kesenian mereka termasuklah pada seni binaan (khususnya gerbang ‘pintu syurga’ tu, kadang confuse rumah/kedai dengan kuil, macam tiada beza)



Bersambung.....bila saya rajin nanti :B


No comments:

Post a Comment