Postcards from far away (ii).


Jika kau ingin tahu bagaimana berpuisi tanpa kata-kata, lihatlah sekelilingmu. Lihatlah dan dengarlah bagaimana alam raya berpuisi 



pelangi, 
warna-warna senja, 
titis hujan, 
daun-daun yang berguguran, 
deru angin yang menyenangkan,
butir-butir pasir yang melekat pada tapak kaki



setiap saat alam sentiasa berpuisi. Namun puisi-puisi mereka tak mungkin difahami oleh kita. Dan dalam banyak-banyak puisi alam, aku paling suka mendengarkan puisi sang ombak. Melihat bagaimana ia tak pernah lelah mencium pantai. 




Apakah puisi alam kesukaanmu?






---
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." (Al-Israa'; 44)

No comments:

Post a Comment