Bacaan maya.


Entry ni khusus untuk menjawab soalan yang selalu  followers PM/DM dan komen saya di blog ni dan juga insta serta mereka yang nak tahu tapi segan bertanya;

“Di mana selalu dapat bahan bacaan ebook?” 


“Di mana nak dapat buku-buku indo macam ni?” 


Tapi sebelum tu maaf sangat kalau  ada beberapa DM tu saya tak terjawab. This entry is for you. 😊


Ini antara tiga apps kesukaan saya untuk bacaan maya;


  • Wattpad 
Rasanya ramai yang dah tahu dan biasa dengar jadi saya tak kongsi banyak untuk app ni. Cuma bagi saya, bacaan di Wattpad ni hanya untuk karya-karya penulis yang saya betul-betul suka jak. App ni antara yang best lebih-lebih lagi untuk yang minat menulis sebab sesiapa pun bebas berkarya. Ramai penulis buku hari ni yang lahir bermula dari penulisan Wattpad. Bila karya yang ditulis mendapat jumlah pembaca yang tinggi akan ada penerbit yang ‘melamar’ karya mereka untuk diterbitkan. 

Cuma untuk pembaca yang macam saya; jenis pembaca cepat dan tak sabar tahu ending, kena banyak bersabar terutamanya bila baca karya penulis yang tengah on-going/belum complete sebab penulis-penulis dalam ni kadang take time untuk publish chapter baru. 

  • Prestigio book reader. 

App ni antara eBook reader untuk android yang mudah dikendalikan. Sebenarnya ada banyak lagi apps lain yang boleh digunakan, ikutlah keselesaan masing-masing. Selalunya saya guna app ni untuk buku-buku bentuk PDF yang saya download di Google. Sangat mudah digunakan dan ia ada fungsi text-to-speech di mana apa-apa buku yang ada di bookshelf boleh dijadikan audiobook tapi saya tak pernah guna pun sebab tak minat audiobook. Untuk pengguna iphone atau ipad pula, ibooks is the best app for you. 


  •  iPusnas (National Library of Indonesia) 


Tahu tentang app ni dari seorang Indonesian bookstagram. Sangat-sangat berguna khususnya untuk peminat buku-buku Indo sebab ia adalah perpustakaan maya jadi semua buku-buku boleh dibaca secara gratis/percuma dan legal. The best part is, app ni sentiasa update buku-buku baru, bukan buku fiksyen jak tapi semua kategori buku. Selain tu setiap buku disediakan sinopsis untuk memudahkan pembaca (tapi ada juga beberapa buku yang tiada) dan ruangan book review. Saya selalu baca ruangan  ni untuk tahu sama ada buku tu best atau tak. 



Pembaca hanya perlu cari buku yang ingin dibaca, kalau buku tu available boleh download dan dibaca secara offline.



Tapi sebab namanya perpustakaan, buku yang dibaca perlu dipulangkan. Dan biasanya buku-buku yang popular ramai peminjam jadi kena tunggu orang habis baca dan pulangkan dulu baru boleh pinjam. 





Setakat ni, tiga apps nilah yang saya guna untuk buku-buku ebook yang saya selalu kongsikan di insta. Semoga bermanfaat buat peminat  ebook atau yang baru nak cuba baca ebook. Sememangnya membaca ebook tak sebest baca buku cetak tapi ada waktu-waktu tertentu ebook ni sangat user-friendly. Misalnya waktu tengah makan poreber alone di kedai dan lupa bawa buku, bolehlah baca ebook tanpa risau terpercik kuah di buku sebab boleh lap screen atau bila travel dan tak mahu bawa buku yang memberatkan beg, bolehlah baca ebook dan tidaklah boring sangat bila naik flight atau tunggu flight yang delay tu. 


Kalau ada apps lain yang mungkin saya tak tahu, sudi-sudilah berkongsi. :)



2 comments:

  1. ePub Reader- kalau nak baca novel-novel Inggeris.

    Btw, thanks for the suggestion, Ary. Terutamanya Ipusnas. Mudah nak membaca novel Tere Liye;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you juga kak. Nanti saya try explore ePub Reader tu. 😊

      Delete