Entrok.


Buku ni mengisahkah tentang Sumarni/Marni, anak seorang buruh tukang kupas singkong (ubi) di pasar. Tatkala usianya meningkat dewasa, payudaranya tumbuh dan Marni selalu berasa kesulitan dengan pergerakan payudaranya maka dia selalu bermimpi untuk memiliki entrok. Entrok adalah bahasa Jawa yang bermaksud bra. Pada zaman tu (era 50-an), entrok ni sesuatu yang sangat langka dan mahal, maka ia hanya boleh dimiliki dan dipakai oleh golongan tertentu. Berawal dengan keinginan memiliki entrok, Marni selalu mengikuti ibunya bekerja mengupas ubi. Oleh kerana tidak dibayar dengan wang, Marni memberontak dari norma sebagai wanita dan ia bekerja sebagai buruh angkut (tukang angkat barang) yang ketika itu seringkali didominasi oleh kaum lelaki. Melalui pekerjaan itu dia mendapat bayaran berbentuk wang dan akhirnya Marni berhasil mendapat entrok impiannya. Namun hal tersebut tidak cukup bagi Marni, dia mengumpul wang dan menjadi pedagang keliling. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, dagangan Sumarni semakin besar. Siapa sangka hanya dengan impian memiliki entrok pada mulanya, Sumarni berjaya keluar dari belenggu kemiskinan dalam hidupnya. 


Marni berjaya menjadi orang kaya baru di desanya. Selain itu dia selalu percaya kejayaannya adalah berkat Mbah Ibu Bumi Bapa Kuasa yang senantiasa membantunya. Disebabkan itu dia tidak pernah meninggalkan ritual doa dan pemujaan untuk ‘Tuhan’-nya itu. Seorang jejaka bernama Teja kemudian menikahinya dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Rahayu. Rahayu adalah anak satu-satunya Marni dan dia rela melakukan apa saja demi kesenangan hati Rahayu. Cita-citanya mahu melihat Rahayu menjadi orang pintar yang berpendidikan tinggi, tidak seperti dirinya. 



Rahayu yang berpendidikan sekolah menyedari bahawa apa yang dilakukan ibunya adalah perbuatan syirik sehingga ia menimbulkan kebencian terhadap ibunya. Di tambah lagi apabila ibunya memberi pinjaman wang kepada warga desa dengan menambah bunga, yang menurut ajaran agama dilarang. Masyarakat desa juga seringkali mengumpat ibunya dan menuduh Marni memiliki tuyul/toyol yang membantunya menjadi kaya. 


Konflik cerita ini bertambah ketika para tentera dan polis yang kononnya penjaga keamanan tapi sebaliknya banyak menindas warga desa dengan menggunakan jabatan mereka sebagai modal untuk menyiksa. Jika ada warga yang melawan, mereka akan diancam dan dituduh sebagai PKI (Parti Komunis Indonesia) serta dimasukkan ke penjara. 




Terus terang saya seorang yang sangat meminati karya-karya yang bercerita tentang kisah-kisah hidup “jaman old” macam ni. Sama seperti karya Amba tempoh hari. Cerita yang berlatarkan era-era 50-an, 70-an, 80-an yang telah lama berlalu. Dan di era lambakan penulis berlumba-lumba menghasilkan karya moden yang lebih “jaman now”, saya kagum apabila masih ada penulis-penulis hari ini yang berminat untuk menghasilkan karya-karya sebegini. Buku ni merupakan buku pertama yang ditulis Okky Madasari yang katanya diambil dari kisah hidup neneknya sendiri. 



Buku ni saya kategorikan sebagai salah satu buku yang agak ‘berat’ untuk dibaca tapi sangat membuka mata dan rugi jika dilewatkan. Selain sarat dengan isu-isu sosial, penggunaan bahasa Jawa dalam buku ni juga membuatkan ia sedikit rumit dibaca lebih-lebih lagi buat pembaca yang tidak familiar dengan bahasanya. Namun penulis menyelitkan maksud bagi setiap perkataan Jawa digunakan dan ianya sangat membantu. Saya sangat suka penulisan Okky dalam novel ini, bahasanya sangat mengalir dan penceritaannya sedap dibaca. 


Sebenarnya ada banyak insiden dalam cerita ni yang menimbulkan rasa “nak flip meja” di hati saya terutamanya isu feminisme yang diangkat, gambaran tentang penindasan terhadap wanita dan watak-watak lelaki tak berguna. Bikin gerammmmm sangat. Berbeza dengan cerita cinta-cinta khayalan dan percintaan  romantis yang tersaji dalam novel-novel teenlit atau chicklit, Okky menghamparkan betapa keras dan jahatnya kehidupan.







Tak mahu menspoilerkan lebih banyak, selanjutnya bolehlah dibaca sendiri jika berminat. Selain versi bahasa Indonesia, buku ini juga telah ditranslate kepada bahasa Inggeris dengan judul The Years of the Voiceless. 

Comments

  1. wow dapat mufradat baru :D

    ReplyDelete
  2. Anonymous3.7.18

    Samalah. Saya pun suka cerita fiksyen berlatarbelakangkan zaman dahulu. Kat Malaysia ni tak jumpa lagi (atau saya yang tak tahu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ada tapi tak banyak dan agak underrated. Kalau nak baca karya-karya berlatarkan zaman dahulu khususnya di Malaysia boleh cuba baca karya-karya sasterawan negara seperti Keris Mas, A. Samad Said, Muhammad Haji Salleh atau Zurinah Hassan. Kebanyakan karya-karya mereka sangat berkualiti dalam mengupas dan mengkritik isu-isu sosial masyarakat. Tapi bila baca karya-karya penulis Indo berlatarkan era kebangkitan ideologi dan nasionalisme macam buku ni sebenarnya tak banyak beza dengan apa yang berlaku di Malaysia, misalnya era sewaktu tersebar fahaman komunis di Indonesia juga adalah era sama sewaktu Malaysia berhadapan dengan isu komunis.

      Delete
    2. Anonymous3.7.18

      Terima kasih atas cadangan, matah-ary!

      Delete
  3. macam best buku ni..

    ReplyDelete

Post a Comment