Educated, sebuah memoir hidup Tara Westover.




Disebabkan selalu nampak buku ni berlegar-legar di feed saya, banyak direview oleh para bookstagram di insta, saya pun cubalah cari di kedai buku hari tu tapi tak jumpa. Sama ada buku ni belum sampai M’sia atau hanya ada di Kinokuniya. Tak sangka pula berjodoh jumpa buku ni versi ebook, gembira sangat. Hampir sebulan saya habiskan buku ni dan saya tak skip satu muka surat pun sebab wow, buku ni memang mind-blowing dan ia adalah kisah benar. 





Buku ni adalah sebuah memoir hidup penulisnya sendiri, Tara Westover, seorang wanita yang dibesarkan tanpa sijil lahir dan pendidikan formal di sekolah namun berjaya mencapai Ph.D. Saya kagum membaca buku ni kerana Tara menceritakan kisah hidupnya yang bagi saya penuh dengan kekejaman namun disusun dengan narasi yang indah. 

Dibesarkan di sebuah kawasan terpencil di pergunungan Idaho, Tara merupakan anak bongsu dari tujuh orang adik-beradik yang dibesarkan oleh seorang ayah penganut agama Mormon (Mormonism). Ayahnya seorang yang kejam dan anti pemerintah. Disebabkan tidak mempercayai pemerintah, Tara lahir tanpa memiliki sijil lahir. Bukan itu saja, ayahnya menganggap bahawa homeschool lebih baik berbanding pendidikan umum di sekolah yang dikawal oleh pemerintah. Maka sejak kecil, Tara tidak pernah berpeluang untuk mendapat pendidikan. Dia dan adik-beradiknya dilarang membaca sebarang buku. Satu-satunya buku yang dipelajarinya adalah kitab suci. 

Buku ni dimulakan dengan kisah kehidupan kanak-kanaknya yang bagi saya sangat buruk dan agak kurang manusiawi. Ayahnya seorang yang sangat tegas, pemarah dan kejam. Sementara ibunya merupakan seorang bidan kampung yang mampu menyembuhkan orang. Ibu Tara seorang yang mudah bersimpati namun tidak berani melawan suaminya bahkan dia sangat patuh. Ibunya menggunakan tumbuh-tumbuhan herba untuk merawat orang yang bertemunya. 

Ada banyak hal yang diceritakan dengan sangat jujur dan terbuka. Beberapa bahagian dalam buku ni menyelitkan hal-hal yang mengerikan; jari yang terpotong, jari yang hilang, luka terbakar, luka di kepala yang mengerikan dan semua luka yang sukar untuk dibayangkan. Namun ayahnya tetap menjauhi dunia luar. Tanpa ubat-ubatan, doktor atau hospital untuk semua luka tu. Ada satu insiden dalam buku ni, diceritakan mereka sekeluarga pernah mengalami kemalangan namun tetap tidak ke hospital walaupun ibunya ketika itu mengalami luka kepala yang parah. 

“I always wanted to get away from the junkyard and there was only one way to do that, by getting a job. The trouble was, I was eleven.” 

Di usia 11 tahun, Tara berusaha bekerja menjadi babysitter dan pembantu di kedai runcit namun ayahnya selalu membawanya kembali bekerja di junkyard mereka, suatu tempat yang berbahaya di mana salah seorang abangnya pernah mengalami luka terbakar yang serius dan seorang lagi pernah mengalami cedera parah akibat terjatuh dari ketinggian 20 kaki. Daripada enam orang adik-beradik yang lain, dua orang abangnya nekad meninggalkan rumah untuk mendapatkan pendidikan walaupun tanpa restu dari ayah mereka. 

Terinspirasi dari salah seorang abangnya yang mendapat pendidikan (Tyler), maka di usia 16 tahun, Tara mengambil ujian ACT dan berjaya lulus sehingga melayakkannya masuk ke Brigham Young University. Walaupun ayahnya tidak berbangga dengan kejayaannya, dia tetap nekad untuk belajar. Sewaktu pertama kali belajar di universiti, Tara seumpama manusia yang lahir dari zaman kuno, menyedari bahawa dirinya banyak tertinggal dalam ilmu pengetahuan berbanding mahasiswa lain. Namun setiap kesulitan tidak pernah membuat dia berputus asa. Tara tumbuh menjadi mahasiswa yang haus dengan ilmu dan bertemu profesor yang menyokongnya hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Cambridge dan mendapat gelaran M.Phil (Master of Philosophy). Atas dorongan salah seorang pensyarahnya, dia berjaya mendapat biasiswa untuk menyelesaikan Ph.D dalam bidang sejarah di usia 28 tahun. 

Membaca liku-liku perjalanan Tara dalam buku ni sangat menakjubkan dan turut membuat hati saya terluka. Sehingga ke akhir cerita dan hingga hari ini, Tara tak pernah kembali ke rumahnya kerana dia tidak lagi diterima oleh ibu bapanya. Ia bukan disebabkan pendidikan namun disebabkan satu konflik yang berlaku dalam keluarganya (saya tak kongsikan di sini, kena baca sendiri). 

Usai membaca buku ni membuat saya tertanya-tanya apa yang mendorong Tara menuliskan buku ni? Bagaimana dia sangat berani menceritakan hal-hal keluarga yang kadang saya rasa ia agak personal, seumpama membuka aib keluarga sendiri? Adakah dia ingin menceritakan kepada dunia tentang kekejaman ayahnya? Lalu saya membaca beberapa review dan artikel yang memuatkan temu bual bersama penulis. Tara ada menyatakan bahawa atas segala yang pernah terjadi dia tidak pernah membenci ibu bapanya dan masih memiliki harapan bahawa satu hari nanti dia akan diterima kembali. Satu hal penting yang ingin disampaikan dalam buku ni adalah “the power of education.” Bagaimana pendidikan bukan hanya dapat mengubah takdir dan perjalanan hidup seseorang, tetapi lebih utama lagi, mengubah diri seorang manusia. Makna menjadi seorang educated sebenarnya tidak hanya dilihat dari sudut pendidikan tetapi yang lebih utama; perubahan sikap. Saya suka ayat-ayat terakhir dari novel ni. 

“The decision I made after that moment were not the ones she would have made. They were the choices of a changed person, a new self. You could call this selfhood many things. Transformation. Metamorphosis. Falsity. Betrayal. I call it an education.” – pg. 356.


5 comments:

  1. Anonymous17.8.18

    Wow, mind blowing story! Baca sinopsisnya pun dah cukup mengujakan. Thanks for the review. Boleh masuk to-do list books no-12 lepas ni😂

    ReplyDelete
  2. Thanks kak ary ! Lain kali share laa lgi ebook yg free >_< sbb teda bajet nii mo beli buku T_T tp craving mo baca buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome! Keep reading fazilah. :)

      Delete
  3. Faizah Anwar11.9.18

    Wah ada ebook free ke untuk buku ni???😲

    ReplyDelete
    Replies
    1. A’ah, versi epub pdf. 🙂

      Delete