Hanoi Vacay 2018 (ii)
Entry kali ni lebih kepada tempat-tempat yang kami pergi di Hanoi sepanjang 5 hari 4 malam (19/11-23/11) kami di sana.
Beberapa bulan sebelum pergi Hanoi tu kami dah siap-siap senarai tempat-tempat highlight yang wajib pergi di Hanoi. Antaranya tempat yang kami pergi;
Beberapa bulan sebelum pergi Hanoi tu kami dah siap-siap senarai tempat-tempat highlight yang wajib pergi di Hanoi. Antaranya tempat yang kami pergi;
- St. Joseph’s Cathedral
Sementara nak tunggu jam 2 untuk check in hostel, jadi kami pun buatlah city tour kejap di area-area yang berdekatan. Jalan kaki jak. Tempat ni tempat pertama yang kami pergi sebab dekat dengan area hostel kami. Nasib baik pergi waktu weekdays, tak ramai sangat orang. Bila kami lalu tempat ni esoknya memang ramai orang sebab hari tu weekend. Gereja ni kira gereja tertua di Hanoi dan masih digunakan sehingga hari ni.
If you follow my Pinterest, saya pernah post gambar library ni tahun lepas yang saya screenshot dari IG someone. Library ni yang membuat saya berminat masukkan Hanoi sebagai travel goals. Saya saaaangat suka dengan old things, antique and old buildings. Sebab bagi saya benda-benda lama ni speak to us another time. They’re the product of a nostalgia for an idealised past. If only those walls could speak of the history they hold.
Kami jumpa library ni beberapa minit lepas jalan dari St. Joseph’s Cathedral. Depan library ni ada taman yang luas dan ada banyak kerusi-kerusi taman. Lama kami duduk sana sambil menikmati suasana redup, dingin dan nyaman sebab waktu tu baru lepas hujan, betul-betul rasa macam dalam filem klasik.
Tasik ni jadi tarikan utama di Hoan Kiem District. Saaaangat happening. Kami sampai tiga kali pergi sini sebab dekat dengan hostel memang jalan kaki jak. Dua kali pergi waktu malam sebab nak pergi night market. Night market hanya ada hari Jumaat dan Sabtu jak. Kalau nak beli souvenir/shopping boleh beli di sini sebab murah-murah dan banyak pilihan. Kami pergi pagi waktu second day in Hanoi which is Saturday dan kebetulan waktu tu Vietnamese Women’s Day. Banyak event diadakan di sekitar tasik ni.
- Ho Chi Minh Presidental Area
Datang sini pergi bergambar di luar jak, tak masuk pun. Sebenarnya boleh masuk tapi waktu kami pergi tu tak boleh. Amaze sangat dengan orang yang menjaga depan tu sebab dorang statik jak sepanjang masa. Actually ada tiga orang, sorang lagi boleh bergerak bebas dan tugas dia ada adalah bunyikan wisel bila ada tourist atau sesiapa jak yang keluar dari garisan kuning. Gaya macam Hitler, garang abis. Actually dalam mausoleum ni ada mayat presiden pertama Vietnam, Ho Chi Minh yang disemadikan.
Wasiat Ho Chi Minh nak supaya mayatnya dibakar dan abunya ditaburkan di utara, tengah dan selatan Vietnam. Tapi wasiat tu tak dilaksanakan dan mayatnya diawet dan disemadikan di mausoleum ni. Sampai sekarang I still cannot brain kenapa rakyat Vietnam tak tunaikan wasiat tu. Sedangkan dia dah banyak berjasa dengan Vietnam.
- Ho Chi Minh Museum *Entry fee : VND 40 000 (RM7+)
Muzium khusus untuk mengenali lebih dekat keperibadian dan sumbangan presiden pertama Vietnam. Waktu di tingkat bawah tu kami banyak sightseeing jak sebab semua info dalam bahasa Vietnam, tiada translation. Dekat tingkat atas tu baru ada translation.
Actually muzium ni luas sangat, siap boleh tengok tempat tinggal Ho Chi Minh, pejabat beliau termasuklah sebuah mansion mewah yang pernah dihadiahkan Perancis untuk pujuk beliau terima kehadiran dorang. Tapi Ho Chi Minh menolak tawaran tu dan lebih memilih untuk tinggal di sebuah rumah kayu berhampiran. Bila pergi muzium ni baru saya faham kenapa Ho Chi Minh ni sangat disayangi rakyatnya sebab beliau seorang pemimpin yang sangat berjiwa rakyat, tak sampai hati untuk tinggal di kediaman mewah sementara rakyat negaranya rata-rata hidup miskin dan melarat di bawah penjajahan Perancis.
Alang-alang dah sampai Ho Chi Minh Presidental Area, singgah tempat ni juga sebab dekat jak dengan muzium Ho Chi Minh. Pagoda ni dibina di atas sebatang tiang konkrit yang dikelilingi kolam lotus. Menurut cerita, ia dibina oleh seorang Raja sebagai membayar nazarnya selepas mendapat anak. Disebabkan Raja tu bermimpi bertemu dengan seorang alim Buddha yang duduk di atas sepohon lotus. Orang alim nilah yang menjanjikan Raja tersebut bahawa beliau akan mendapat anak. Maka pagoda ni dibina oleh Raja tersebut sebagai gambaran pohon lotus yang ditemui dalam mimpi.
Tempat ni tempat terakhir untuk our second day in Hanoi. Hari tu memang hari yang penuh dengan ilmu pengetahuan sebab pergi tempat-tempat yang banyak info-info sejarah siap pakai baju Aodai lagi, saja jak nak fefeeling local kebetulan pula jumpa Aodai murah waktu pergi night market hari sebelumnya.
Tempat ni tempat terakhir untuk our second day in Hanoi. Hari tu memang hari yang penuh dengan ilmu pengetahuan sebab pergi tempat-tempat yang banyak info-info sejarah siap pakai baju Aodai lagi, saja jak nak fefeeling local kebetulan pula jumpa Aodai murah waktu pergi night market hari sebelumnya.
Harga Aodai = VND 400 000+ (RM70+), harga yang termurah kami dapat selepas tawar-menawar sebab beli dua pasang.
p.s: Kalau pakai Aodai ni kena pakai inner ya sebab kain dia jarang dan sebelum beli tu boleh cuba dulu sebab saiz badan orang Vietnam ni kecil, bila tersalah beli jadi hiasan di almari jak nanti.
p.s: Kalau pakai Aodai ni kena pakai inner ya sebab kain dia jarang dan sebelum beli tu boleh cuba dulu sebab saiz badan orang Vietnam ni kecil, bila tersalah beli jadi hiasan di almari jak nanti.
- Train Street Hanoi
Tempat pertama yang kami pergi di hari ketiga, salah satu tempat yang menjadi tumpuan fotografer demi sekeping gambar osem kereta api muncul dari celah-celah bangunan rumah, and I made it!
Bila waktu train tu akan lalu?
Mon-Fri : 6am & 7pm
Sat-Sun : 9.15 am, 11.35am, 3.20pm, 5.45pm, 6.40pm & 7.10pm
Kalau kebetulan pergi hari weekend macam kami hari tu, saya suggest pergi waktu train yang pertama lalu jam, 9.15am sebab tak ramai orang, senang nak dapat perfect shot. Mostly semua bangunan tu memang rumah orang dan railway tu betul-betul depan rumah dorang. Dan dorang tak pelik pun bila ramai tourist di sana sebab dorang tahu dah, tourist ke sana sebab tunggu train lalu.
Tempat ni memang heaven bagi para pencinta buku di Hanoi, tapi bukan untuk tourist yang pencinta buku macam saya sebab mostly semua buku dalam bahasa tieng vet. So, inilah first time keluar dari kedai-kedai-kedai (banyak sangat kedainya) buku tapi pulang dengan tangan kosong, tak beli apa-apa.
Yang menarik pasal tempat ni adalah kedai-kedai buku dengan tingkap-tingkap kaca yang tersusun sebijik-sebijik sepanjang street ni. Benda tu memberi semacam pengaruh psikologi yang akan menarik orang masuk dalam kedai buku tu tau. Dan itulah yang membuat kami masuk juga semua kedai tu, walaupun tak beli apa-apa.
Yang menarik pasal tempat ni adalah kedai-kedai buku dengan tingkap-tingkap kaca yang tersusun sebijik-sebijik sepanjang street ni. Benda tu memberi semacam pengaruh psikologi yang akan menarik orang masuk dalam kedai buku tu tau. Dan itulah yang membuat kami masuk juga semua kedai tu, walaupun tak beli apa-apa.
- Hoa Lo Prison *Entry fee : VND 30 000 (RM 5+)
Suasana yang agak gelap, suram dan lampu yang samar dalam penjara ni memberi sedikit efek seram. Banyak info yang menceritakan penindasan dan hukuman-hukuman ditunjukkan. Rasanya yang paling kejam sekali hukuman yang penggal kepala tu, siap ada alat pemenggal tu dipamer di sana. Alat tu semacam ada flow, bila kepala dah terpenggal terus akan jatuh dalam satu besen. Ada juga ruang khusus untuk banduan wanita dalam ni.
- Al-Noor Mosque
Harga makanan kami (Fried chicken with sweet & sour sauce) = VND 70 000 (RM12+)
- Vietnamese Women’s Museum *entry fee : VND 30 000 (RM5+)
Muzium ni sememangnya muzium khusus buat wanita Vietnam. Membawa tiga tema utama; women in family, women in history dan women’s fashion. Selepas muzium-muzium yang kami pergi sebelum ni, kami dapat jugalah sedikit gambaran tentang bagaimana sejarah kemerdekaan di Vietnam dan sememangnya kaum wanita pun turut memainkan peranan besar menyumbang dalam sejarah dorang. Sebab tu banyak usaha apresiasi wanita dilakukan, muzium ni salah satunya.
Antara benda yang saya paling suka dalam muzium ni adalah seni poster-poster propaganda yang dipamerkan dalam muzium tu, sangat deep and meaningful. Sampaikan saya ada beli beberapa keping poskad yang menggunakan poster-poster propaganda ni sebagai hiasan. Saja jak simpan sebagai kenangan.
Harga sekeping poskad : VND 15 000 (RM2+)
- Temple of Literature *entry fee : VND 30 000 (RM5+)
Ada banyak batu-batu dengan bentuk kura-kura di dalam temple ni. Mulanya ingat batu nisan, rupanya ada nama-nama yang diukir pada batu. Menurut info, nama-nama penuntut yang lulus dalam Peperiksaan Negara akan diukir pada batu-batu tersebut. Kura-kura merupakan haiwan suci kepada penganut Buddha. Menjadi satu tradisi sebelum menduduki peperiksaan, penuntut akan mengusap kepala kura-kura batu untuk mendapatkan good luck. Amalan ni masih diteruskan oleh pelajar-pelajar sekolah di Vietnam sehingga hari ni.
- Hanoi Opera House
Rasanya dah cukup tempat-tempat yang wajib dimasukkan dalam list bagi sesiapa yang nak melancong ke Hanoi next time. Kalau tak tahu nak pergi mana dulu boleh la ikut susunan tempat yang saya dah senaraikan tadi. Memang ada beberapa tempat tu dekat jak dan boleh jalan kaki. Ada juga yang kami naik grab untuk ke sana. Mostly, harga grab yang kami naik sepanjang di Hanoi ni tak pernah lebih dari RM10, hanya sekitar VND 25 000 (RM5), sangat murah, kongsi bayar dengan kawan lagi, memang murah. Ada juga kemudahan grab motor dan beca di sekitar Hanoi city ni bagi yang berminat. Atau kalau nak yang lebih adventurous, jalan kaki jak, sambil-sambil bakar kalori.
My next entry will be the last one untuk sharing Hanoi Vacay ni. Saya akan kongsikan berkaitan Halong Bay trip, our
Agree with the feminisme concept. Kalau ikutkan, sebenarnya feminisme ni tak semestinya perempuan, lelaki pun boleh jadi seorang feminisme-dengan sentiasa melindungi & meletakkan hak & darjat wanita pada tempatnya😊
ReplyDeleteTahniah dapat beli (dan muat pakai-it suits you) Aodai. Haha. Teringin nak beli sebenarnya, tapi saiznya, Inalillah😂
"Lelaki pun boleh jadi seorang feminisme-dengan sentiasa melindungi & meletakkan hak & darjat wanita pada tempatnya." Kan! 💯
DeleteThanks! 😬🙂