Hanoi Vacay 2018 (i).

by - 11:44 PM

Entry khusus untuk yang PM, comment dan request saya buat itenarari percutian Hanoi tempoh hari. I’ll try my best untuk kongsi apa yang saya ingat, pengalaman, tips dan panduan untuk sesiapa yang berminat melancong ke Hanoi, okay! 



First of all, kenapa Hanoi bukan Ho Chi Minh city? Well, sebab personally, I’m not a big fan of city. Kawan saya pun sama. Jadi bila travel kami selalunya lebih prefer tempat yang popular dengan nature. So we choose Hanoi. 

Btw, vacay kali ni saya pergi dengan kawan yang sama trip Bali tahun lepas, cuma kali ni berdua jak. Kalau trip Bali sebelum ni kami guna khidmat supir/tourist guide, kali ni memberanikan diri vacay tanpa tourist guide pula. Nak belajar independen. Itu pun salah satu alasan kenapa kami pilih Vietnam. Vietnam antara negara yang ada banyak kemudahan pengangkutan jadi sangat sesuai bagi mereka yang nak belajar travel sendiri tanpa tour service.


Flight ticket.

Beli tiket bulan Mac, bila survey tiket Kota Kinabalu-Hanoi mahal gila jadi kami decide untuk transit KLIA. (BKI-KLIA-HAN). 

  • BKI – KLIA (round trip) = RM 237.61 
  • KLIA – HAN (round trip) = RM 399.90
  • Total tiket (per person) = RM 637.51 (include 20kg luggage kongsi dengan kawan)

Ya ya ya, actually kalau beli waktu promo boleh dapat tiket lebih murah tapi bagi kami itulah tiket yang terbaik waktu tu dan still dalam budget.


Where to stay in Hanoi?

Seriously, sila pilih area Old Quarter atau Hoan Kiem District sebab sangat dekat dengan segala-galanya. Hostel/hotel bersepah di sini, tinggal pilih jak nak standard apa, ikut la budget masing-masing. Hari tu kami stay dua tempat di area Old Quarter, 1 malam di See You at Lily’s, dan 3 malam di Hometravel Hanoi.

  • See You at Lily’s : 
Antara hostel yang quite famous di sana, sangat selesa. Kira hostel taraf hotel gitu. Kami book double room yang queen size bed. Kalau nak yang lebih murah boleh book katil di dormitory room, sangat sesuai untuk backpacker. 
  • Hometravel Hanoi :
Hostel ni satu lorong tapi depan sikit dari See You at Lily’s, standard bajet hostel la tapi kami lebih selesa di sini banding di See You at Lily’s tu (sebab hostel ni guna lampu putih (ndak suka lampu kuninggg!) dan dapat twin room (katil nafsi-nafsi) dengan harga lebih murahhh. Laundry service dorang pun terbaik; bersih, kemas dan wangi. Andddd tak lupa, bro yang jaga kaunter tu, British accent dia fluent sangat, rasa macam tengok Harry Potter in real life. LOL. 

  • Total accommodation : RM110/1 night (See You at Lily’s-double room-include breakfast) dan RM150+/3nights (Hometravel Hanoi-twin room-no breakfast
  • Anggaran kos yang kami belanjakan untuk accommodation around RM300 (per person). 


Internet Connection




Lepas sampai jak di Noi Bai International Airport dan settle segala urusan beg, misi pertama adalah beli simcard. Hari tu kami beli simcard Viettel di Taseco Media, kedai dalam airport juga. Viettel ni kira telco yang banyak digunakan oleh local people di sana, memang laju internet connection. Harga : VND 250 000 (RM45). Kami sengaja beli di airport jak sebab lebih mudah nak communicate dan risau kena scam kalau beli di luar. 



Transportation




Untuk yang travel sendiri (dan marhaen) macam kami, kalau tak nak naik teksi (teksi airport mahal, of course) boleh la cari bas nombor 86. Bas ni memang bas khusus yang bawa penumpang dari airport dan drop penumpang di mana-mana jak area Hanoi city. Harga : VND 35 000 (RM6.30)

Perjalanan dari airport ke Old Quarter lebih kurang 45 minit. 

Waktu dalam bas tu kami memang blur, tak tahu macam mana nak pergi See You at Lily’s. Semua orang dah turun, kami tak turun-turun lagi. Bila tanya dengan conductor bas, dia kata bas tak masuk area See You at Lily’s tu sebab jalan sempit jadi kami kena naik grab untuk ke sana. So conductor bas drop kami depan Hanoi Book Street. Waktu tu exciteddd sangattt jumpa Hanoi Book Street tapi kena ingat semula tujuan utama, cari tempat penginapan dulu, belum boleh lagi nak city tour. Dari sana kami jalan kaki dengan berpandukan Google maps, cuba juga cari See You at Lily’s tu sendiri sebab kalau tengok dalam map macam dekat jak tempat tu. Bila tak jumpa-jumpa juga, akhirnya kami give up dan naik grab juga. Lupa dah harga grab hari tu, tapi yang pasti less than RM5.00 sebab actually tempat tu dekat dah pun (kalau naik kereta), kalau jalan kaki boleh tahan jauh juga, kena melintas jalan raya yang chaos lagi, so naik grab juga la pilihan yang terbaik. 

Semacam kombinasi basikal dan motorsikal tapi tiada bunyi. Unik sangat rasa macam nak beli satu bawa balik Malaysia.😄

What to Pack?

Sebelum ke Hanoi, kami memang dah buat research dulu tentang cuaca sana. Fyi, Vietnam ni ada 4 musim ya. Kalau pergi awal tahun memang musim sejuk so kena prepare baju yang sesuai. Waktu kami pergi hari tu cuaca sama macam di Malaysia, musim hujan. Cuaca hari-hari mendung tak panas sangat, just nice la. Kalau ada plan nak ke Sapa, ready bawa hiking shoes sebab memang kena daki gunung. Halong Bay sama juga, pakai kasut sesuai sebab ada hiking, bawa sunblock, enough clothes (kalau ambil pakej overnight cruise) and your travel essential. 

Berkenaan dengan waktu, Hanoi ni lambat satu jam dari Malaysia. Means, jam 12 malam di Malaysia, Hanoi baru jam 11 malam. Sebab tu banyak gambar di IG post tengah-tengah malam hari tu, malam kami masih muda di sana. Tapi waktu solat di sana lebih awal. Jam 5.30 dah Maghrib, 11.30 dah Zohor. 

Berbeza dengan Ho Chi Minh, Hanoi ni susah sikit nak cari makanan halal. Memang ada restoran halal tapi tak banyak (boleh Google cari, ada jak orang share) Yang kami sempat pergi hari tu Zaynab Restaurant sebelah masjid Al-Noor jak. Tapi puas hati sangat sebab makanan kat restoran tu murah dan sedap. Street food sini memang bersepah tapi kami tak beli pun sebab macam tak yakin. So prepare la siap-siap makanan, maggi, etc. Atau boleh juga singgah mana-mana convenience store beli alas perut. 

Pelanggan setia Circle K, sama macam 7Eleven. Dekat jak dengan hostel kami jadi hari-hari pergi. 

Safety in Hanoi?

Sebelum nak travel buatlah travel insurance siap-siap sebab anything can happen, you’ll never know. And of course, kenalah pandai-pandai jaga diri. Bahaya ada di mana-mana kan. Sebelum pergi Hanoi hari tu kami banyak baca blog dan pengalaman orang. Mostly kata di Vietnam ni banyak scam. Taxi scam, etc. Tapi Alhamdulillah, sepanjang kami di sana tiada benda-benda yang tak baik berlaku dekat kami. Rasanya benda yang betul-betul kena prepare sebelum pergi Hanoi adalah keberanian untuk cross the road sebab macam tiada traffic laws ya di sana. Kalau ada pun totally tak sama dengan Malaysia. Ada sekali tu pak cik grab yang bawa kami tiba-tiba buat U-turn di tengah jalan and I was like, biar betul pak cik ni. Then ternyata benda tu normal di sana. Ada lagi benda-benda lain yang kalau dibuat di Malaysia seriyes minta kena maki. 


You May Also Like

2 love letter(s).

  1. Yeah. Setuju bab Hanoi vs Ho Chi Minh tu. Ho Chi Minh totally pack, sesak dan tak rasa kat Vietnam sangat sebab banyak sangat pelancong Malaysia.lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai orang kata Ho Chi Minh syurga untuk kaki shopping sebab segalanya murah. 😁

      Delete