The Seven Husbands of Evelyn Hugo.


Monique Grant, seorang jurnalis newbie majalah Vivant satu hari mendapat tawaran langka untuk menemu bual seorang primadona lagenda Hollywood yang sangat terkenal di era 50-an hingga 80-an, Evelyn Hugo. Temu bual tersebut bertujuan untuk membicarakan berkaitan kesemua gaun ikoniknya yang akan dilelong untuk tujuan kebajikan.

Di era popularitinya, Evelyn Hugo ialah simbol success, sexy dan scandal. Kecantikannya umpama Aundrey Hepburn dengan populariti ala Marilyn Monroe. Para peminat tak hanya meminati filem lakonannya tetapi juga mengikuti setiap gosip kehidupan termasuklah tujuh perkahwinan yang dia jalani. 

Kini, setelah meninggalkan dunia lakonan bertahun lamanya dan usianya mencecah 80 tahun, dia mula membuka dirinya kepada publik. Monique satu-satunya jurnalis yang dipilih untuk menemubual dirinya dan itu antara hal yang menjadi misteri kepada Monique, juga kepada pembaca. 

Namun, di hari pertama temu bual dijalankan, Evelyn Hugo ternyata bukan ingin membicarakan tentang gaun, tetapi tentang kisah hidupnya. Evelyn ingin membuka segala rahsia yang telah lama dipendamnya untuk dijadikan biografi. Monique adalah insan terpilih untuk mendengar kisah itu dan menuliskan biografi tentang dirinya. 




Hal yang menarik tentang novel ini;

  • Novel dengan konsep menjejaki kisah hidup seseorang selalu menarik. Kita sebagai pembaca akan diajak berteka-teki, sama seperti membaca novel misteri juga kisah-kisah penyiasatan. Ini merupakan novel ketiga yang saya baca membawa konsep sebegini selepas dua novel Tere Liye yang saya baca sebelum ni, Tentang Kamu dan Selamat Tinggal. Menariknya, dalam novel ni watak Monique berpeluang untuk mendengar sendiri kisah hidup Evelyn Hugo dari Evelyn Hugo sendiri, bukan dari orang-orang terdekat seperti dalam dua novel Tere Liye tersebut. 
  • Ini pertama kali saya membaca novel yang mengangkat realiti sisi terang dan gelapnya dunia perfileman Hollywood. Membaca novel ni membuka mata saya tentang bagaimana rasanya menjadi bintang Hollywood. Lebih tepat lagi, novel ni membawakan kisah bagaimana jatuh bangun seorang calon artis untuk mendapatkan perhatian dari Hollywood. Bermula dengan susah senang mendapatkan watak bagi perempuan di era itu, segala ekspektasi yang perlu dipikul, skandal-skandal yang harus dibuat, sikap dan tingkah laku yang perlu ditunjukkan, dengan siapa harus berkawan, juga segala perlakuan yang diterima dari para produser hinggalah manager, segalanya diceritakan oleh penulis.
"I was being designed to be two opposing things, a complicated image that was hard to dissect but easy to grab on to. I was supposed to be both naive and erotic. It was as if I was too wholesome to understand the unwholewome thoughts you were having about me."
  • Saya sememangnya suka novel yang membawa watak wanita ‘kuat’, percaya diri dan tahu apa yang mereka inginkan. Dan saya temukan itu melalui watak Evelyn Hugo. Penulis menggambarkan karakter Evelyn dengan sangat jujur. Dia bukanlah gadis naif yang kebetulan ditemukan oleh produser filem. Dia seorang gadis miskin namun memiliki tekad yang kuat untuk keluar dari lingkungan tersebut. Dan kebetulan juga, dikurniakan aset tubuh dan wajah yang indah. Dengan segala upaya, keringat, air mata bahkan kadang menghalalkan berbagai cara, Evelyn berjaya menjadi artis Hollywood paling fenomental yang pernah ada. Teknik penceritaan, konflik yang dibangun, dan keputusan-keputusan yang harus diambil Evelyn untuk menjadi bintang besar antara yang hal menjadikan kisah perjalanan hidupnya sangat menarik untuk diikuti.
"Never let anyone make you feel ordinary."
  • Menurut penulis, kisah Evelyn Hugo dan perkahwinannya dengan 7 orang suami merupakan inspirasi dari kisah Elizabeth Taylor, pelakon lagenda Hollywood era 50-an yang berkahwin sebanyak 8 kali dengan  dengan 7 suami yang berbeza. Dari 7 orang suami Elizabeth, salah satu dari mereka adalah suami yang paling dicintainya. Bagaimana dengan Evelyn Hugo? Siapakah cinta hatinya? Adakah suami pertama, kedua atau suami ketujuh? Haha, no spoiler. Walaupun ia merupakan salah satu persoalan besar dalam novel ni, penulis tak membuatkan pembaca  menunggu bab terakhir untuk merungkainya. Ia antara plot twist terawal dalam novel ni. 
  • Tak semua perkahwinan didirikan atas dasar cinta, lebih-lebih lagi dalam dunia hiburan dan para artis. Maka, dalam kisah Evelyn dengan tujuh orang suaminya yang berbeza, pembaca juga akan menemukan tujuh alasan yang berbeza mengapa Evelyn mengahwini mereka. Menariknya, tak semua perkahwinan tersebut diakhiri dengan saling benci. Seperti hubungan Evelyn dan suami kelimanya, Harry Cameron, yang juga merangkap her bestfriend for life. 

  • Tak semua gosip para artis di majalah-majalah dan sosial media tu benar, dan kadang tak semua juga salah. Dari novel ni saya belajar bahawa seorang jurnalis yang baik ialah jurnalis yang benar-benar mendengar dan menyampaikan hal yang menepati apa yang disampaikan dan dimaksudkan oleh orang yang ditemu bual, bukan sewenang-wenangnya meletakkan sebarang 'assumption' mereka sendiri dalam cerita mahupun kata-kata yang didengar. 



Keseluruhannya, membaca novel ini umpama membaca biografi seorang lagenda perfileman Hollywood. Realistik, menarik, indah, penuh kejutan dan tragis. Namun, novel ni sangat kental dengan unsur LGBT, untuk mereka yang sensitif dengan isu ini, ia mungkin bukan untuk anda. But if you want to read something out of your comfort zone, this is for you. 😉



Comments